Mr.Y sewa mesin kopi sekali terus jadi agen. Kenapa terus jadi agen? Sebab beberapa kelebihan yang kami nampak. Antaranya:
- Setiap kali orang langgan kami akan dapat komisen berdasarkan pelan yang diambil. Mereka akan menjadi user di bawah kami.
- Setiap kotak kapsul kopi yang dibeli oleh user kami, kami akan mendapat rm1.
- Kami mengharapkan kapsul kopi yang kami guna tiap-tiap hari adalah free dengan mengambil kira komisen yang kami dapat.
Semenjak sebulan yang lepas, kami mula aktif promo di blog, facebook dan instagram. Selalu aku akan edit gambar untuk letak watermark dan kami suami isteri sama-sama upload di media sosial. Apabila mula aktif buat promo, hasil kami dapat adalah setiap hujung minggu kami akan mengambil mesin kopi di stokis dan hantar kepada penyewa.
Walaupun sekadar ambil mesin dan hantar mesin, tapi semua anak-anak nak ikut. Aku anggap ini adalah family time, dalam kereta aku boleh fokus berborak dengan anak-anak terutama kakak humaira dan hana. Bila buat delivery macam ni juga, kami mula kembali aktiviti hafalan surah pendek dalam kereta. Dalam kereta juga kami akan bagitahu anak-anak untuk jaga kelakuan dirumah orang nanti. Selalunya kalau nak hantar, aku akan bagitahu awal-awal dekat bakal pengguna mesin bahawa anak-anak ikut sekali.
Apabila ambil mesin, selalu Mr.Y akan bawak mesin manakala anak-anak akan bawa beg kertas yang ada kotak kapsul dan pamplet. Manakala bila buat demo, kami laki bini akan bergilir-gilir mengikut kehendak uzayr aqeeb. Kenapa ikut kehendak Uzayr, sebab dia belum 2 tahun dan sudah pasti dia tak akan faham sepenuhnya dengan apa yang berlaku. Kadang-kadang Mr.Y tengah buat demo dia akan pergi paut kaki abi dia, maka aku kena ambil alih sambung demo dan Mr.Y akan layan anak-anak.
Beberapa hari lepas, rasa agak Mr.Y share screen shot sales yang berjaya dilakukan bulan lepas. Terkejut aku tengok. Tak sangka boleh dapat banyak itu.
kita share screenshot |
Bila tengok komisen, terus terlintas dalam fikiran..kalah gaji aku kerja dulu. Terus rasa teruja dan bersemangat nak buat lebih lagi.
Walau apa yang kita usahakan, sentiasa minta doa dan restu mak ayah dan cuba sebaik mungkin untuk tidak membuat mak ayah kita terasa. Sebagai isteri dan perempuan aku ada keinginan tersendiri, tapi aku tahu Mr.Y perlu terlebih dahulu tunaikan hak-hak insan dibawah tanggungjawabnya. Selesai hak baru memenuhi kehendak, aku minta Mr.y tunaikan kehendak mak ayah dahulu sebab aku percaya, jika mak ayah happy maka Allah akan murahkan rezeki kami. Rezeki disini bukan sekadar duit tapi lebih kepada kesihatan dan masa bersama insan yang disayangi. Aku sentiasa ingat nasihat arwah cik, jaga hati mak ayah, senangkan hati mak ayah..Allah tak akan sempitkan rezeki kita.