Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua pembaca. Ahad minggu lepas kami berpeluang menjengah ke kediaman kakak ngah kepada kak fadhil. Aku kenal kak fadhil masa kerja sebagai pembantu penyelidik (RA) di jabatan optometris UKM. masa tu kak fadhil tutor dekat sana.
Selepas itu kami sekadar berhubung di laman sosial. Maka bila nampak aku selalu update pasal kopi, kak fadhil pun selalu komen. Dia berminat nak ambil. Maka terjadilah urusan pembelian.
Sebenarnya ini kira pertama kali aku buat urusan penjualan sepenuhnya melalui applikasi telefon. Kalau yang lain kami akan suruh isi form di template tapi sebab kak fadhil jauh. Aku bg form melalui whatsapp sahaja seperti dibawah:
Sila isikan maklumat di bawah untuk dapatkan Arissto Coffee Machine RM1 ni (required by company)
Nama :
IC Number :
Contact No :
Personal Email :
Delivery Address :
Card Holders Name (as per Debit Card/Credit Card) :
Card No :
Expiry Date :
Card Type :
Issuing Bank :
Kekerapan penghantaran: sebulan sekali/
2 bulan sekali/
3 bulan sekali/
4 bulan sekali
Kapsul kopi:
Contoh:Amico 2box
Mula penghantaran: 4hb/14hb/24hb
...................................................
Apabila selesai maka kami buat penhantaran, tapi kali ini kak fadhil minta hantar kepada kak ngah dia yang berada disentul Alhamdulillah, dekat sikit nak hantar.
Maka haei ahad hantar lah kami, pertama kali masuk kawasan kediaman...rasa wow!!! Sebab apa, ada QR code nak kena scan dekat pengawal.
Apabila sampai dan bertentang mata,masyaallah, ramahnya kakak ini. Tak rasa kekok langsung kami diaana.
Sebelum pulang, bawak anak-anak tengok kolam.
Itu lah cerita hujung minggu kami minggu lepas. Minggu ini hujung minggu jatuh pada hari raya aidiladha. Mr.Y bgtahu ada kawan dia nak datang beraya dan ambil mesin kopi. Jom get ready...