Isnin, Ogos 26, 2019
Naimy Art: Free Gift Template Resit
Naimy Art: Free Gift Template Resit: Assalamualaikum dan selamat pagi. Suatu ketika suami sis cakap nak beri resit sewa kepada penyewa tetapi tak sempat nak cari. Sambil-sambil...
Inginkan design unik dan khas boleh hubungi kami.
http://www.facebook.com/messages/NaimyArt
@ Whatsapp: 0196998384/0196158384
Khamis, Ogos 22, 2019
Permaianan Blok meningkatkan imaginasi dan kreativiti anak-anak
Bongkah yang dihadiah oleh CuCah untuk kakak humaira sewaktu usia 3 tahun. Kakak Humaira dah tujuh tahun. |
Dalam banyak-banyak mainan yang pernah kitorang beli untuk anak-anak...aku rasa bongkah-bongkah blok lah paling berbaloi..kerana apa? sebab ia banyak dan tahan lama. Harga pula, ada yang murah, ada yang mahal.
Apa itu permain Blok?
Permainan blok adalah permainan yang melibatkan bongkah-bongkah atau ketulan-ketulan plastik, kayu atau kain yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Anatara permaian blok yang popular adalah Blok Lego.
Usia berapa sesuai untuk permainan blok?
Sebenarnya ia sesuai dari peringkat bayi. Cuma ibubapa perlu pandai memilih bahan dan saiz. Jika bayi bawah setahun amat sesuai bongkah besar dan lembut seperti kain yang dimasukan span. manakala untuk usia yang lebih besar saiz sederhana dan kecil boleh dimanfaatkan.
Fardah permaian blok
- Merangsang perkembangan saraf motor kanak-kanak
- Merangsang perkembangan kreativiti
- membantu daya berfikir
- membantu dalam pertumbuhan kemahiran sosial
Syarat utama dalam apa saja permainan anak-anak adalah penglibatan orang lebih tua pada peringkat awal. Fahamkan mereka tentang fungsi dan peraturan permainan. Ada aku perhatikan anak-anak ini memasukan blok ke dalam mulut, ada yang membaling kepada kawan, ada yang tak ingin berkongsi dan macam-macam lagi...
sekian perkongsian pagi ini
Latihan solat berjemaah seawal yang boleh
Seawal usia berapa anak digalakkan untuk melakukan solat berjemaah? Pada aku seawal yang boleh. Bagaimana? Mereka dilatih dengan memerhatikan perbuatan mak ayah. Jika mak ayah rajin solat berjemaah bersama, insyalah anak tak akan rasa ganjal atau pelik untuk melakukan hal yang sama walaupun tanpa kehadiran mak dan ayah.
Kedudukan solat imam perempuan dan makmum perempuan ini tak berapa nak betul. |
Pinjam gambar en.Google |
Rabu, Ogos 21, 2019
Plan Arissto Ogos 2019
Arissto melancarkan plan langganan terbaru bermula Ogos 2019.
Harga sewaan mesin masih kekal sama iaitu RM1 sebulan.
Minimum komitmen pembelian kotak kapsul kopi, teh atau coklat adalah 2 kotak sebulan.
Detail tengok gambar bawah:
Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
#hantukopi
#MesinKopiPremium
Magic clay & kids- Aktiviti cuti sekolah.
Hasil kerja anak-anak solehah |
Maka dalam aktiviti magic vlay ini aku suruh humaira dan sumayyah buat balik apa yang mereka buat dekat sekolah. Manakala hana buat apa yang dia terlintas dalam fikiran..bila ditanya buat apa, kata nya Logo orang jahit. Tak terfikir aku dia nak buat logo.
Dalam aktiviti magic clay ini, syazwan dan uwais pun join sekali. Malangnya hasil kerja mereka tak dapat disimpan...
Sebenarnya sangat mudah untuk menggalakkkan anak-anak berkreatif. tapi adakala perasaan malas mak yang melampau malas melayan. Semoga perasaan dan kemalsan itu pergi jauh-jauh.
Langgan:
Catatan (Atom)