Jumaat, Oktober 04, 2019

Chef terjun untuk kek Marble dekat coffee party

Assalamualaikum...kisah sabtu lepas, konon pergi untuk coffee party untuk saja-saja berkenalan dengan ahli tean hantu kopi lah. Sekali sampai sana organizer tengah prepare barang nak buat kek marble untuk demo multi-cooker cuckoo M10 kalau tak silap aku lah. 


Anak-anak aku bila nampak orang nak buat kek, apa lagi seronok lah sangat terutama uwais. Kisah macam mana aku boleh jadi chef terjun adalah aku ditanya kenapa batang mixer tercabut setelah dipasang. Aku pun tengok dan bagitahu cara pasang yang betul. Soalan seterusnya pandai buat kek ke tak. Aku kata boleh lah sikit-sikit...tetiba dia buka apron dan terus pakaikan dekat aku. 




Bila nampak ummu pakai apron semua nak masuk dalam gambo. Maka terus jadi chef terjun lah. Chef terjun separuh jalan sahaja sebab aku tak pandai nak guna multi-cooker tersebut.  Lagi pun kami tak tunggu kek masak pun sebab dah janji dengan orang Kaodim untuk service aircond. Aircond bunyi bising. 


Masa tengah bancuh tu aku dengar lah penerangan pasal multi-cooker ni...antara yang aku suka adalah, masak kek tak perlu loyang dan tak perlu sapu minyak. 


Apa Yang Best Multi-cooker M10 Cuckoo

  1. AUTO STEAM RELEASE
  2. NON STICK SAFE COAT POT
  3. HYDROLIC SOFT LID OPENING
  4. WIDE LED SCREEN WITH VOICE
  5. AUTO STEAM CLEANING


Bergambar sebelum balik

Khamis, Oktober 03, 2019

Kenapa perlu Rekod perbelanjaan dapur

Assalmualaikum...mak-mak mesti selalu pergi pasarkan. Kadang-kadang kita pergi pasar boleh abis beratuskan. Perbelanjaan dapur sebenarnya boleh mencecah ribuan ringgit setiap bulan, lagi besar keluarga, lagi tinggi selera dan lagi ada sikap nak peti ais sentiasa penuh maka lagi besar budget yang perlu kita sediakan.

rekod setiap kali pergi pasar. 

Aku bukan kategori rajin nak buat rekod sebenarnya, tapi apabila keadaan macam ni dan mengurangkan bebelan Mr.Y sebab perbelanjaan tak ada perancangan, maka setiap kali ke pasar aku akan hantar semua detail apa aku beli. Kalau dekat sibu dulu 99% proses beli barangan rumah dan dapur dilakukan oleh Mr.Y. Setiap malam dia akan rekodkan perbelanjaan seharian. 


Apabila pindah ke KL, aku ambil alih buat pembelian barang basah. Ini kerana Mr.Y tak sempat nak buat. Cabaran melihat barang pasar, semua benda rasa nak beli. Lagi bertambah kalau bawa mak sekali. Mak jenis yang beli langsung tak ada plan. Kelebihan bila hantar rekod belanja dapur dekat whatsapp ni adalah, aku boleh tengok balik apa yang beli minggu sebelumnya. Contoh minggu lepas ko dah beli cili kering sekilo, minggu ni tak perlu lah... barang seperti cili kering, bawang putih, asam jawa dll tak perlulah beli setiap minggu, ada yang seminggu sekali ada yang sebulan sekali. Daging, sotong dan udang pun perlu gilir-gilir sebab ini kategori bahan basah mahal. nak udang murah ada, yang kecik lah, nak daging murah ada yang import lah...tapi yang kecik tak puas makan, yang import ramai tak makan.

Masa mula-mula aku pergi pasar dengan mak, kami habiskan wang hampir RM300 untuk barang basah sahaja. MR.Y masa tahu memang ditanya, itu beli makan untuk sebulan ke? aku tak boleh marah dia cakap dia tak tahu sebab dia memang semak harga barang. Sampai rumah dia check ada barang yang belum buka lagi, tapi beli baru jugak. Ini masa kami baru pindah duduk dengan mak. Lepas itu, Mr.Y suruh aku rekod semua barang yang ada dan banyak mana ada. Kenapa nak rekod sebab ada yang dah expired pun masih disimpan. Kalau beli baru, barang lama tak dipakai, pakai yang baru, maka yang lama akan expired dan membazir kena buang. Waktu ini memang silap aku lah tak tengok dulu apa yang ada, dan apa yang tak ada.

BACA JUGA:Urus Wang

Sekarang setiap kali sebelum pergi akan aku check apa yang perlu. hasilnya aku berjaya kurangkan perbelanjaan separuh. Separuh wang lagi boleh simpan untuk perbelanjaan minggu seterusnya. 


Rabu, Oktober 02, 2019

Terpilih dalam SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST

Assalamualaikum, tersenarai dalam bloglist rakan-rakan blogger adalah suatu yang amat gembira. Alhamdulillah yamanaimy terpilih sebagai salah satu blog yang akan menghiasi bloglist nieza



Terima kasih kakak penganjur yang comel

Pasangan Budget Friendly

Pasangan budget friendly adalah pasangan suami isteri yang boleh duduk sama sambil berbincang pasal kewangan semasa, sebelum dan akan datang. Perbincangan antara suami isteri penting untuk kelangsungan keharmonian keluarga.Selalunya pergaduhan akan berlaku jika keluarga mengalami masalah kewangan. Mangsa utama adalah anak-anak.

Kenapa penting untuk mendapatkan pasangan yang budget friendly? kerana
  • selalunya seorang yang melakukan budget perbelanjaan, dia tak akan berbelanja melebihi wang yang diperuntukkan.
  • Seorang yang membuat budget tidak akan terus membeli barang yang dia berkenan dihati apabila nampak sebaliknya akan membuat perkiraan berapa simpanan tambahan yang diperlukan untuk membeli barangan tersebut. 
  • untuk memenuhi keinginan bercuti kemana-mana dia akan buat survey sehabis mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan yang murah dan berkualiti akhirnya tidak merosakkan keseronokkan bercuti.
  • terlalu sukar bagi seorang yang melakukan budget perbelanjaan dalam setiap hal untuk mengalami masalah kekurangan wang. Gaya hidup mungkin tak mewah, biasa-biasa sahaja tapi insyaallah tak akan pernah mengalami masalah kewangan kronik.

Apa ciri-ciri pasangan budget friendly dalam sebuah keluarga?
  1. Akan merekodkan perbelanjaan setiap kali melakukan pembelian.
  2. Menyemak barang keperluan sebelum melakukan pembelian, penting bagi mengelak membeli barang yang sama atau berganda tanpa faedah
  3. ada simpanan kecemasan
  4. tidak kisah barang branded (pakai yang bisa pun tak kisah asal kemas dan cantik)
  5. membuat anggaran perbelanjaan awal untuk permulaan persekolahan, raya, perkahwinan dan percutian.
Agak-agak korang adalah pasangan budget friendly tak?

Menang Giveaway Nak Menang "Safi Fair Beauty Berry Colleagen Drink"

Assalamualaikum, berita gembira petang isnin penghujung september. Tak sangka akan menang Giveaway Nak Menang "Safi Fair Beauty Berry Colleagen Drink"

Kita adalah senarai peserta ke 7.


Terima kasih penganjur iaitu Blog Pot Pet...Pot Pet Bonda