Jumaat, Jun 14, 2019

Duit Raya Anak

Isnin lepas bersamaan hari raya ke-5, kami memulakan langkah menuju ke Tabung Haji Kl Central. Semua anak-anak ikut kecuali kakak Humaira denngan alasan dia kena teman nenek dan sumayyah dekat rumah.

Setaip tahun kami akan masukkan duit raya anak-anak kedalam akaun tabung haji kecuali duit raya uzayr aqeeb dimasukkan ke dalam akaun ASB. Kenapa? Sebab kami belum berkesempatan nak buat akaun tabung haji untuk Uzayr. Konon niat nak buat akaun tabung haji untuk Uzayr sekali lah hari tu, sekali kami sampai..Ya Allah ramai pulak orang dekat sana.

Maka kami patah balik ke KL sentral dan daftar online transfer dekat atm maybank.  Tengah-tengah daftar Mr.Y keluar persoalan, diveden yang bakal dorg perolehi adalah lebih tinggi jika di masukkan kedalam satu akaun berbanding dimasukkan kedalam akaun masing-masing, tambahan sekarang dan pertengahan tahun. Mr.Y tanya aku apa pendapat aku...

Pada aku tak ada masalah jika wang anak-anak dimasukan kedalam satu akaun, tetapi setiap satu perlu ada rekod. Betul juga, sekarang dah pertengahan tahun, nanti diveden tak akan dapat full, maka tak salah kalau dimasukkan ke dalam satu akaun untuk memaksimakan diveden yang bakal diterima.

Maka terbantut lagilah niat kami untuk buka akaun tabung haji buat uzayr Aqeeb.


Teruja nak naik tren

Beratur nak naik tren

Uzayr nak abi






Selamat Hari Raya 2019

Hari dah memasuki raya ke-10, Yamanaimy baru nak wish SELAMAT HARI RAYA buat rakan-rakan pembaca blog sekalian...Maaf andai ada tersalah tutur bicara sepanjang berblog.


Buku nota ayah...

 Assalamualaikum, kali ini kita nak share buku nota menjahit yang ayah kita guna semenjak 1969.

Al-kisah raya kali ini sempatlah kita siapkan 2 helai kain batik buat adik dan anak buah. Bukan jahit sorang ye, jahit dengan bantuan adinda. Sambil jahit kami adik beradik lepak lah dalam bilik menjahit itu sambil borak. Tetiba keluar isu pasal mana pergi buku nota arwah cik...Apa lagi, masing-masing sibuk mencari sehinggalah sampi sudah tak jumpa..

Sebelum berangkat balik ke KL my adik begitu baik hati pergi tanya dekat my ayah pasal buku nota jahit cik. Ayah pun terus keluarkan khazanah berharga dari peti besi, ye buku nota ayah dari tahun 1969. Buku masih cantik dan kemas. My ayah kata, ambik buku ni fotostat dan study, insyalah lepas study dapat jahit macam-macam fesyen baju. Me is like..."kenapa tak bagi terus je buku tu dekat saya?' My ayah bala, " buku ni tak boleh bagi terus dekat awak pasal tak ada jual dah dikedai dan berharga sangat buku ini pada ayah."

Menurut ayah, ini adalah buku nota dia guna sewaktu awal-awal belajar menjahit dengan cikgu dari London. Buku ini juga dikenali dengan nama "London Cutting".

Balik kali ini juga, kita bawak balik 2 helai kain untuk buat kemeja batik Mr.Y. Gambar kat bawah ayah terangkan bagaimana nak mengambil ukuran kemeja batik lelaki kepada adik. Adik kita sekarang dah follow ayah 100%, kadang-kadang berlaku perselisihan faham jugak antara aku dan dia bila bercakap pasal jahitan. Ye lah guru kami berbeza, dia berguru dengan ayah, manakala aku berguru dengan arwah cik. Apapun asas jahitan dan menggosok adalah sama.



Sabtu, Jun 01, 2019

Resepi Tart nenas nenek kg.Baru




Inti
5 biji isi nenas yang di blend dimasak bersama 1kg gula pasir. Apabila ia dah masak dan pekat. Biar sejuk dan gentel lah bulat-bulat.

Doh (jangan diubah sedikit pun jenama yang digunakan dalam penghasilan doh kali ini...kalau tak hasil tak seperti diharapkan)
  • 250g buttercup*
  • 1cawan planta*
  • 3/4 cawan gula aising*
  • 1penutup botol asen vanila
  • 1biji telur
  • 3 - 4 cawan tepung gandum. 
  • 1biji kuning telur untuk sapuan.



  1. Pukul bahan bertanda sehingga kembang dan putih. 
  2. Masukkan asen vanilla dan telur, gaul rata 
  3. Masukkan sedikit-sedikit tepung gandum sehingga doh dapat dibentuk. Doh sedikit melekit ditangan.
  4. Balut inti yang dibulatkan dengan doh yang telah siap
  5. Buat bentuk kesukaan anda dan sapu kuning telur atasnya
  6. Bakar suhu 160℃ -200℃ selama 15-30minit (bergantung kepada oven masing-masing sehingga bahagian bawah sedikit keperangan)