Isnin, Jun 15, 2020

Kopi Durian Arissto

Assalamualaikum dan selamat pagi... sekarang dah masuk musim durian...

Harga durian mahal lagi buat masa ni pada aku... 3 biji boleh cecah harga RM1++...tapi kalau nama hantu durian...sanggup saja beli....

Aku share cara buat kopi durian menggunakan kapsul kopi arissto. Kalau tak suka kopi pekat, pilihlah kapsul luna atau amico, kalau tak suka pekat pilih kapsul sunrise atau in love.


Jika ada yang nak order atau cuba arissto boleh klik link bawah https://bit.ly/3gSiDmk

Jangan Sombong Diri

Ini kata-kata yang sangat mendalam maknanya. Sumber asal tidak diketahui, yang pasti disebarkan melalui media sosial sebagai renungan dan peringatan buat kita semua.

Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.

Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqomah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.

Kita diberi rezeki mampu khatam Al-Quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak- rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqomah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.

Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.

Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan Al-Quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.

Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain. 
Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar daripada syurga kerana satu titik SOMBONG 

Ahad, Jun 14, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 9- PELABURAN WAHED INVEST PATUH SYARIAH)

PELABURAN WAHED INVEST PATUH SYARIAH

𝑃𝑎𝑠𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑡𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑟𝑒𝑓𝑒𝑟𝑟𝑎𝑙 𝑐𝑜𝑑𝑒 NORBIN136 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑅𝑀20 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑐𝑢𝑚𝑎 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟.

Wahed Invest ini merupakan pelaburan pasif. Kesemua pelaburan diuruskan oleh aplikasi sendiri dan pengurus dana.

Ianya tidak memerlukan kita untuk mengkaji sebarang trend pelaburan. Kita cuma perlu memilih portfolio yang kita mahu untuk menentukan kesediaan risiko kita. 

Wahed Invest mempelbagaikan jenis pelaburan kita kepada:

a. Saham di Malaysia dalam bentuk Exchange Trade Fund (ETF)

b. Saham di Amerika Syarikat dalam bentuk Exchange Trade Fund (ETF)

c. Sukuk ( Bon Islam)

d. Emas

Contohnya Rm100 dibahagikan mengikut peratus dalam setiap portfolio.

Contoh agihan Aggressive
a) 45.62% Saham ETF di Amerika
b) 17.46% Saham ETF di Malaysia
c) 24.58% Sukuk Bon Islam
d) 9.89% Emas
e) 2.45% Cash

Mempelbagaikan pelaburan ni ialah perkara asas tapi sering dilupakan terutama bila kita mengejar keuntungan. 

Hasilnya apabila pelaburan kita tidak berhasil habis jatuh terduduk. Kepelbagaian ini dapat dicapai dengan Wahed Invest. 

Bak kata pepatah Inggeris 

“Don't put all your eggs in one basket”

Berminat?

Download app Wahed Invest di Google Play Store atau Appstore. Boleh juga melayari https://app.wahedinvest.com/referral untuk download app Wahed Invest.

Pastikan tuan puan menggunakan kod referral:

✓ NORBIN136

untuk mendapat RM20 secara percuma apabila anda mendaftar. Boleh refer ke post yang menerangkan step untuk mendaftar.

Jika masih tidak pasti, PM admin atau reply emel ini. Nanti admin akan cuba jawab pertanyaan tuan-puan. 

Sekian,terima kasih.

Rakan labur anda.

Selasa, Jun 09, 2020

Pemenang Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy

Assalamualaikum, anda dah sedia untuk tahu siapa pemenang segmen raya aidilfitri 2020 oleh ymanaimy? Aku dah janji nak umum nama pemenang pada hari terakhir PKPB dilaksanakan kerana ia turut jatuh hari lahir aku yang ke XX.


Pemilihan pemenang aku buat secara manual. Asalnya ingat nak guna Random.org tapi macam kurang menarik. Maka decide buat video dan edit lah sedikit...Jom tonton siapa yang menang di





 Berikut adalah senarai Pemenang RM10 (yang bewarna pink) dan Pemenang Bertuah (yang berwarna biru)

Kepada para pemenang, sudilah kiranya anda emailkan kepada naimyamani@gmail.com maklumat berikut

Nama Penuh:
No.Akaun Bank:
Nama Bank:

Manakala bagi pemenang bertuah, sertakan sekali nama dalam ejaan jawi untuk saya buat design khat kufinya.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang join segmen kali ini. Segala kekurangan seperti link tak berfungsi, aku minta maaf sangat-sangat. 


Ahad, Jun 07, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 8- Bagaimana untuk tambah pelaburan)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Bahagian 8 kisah aku & wahed invest, aku nak cerita macam mana kalau kita nak tambah jumlah pelaburan. Sebenarnya aku rancang nak cerita macam mana nak buat pengeluaran duit daripada wahed untuk bahagian 8, tapi ada beberapa orang yang message tanya macam mana nak buat kalau nak tambah pelaburan. Maka aku buat keputusan aku kongsi cara nak tambah pelaburan dahulu kali ini. 

Kalau mula-mula kita buka akaun, kita akan dibawa langkah demi langkah untuk meletak deposit untuk memastikan akaun wahed dapat dibuka. Tapi apabila kita telah ada akaun wahed, macam mana kita nak tambah pelaburan? dekat mana kita nak tekan atau klik. Jom tonton video ringkas bagaimana kita nak tambah pelaburan dalam wahed.



Semoga perkongsian video ini memberi kefahaman yang lebih kepada yang masih keliru.


Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136