Khamis, Ogos 08, 2019

Utusan Cinta Buat Adam-Minggu Akhir


Assalamualaikum dan selamat pagi, mesti ramai yang menonton drama Utusan Cinta Buat Adam kan. Kira minggu ni kisah yang paling dinantikan. Ok aku pada awal tak layan sangat cerita ini. Tapi since last week bila dah melibatkan ilmu hitam secara tak sengaja aku terjoin sama.  Syukur jugak aku tak terpengaruh dari awal. Membazir waktu magrib kalau mula dari awal. 

Sebenarnya drama ini adalah adaptasi dari novel karya myra ameer. Review pasal novel ini semua best-best. Oleh kerana aku pun tak baca lagi novel dia aku tak boleh nak cerita atau review lebih lebih. 

Apa yang aku nanti dalam episod hari ini dan esok adalah,

  1. Siapa selamatkan yana daripada menjadi mangsa tok itam?
  2. Bagaimana reaksi tok wan bila tahu kena tipu dengan yana
  3. Pulih kembali ke tak si aireen tu
  4. Adakah dura kembali sedar diri dan tak terhengih2 nak ke adam
  5. Apa jadi dengan tok itam

Yang aku boldkan itu paling nak tahu. hehehehe...so jomlah kita sama2 khatam drama ini. 2 hari je lagi.

j

Selasa, Ogos 06, 2019

Keluarga dan kopi

Seperti biasa sabtu minggu lepas kami ambik stok kopi yang agak banyak iaitu 6 mesin sekali gus. sebenarnya 2 mesin telah berpunya manakala 4 lagi adalah sebagai stok untuk pelanggan yang tetiba nak. 

Anak-anak suka datang stokis Faliyana Mom Store. Mak dia pun suka. Macam -macam barang ibu anak ada sini. Kali ini kakak-kakak dapat cekak rambut.

Tak muat tangan Mr.Y bawak mesin. 2 kali naik ok. 

Ke-esok hari akad, kami ada kenduri. Ikut aku malas nak pergi sebab Uzayr selsema, tapi Mr.Y kata jom ikut sekali, lepas pergi kenduri pergi kedai spek. Mak nak buat spek maka aku join lah. Tapi sampai kenduri, ada saudara call bagitahu nak datang rumah. Maka rancangan nak buat spek tak jadi, kita balik dan layan tetamu. Betul setiap tetamu yang datang, ada rezeki bersama nya. Rumah yang di kunjungi tetamu, insyalah murah rezeki.

Saudara dari melaka datang, kami jamu dengan kopi dan teh arissto. Terus berminat nak ambik. Sebenarnya mereka memang peminat kopi. Selepas itu mereka boleh berborak pasal kopi. 
Maka susut dah stok mesin kopi kami.... Tak apa kami dah restok sabtu baru ni.

Isnin, Ogos 05, 2019

Gembiranya hati isteri apabila suami beri lampu hijau.

Assalamualaikum dan selamat pagi.  Dua minggu lepas kami ambik 3 mesin kopi untuk kawan pejabat Mr.Y, tapi malam sabtu my yayang whatsapp seperti dibawah


Maka apa lagi..ahad kita terus buat penghantaran. Anak-anak semua di bawa bersama. Apa yang istemewa kali ini adalah demo mesin aku dibantu oleh barista cilik Hana Khadijah. Selalu aku demo dengan Mr.Y atau Mr.Y seorang je yang demo.

muka en.husband kepada my yunk yang happy dapat happykan isteri. 
Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..

#hantukopi
#MesinKopiPremium

Blogger Challenge: Day 10~If you could have any job in the world. What would it be.

Cabaran hari ini buat kita berangan lebih ini. Aku pilih 'National Geographic Photographer'. 

Kenapa?
Pertama kerana skop photo yang diambil adalah luas, kamu mungkin ditugaskan untuk mengambil gambar indidvidu, funtion, kemelut, animal, tumbuhan, cara hidup dan pelbagai. Kedua kerana kamu berpeluang untuk mengembara. 



Blogger Challenge: Day9~ How you stay positif

Bagaimana untuk kekal positif? Sebenarnya bukan semua orang dapat mengawal pemikiran positif. Banyak keadaan manusia gagal mengawal pemikiran positif sama ada kepada situasi atau kepada individu. Dalam kata lain, gagal berfikiran positif adalah bersangka buruk. Apabila kita gagagl untuk berfikiran positif kepada sesuatu situasi, maka kita cenderung menyalahkan takdir. Manakala kalau kita gagal berfikiran positif kepada individu maka kita akan menyalahkan insan lain.

Kita melihat keadaan seorang ibu atau bapa yang sering membawa anak ke hospital bagi mendapatkan rawatan anak, kita akan kata "kenapa lah takdir dia dapat anak macam tu, anak asyik sakit je." Tahu tak sebab anak sakitlah, si suami lebih menghargai isteri, sebab anak sakit, rezeki yang tak berkat dapat dikeluarkan, sebab anak sakit ibu bapa lebih peka kepada perkembangan anak, sebab anak sakit ibubapa kembali memohon kepada Allah dan kerana seorang anak sakit, anak-anak lain memahami dan lebih mengerti pengorbanan mak bapak mereka.

Jika kita melihat seorang anak yang berkelakuan tidak senonoh atau nakal, masyarakat cenderung mengatakan "Ini mesti mak bapak dia tak ajar." Tahu ke kita yang tiap-tiap malam mak bapak dia buat tahajud memohon agar anak mendapat hidayat. Tahu ke kita bahawa dari kecil anak tersebut didik dengan asas akidah dan iman yang kukuh, tahu ke kita bahawa sudah puas mak bapak menasihati, tahukah kita pelbagai cara telah dilakukan bagi mengubah sikap anak tersebut. Tetapi mungkin Allah nak menguji kesabaran, ahli keluarga tersebut. Allah dah bagitahu, iman seseorang meningkat apabila diuji. Allah uji sebab allah nak kita ingat dia.

Bagaimana aku kekal positif?
Kembali kepada cabaran hari ini, bagaimana aku kekal positif. Aku macam orang lain, ada pasang surut pemikiranya. Pertama, jangan cepat mengelabah bila ditimpa sesuatu. Kedua, banyakkan pembacaan yang positif. Ketiga, bergaul dengan insan yang mempunyai aura positif. Keempat, pandang sesuatu dari sudut yang memberi kebaikan. Kelima, jika ada dengar orang yang bercakap dengan kita mula bau-bau negatif, cepat-cepat selesaikan perbualan. 

Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak bagitahu untuk kekal positif sebab secara amnya, aku banyak ikut pandangan dari ibubapa aku. Ibubapa aku payah sangat nak lihat sesuatu dalam bentuk negatif. Aku tak pernah dengar dia kutuk orang dan keadaan seseorang. Apa yang aku selalu dengar adalah, ujian untuk dia, Allah sayang dia, Insyaalah itu saham akhirat dia, Allah nak usaha lebih lagi tu dan lain-lain.

Apa yang aku faham di sini adalah, kita sebagai ibubapa yang akan bentuk pemikiran positif dalam diri anak-anak. Maka sebaiknya aku cuba untuk tidak mengata orang lain dan tidak memandang sesuatu dalam keadaan negatif. Doakan aku berjaya membentuk pemikiran seperti itu dalam jiwa anak-anak.