Bongkah yang dihadiah oleh CuCah untuk kakak humaira sewaktu usia 3 tahun. Kakak Humaira dah tujuh tahun. |
Dalam banyak-banyak mainan yang pernah kitorang beli untuk anak-anak...aku rasa bongkah-bongkah blok lah paling berbaloi..kerana apa? sebab ia banyak dan tahan lama. Harga pula, ada yang murah, ada yang mahal.
Apa itu permain Blok?
Permainan blok adalah permainan yang melibatkan bongkah-bongkah atau ketulan-ketulan plastik, kayu atau kain yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Anatara permaian blok yang popular adalah Blok Lego.
Usia berapa sesuai untuk permainan blok?
Sebenarnya ia sesuai dari peringkat bayi. Cuma ibubapa perlu pandai memilih bahan dan saiz. Jika bayi bawah setahun amat sesuai bongkah besar dan lembut seperti kain yang dimasukan span. manakala untuk usia yang lebih besar saiz sederhana dan kecil boleh dimanfaatkan.
Fardah permaian blok
- Merangsang perkembangan saraf motor kanak-kanak
- Merangsang perkembangan kreativiti
- membantu daya berfikir
- membantu dalam pertumbuhan kemahiran sosial
Syarat utama dalam apa saja permainan anak-anak adalah penglibatan orang lebih tua pada peringkat awal. Fahamkan mereka tentang fungsi dan peraturan permainan. Ada aku perhatikan anak-anak ini memasukan blok ke dalam mulut, ada yang membaling kepada kawan, ada yang tak ingin berkongsi dan macam-macam lagi...
sekian perkongsian pagi ini