Nampak tak situasi mengajar anak kecil untuk belajar membuat hutang bagi mendapatkan apa yang diinginir. Sepatutnya kita mengajar mereka bersabar dan berusaha untuk mendapat apa yang mereka nak. Tak apa, aku dengan gembira balik jalan kaki dulu dengan mereka. Ini adalah kali pertama humaira mengambil dan membeli barang tanpa meminta izin dahulu. Sebelum ini dia pernah membawa balik borang beli buku cerita dan majalah tapi kami tak bagi beli sebab kami rasa lebih murah, lebih berbaloi dan lebih banyak pilihan kalau pergi kedai buku atau beli secara atas talian.
Bila keadaan tenang sedikit petang, aku ajak kakak humaira borak dan tanya pasal buku dia bawa balik tu. Aku tanya dia macam mana dia nak bayar baki harga buku. Dia kata "ummu minta dengan abi boleh?" aku kata bukan aku yang buat hutang tapi kakak, maka kakak kena cakap sendiri dekat abi. Kakak kata kalau abi tak bagi, dia nak keluarkan duit tabung dia. Pastu dia tanya HUTANG ITU APA?
Maka bermulalah penjelasan ummu panjang lebar tentang hutang.
Hutang ini seperti apa yang kakak buat hari ini, kakak bayar dulu separuh harga buku, kakak ambil barang dan selebihnya kakak bayar kemudian. Bermana yang selebih punya baryaran itu kita kenali sebagai hutang. Kakak tahu kenapa ummu marah (dia geleng). Kenapa ummu marah sebab ummu dengan abi tak nak kakak belajar cara membuat hutang buat masa ini. Ummu dengan abi tak nak kakak belajar buat hutang kerana kesan yang bakal atau mungkin berlaku...
- Kakak belum habis bayar tapi barang dah rosak. Berdosa atau tak sebab akak dah rosakkan barang orang. Majalan akan jadi hak kakak apabila kakak dah abis bayar. Sekarang majalah belum lagi hak kakak.
- Andai kata kakak, ummu dan abi tak cukup duit untuk bagi kakak bayar. Kakak kena pulangkan balik majalah. Tapi kalau barang dah rosak, kakak rasa penjual nak terima balik ke?
- Mungkin ada budak mak ayah tak mampu nak bagi duit untuk bayar baki harga majalah. Maka anak tersebut mengamuk dan marah-marah mak dia. Berdosa tak seorang anak marah ibu bapa dia?
Sepatutnya kalau kakak nak apa-apa, kakak kena pastikan dahulu wang yang kakak ada cukup untuk membayar harga barang tersebut. Kalau kakak nak guna duit belanja sekolah yang ummu abi untuk kakak beli makanan waktu rehat, patut kakak kena minta izin ummu abi dulu. Sebab ummu dan abi bagi duit belanja beli makanan. Ummu tak nak anak ummu belajar dalam keadaan lapar. Kalau nak apa-apa kita perlu bersabar dan berusaha untuk dapat apa yang kita nak. Buat masa sekarang apa yang kakak nak buat, kemana kakak nak pergi semua kena minta izin ummu dan abi. Boleh kakak?
Lepas dengar ceramah ummu panjang lebar dia pun minta maaf.