Isnin, Januari 06, 2020

2/1/2020 - hana darjah 1, uwais tadika dan humaira pengawas

Assalamualaikum, dah 2 hari anak-anak mula sesi persekolahan bagi tahun 2020. Tahun ini uwais mula masuk tadika bersama sepupu dia. Walaupun takut-takut nak kena tinggal dekat sekolah tetap tinggal dekat sekolah. Oleh kerana pergi berdua,maka cikgu hantar video dia dengan sepupunya. Kata cikgu seorang peramah,seorang pendiam.



Ummu doa agar uwais baik-baik lah belajar ye. Hana pun masuk darjah satu manakala kakak darjah dua tapi tahun ini mula jadi pengawas.

Macam naik tangga pun ada mereka ini..

Syukur uzayr tdo,dia berkeras nak ummu hantar sama ke sekolah. 

Sabtu, Januari 04, 2020

Jumaat, Januari 03, 2020

Menteri Pendidikan Malaysia Letak Jawatan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mula-mula tengok berita ini lalu dekat dinding-dinding media sosial aku macam tak percaya. Tak ada isu yang boleh menyebabkan seorang yang berkarisma seperti Dr.Maszlee untuk meletak jawatan tetiba letak jawatan. Berikut adalah paparan dalam akhbar berita harian....


"Keputusan ini dibuat selepas saya dilihat bukan melalui pencapaian." 

Sangat tidak adil bukan suatu keputusan besar bagi sebuah negara dibuat bukan berdasarkan pencapaian tetapi isu-isu di kalangan pemimpin. Jika dilihat dari segi pencapaian, aku rasa Dr.Maszlee menunjukkan rekod pencapaian yang terbaik. Tiga hal utama yang aku rasa sebagai seorang ibu kepada tiga anak yang bersekolah adalah:

Baca Juga:

راج ڤرمايسري اݢوڠ مرتبتکن توليسن جاوي

  • Pemakaian kasut hitam 
Aku dulu sekolah memakai kasut putih. Setiap kali hujung minggu akan dengar jeritan dan bebelan mak suruh basuh kasut putih. Kalau tak basuh takut pergi sekolah cikgu marah sebab kasut putih jadi coklat. Kalau kebetulan hujan waktu itu, maka gelisah lah nak pakai macam mana kasut masih belum kering. Kalau rumah ada peti ais boleh letak kasut belakang peti ais tapi aku duduk dengan nenek dan rumah nenek tak ada peti ais. Tidur malam pun tak senang, sudahnya esok pergi sekolah pakai je kasut basah. Setelah basuh dan kering kasut kena kapur pulak ye, kadang-kadang lupa nak kapurkan waktu hujung minggu, maka awal pagi selepas solat subuh kita kapurkan, sudahnya kapur tak kering betul-betul dah melekat di kaki kain. Aku sempat merasa anak pakai kasut putih setahun sahaja waktu kakak humaira dan hana tadika. Bermula tahun lepas kakak darjah satu dah boleh pakai kasut hitam, jimat masa membasuh dan mengapur mak di hujung minggu.
  • Tiada yuran pendaftaran sekolah kebangsaan 
Adakala ada anak-anak yang pandai tapi tidak dapat meneruskan pengajian kerana tidak mampu membayar yuran sekolah. Bila pendidikan yang sepatut menjadi hak untuk anak-anak tidak dapat ditunaikan, maka negara telah rugi permata yang sepatutnya menyinar tetapi tidak digilap. Pada aku pula, bajet yuran pendaftaran, dapat kami gunakan membantu saudara yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak. Dua hari lepas anak saudara masuk asrama tingkatan satu di Melaka. Kos keseluruhan yang perlu dibayar menghampiri RM1000. Jika ada yuran pendaftaran maka kos itu akan meningkat. Mesti ada yang tanya kenapa nak bayar kalau masuk asrama? Sebab masuk asrama ibarat menyewa bilik lah, nak suruh ulang alik sekolah dan rumah agak jauh dan tak sesuai lah, lagi satu apabila duduk asrama, anak akan belajar berdikari uruskan keperluan diri sendiri. 

Baca Juga:

Taman Tasik Titiwangsa selepas setahun ditutup

  • Tiada peperiksaan di kalangan pelajar tahap satu

Antara tiga hal di atas, ini paling aku suka. Tiada peperiksaan di kalangan pelajar tahap satu. Maka tiada bebanan ibubapa untuk mengajar anak di rumah. Anak-anak boleh fokus kepada pembentukan akhlak dan dan peribadi.

Maka kesimpulan, aku rasa sebagai rakyat Malaysia, rugi sangat apabila Dr.Maszlee letak jawatan sebagai menteri pendidikan.

Khamis, Januari 02, 2020

راج ڤرمايسري اݢوڠ مرتبتکن توليسن جاوي

Assalamualaikum dan selamat pagi....Hari ini anak-anak akan mula sesi persekolahan 2020. Aku bukan nak share pasal sesi sekolah yang baru nak buka tapi nak share pasal gaya penulisan Raja Permaisuri Agong yang terbaru.

Baca Juga:

Free Gift -Template surat tidak hadir ke sekolah


Ini tweet yang terbaru dari isteri seorang Raja.

Gaya penulisan baru oleh Raja Permaisuri Agong sedikit sebanyak menyatakan sokongan kepada usaha Kementerian Pendidikan untuk memasukkan sukatan jawi dalam pembelajaran. Oleh kerana dah terlalu lama tak membaca jawi maka aku pun kekok....

Selasa, Disember 31, 2019

Last day 2019

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat menjalani hari terakhir 2019. Adakah semu hajat dan azam 2019 anda tercapai? Pada aku...ada senarai azam dan hajat 2019 ke????? Biarlah rahsia. 

Maka apa perancangan hari terakhir 2019? Sebenarnya rancang dengan MR.Y nak bawa mak jalan-jalan taman tasik titiwangsa. Mak kata dia teringin nak tengok sebab orang kata cantik. Masalahnya sampai leni dah jam 8 lebih..hanya aku dengan uwais je yang bangun ni. Rancang nya juga nak bawa anakk-anak naik bas pusing-pusing bandar Kuala Lumpur naik KL hop on hop off. Hurm....macam mana ye...

Kita tengok lah nanti ye..walaupun hati sedikit geram ni....ambik yang positif banyak barang sekolah anak-anak belum setel. Aku setelkan yang ni dulu lah.

Selamat manyambut 2020 semua!!!