Jumaat, Julai 03, 2020

Pelaburan Saham Amat Tinggi Risikonya?

Pelaburan Saham Amat Tinggi Risikonya?

Semua jenis pelaburan mempunyai risiko-risiko yang tersendiri serta tertakluk kepada keadaan pasaran yang tidak menentu. Dalam mana-mana pelaburan mahupun perniagaan, sudah tentu anda akan mengalami kerugian. 

Namun begitu, kerugian yang dialami boleh dikawal selia dengan teknik dan pengetahuan. Sebelum anda membeli saham, pastikan anda sudah tahu berapa anggaran kerugian yang bakal dialami jika harga turun dan dengan kerugian yang telah dianggarkan, anda boleh kira berapakah keuntungan yang bakal dibawa pulang melalui pelaburan tersebut.

Risk management ini maha penting untuk anda sendiri tahu. Dari asas inilah anda dapat melabur tanpa gangguan emosi.

Dapatkan ebook Trade What You See oleh Serikandi Saham. Ebook ini sangat sesuai dijadikan panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin melabur dengan teknik yang betul. Sudah tentu, setiap pelaburan mempunyai risiko dan tertakluk kepada keadaan pasaran yang tidak menentu. Jadi, mula melabur dengan ilmu pengetahuan.

 
Nanti dulu Baca Review Dan testimoni pembeli ebook kami dan baru beli.






BELI EBOOK INI PADA HARGA PROMOSI RM108!


Harga asal ebook ini RM138, namun anda masih boleh mendapatkannya pada harga promosi RM108! Ayuh, mula melabur dengan ilmu!

Update: E-book Srikandi Saham Sudah Tidak Dijual. (May 2021)

Permainan Tradisi Lompat Getah


Assalamualaikum dan selamat pagi. Kalau anda adalah budak-budak yang membesar sekitar tahun 80-an dan 90-an, anda pasti kenal, tahu dan pernah main permainan yang dikenali sebagai lompat getah. Budak sekarang ramai yang tak tahu ini merupakan sejenis permainan terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. 

Kisah minggu lepas, anak-anak bosan tak tahu nak main apa, mereka kata bosan asyik main bola dan basikal sahaja petang-petang. Pelik juga aku, mengadap telefon berjam-jam, berhari-hari tak ada pula mereka mengadu bosan atau penat, suka lagi ada lah. Kita dulu kalau keluar rumah je macam-macam idea nak buat apa muncul dan boleh buat.

Bila mereka kata bosan-bosan, aku teringat dekat dapur banyak getah tergantung. Maka aku suruh Humaira dan Sumayyah ambik dekat dapur. Nenek tanya lah apa mereka nak buat dengan getah banyak-banyak. Mereka pun kebingungan tak tahu nak jawab apa.

Bila nampak aku mula mengikat getah, satu demi satu...semua teruja...tapi sedih lah...mereka ingat aku belajar permainan ini melalui you tube. Begitu berkuasanya youtube pada anak-anak ini.

Jom layan mereka main....

Khamis, Julai 02, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 11- Keluarkan Duit RM100)

Assalamualaikum dan salam buat semua.... kini sampai bahagian yang ditunggu-tunggu iaitu bagaimana keluarkan duit dari wahed invest. Aku mohon untuk keluarkan pada 18 jun 2020, alhamdulillah 25 jun 2020 duit dah masuk akaun.

Nampak tak nilai yang masuk dari wahed itu....

Jom tonton video ringkas macamana nak keluar duit dari wahed..




Secara ringkas macam mana nak keluarkan duit daripada wahed adalah seperti berikut.

  1. Masuk ke akaun wahed melalui aplikasi wahed di telefon anda.
  2. Pada bahagian bawah pilh Funding
  3. Pada skrin seterusnya pilih withdraw
  4. Skrin seterusnya akan minta anda untuk pilih samaada nak keluarkan semua atau sebahagian sahaja. Sila pilih 'partial', kalau anda pilih semua, maknanya anda nak berhenti melabur dalam wahed. 
  5. Seterusnya anda perlu nyatakan berapa nilai yang anda hendak keluarkan.
  6. Kemudian anda akan dibawa ke skrin yang meminta maklumat bank anda.
  7. Setelah siap lakukan pengesahan maklumat bank dan hantarlah permohonan pengeluaran.
  8. Seterusnya anda akan dibawa ke skrin transaction. Anda akan dapat lihat permohonan anda sedang diproses.
  9. Maka tunggulah pihak wahed melakukan kerja seterusnya.
Melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu, kerana telah disahkan Patuh Syariah, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100. Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10). 

Kod Jemputan: norbin136

Rakan Labur Anda





Rabu, Julai 01, 2020

SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com


Assalamualaikum dan selamat pagi. Jom kita tambah kenalan dengan sertai segmen yang dianjur oleh blog Shida.

Apa yang aku suka tentang blog ini adalah. Mula-mula tengok banner segmen dah nampak uniknya. Kemudian jenguh lah blog shida, wow header blog cantik sangat. Aku suka. Lain-lain aku rasa blog ini kemas dan tersusun...



Selasa, Jun 30, 2020

Akhirnya .... www.yamanaimy.com

Assalamualaikum dan salam semua..secara rasmi hari ini yamanaimy.blogspot.com bertukar kepada yamanaimy.com. Sebenarnya niat nak tukar nama blog baru je muncul beberapa minggu lepas. Tapi sebelum tukar aku cari info dahulu tentang beberapa hal. Antaranya:
  • Adakah layout blog akan bertukar atau jadi kucar kacir
  • Adakah artikel-artikel aku akan hilang 
  • Adakah adsense akan terpengaruh
Last sekali adakah aku kena tukar hostingnya. Ini yang aku paling malas sebab selalu kalau tukar mesti kena buat balik macam buat baru. Maka aku follow tutorial blog yang banyak dekat internet, taip saja apa persoalan yang muncul dalam kepala dan study mana yang mahal, mana yang murah, mana yang service terbaik. Akhirnya aku decide nak beli dekat 

Alhamdulillah...