Rabu, Mei 22, 2019

Kembali Bekerja atau terus menjadi surirumah?

Assalamualaikum




Bagi surirumah sepenuh masa yang pernah bekerja, akan wujud keinginan untuk kembali bekerja dan memiliki pendapatan sendiri. Tetapi keinginan tersebut mempunyai banyak persoalan yang perlu difikirkan. Antaranya:

  • Tujuan untuk kembali bekerja
  • Apa pekerjaan yang sesuai selepas bertahun menjadi suri rumah.
  • Bagaimana nak mula membuat resume.
  • Macam mana nak tinggal anak terutama yang masih menyusu badan dan tak pernah berjauhan dengan mak.
  • Apakah pendapatan yang bakal diperolehi dapat meringankan beban kewangan dan menampung perbelanjaan meninggalkan anak. Sedia maklum apabila meninggalkan anak kepada pengasuh atau tadika, maka bayaran perlu diberikan. 
  • Bagaimana pengurusan anak yang sekolah pagi sahaja dan yang pagi petang...bayaran transit sebulan macam mana? Pengankutan dan makan minum?
Secara kasar ada beberapa isu penting yang perlu kita pertimbangkan sebelum mengambil keputusan untuk kembali bekerja iaitu tujuan dan matlamat, kewangan dan pengurusan masa.

Baloh lah mung dua orang....


Tujuan dan Matlamat

Kita sering mendengar tujuan utama seorang suri rumah kembali bekerja adalah faktor kewangan. Apabila faktor kewangan menjadi tujuan kembali bekerja, maka matlamat sudah pasti meringankan beban keluarga. Ada juga yang ingin kembali bekerja akibat tekanan, dia merasakan tekanan sewaktu bekerja lebih ringan berbanding menjadi surirumah. Perasaan dan andaian ini sering melanda kepada mereka yang kahwin sahaja terus menjadi surirumah tangga. DImana dia hanya bekerja ketika bujang. Faham atau tidak bahawa jika anda telah memiliki anak, maka bebanan adalah sama sahaja samaada bekerjaya atau surirumah. Anda pulang dari kerja, anda masih kena uruskan anak-anak, makan pakai malahan lebih teruk anda kena siapkan semua keperluan keesokan hari anak-anak pada malam sebelumnya. Jangan mengandaikan, tak apa dah kerja nanti, suami akan tolong buat kerja rumah sekiranya sepanjang anda menjadi surirumah sepenuh masa, suami langsung tak tolong buat kerja rumah atau tolong ikut mood. Akhir sekali tujuan kembali bekerja yang popular adalah kerana ingin memiliki kehidupan sosial yang lebih baik. Di akui, surirumah sepenuh masa hanya akan berhubung dengan insan yang sama setiap hari. Walaupun semua dihujung jari, kita dapat berhubung dengan siapa sahaja menggunakan media sosial tetapi ia tidak sama dengan perhubungan secara langsung.

Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif, sebaliknya kembali sebagai wanita bekerjaya yang bermatlamat bukan kerana kata-kata negatif masyarakat sekeliling.

Kewangan

Apabila kembali bekerja, kewangan boleh menjadi makin ringan dan boleh menjadi makin bertambah. Perbelanjaan akan bertambah dari segi kekerapan makan luar atau beli makanan luar, anak di taska atau tadika, pengangkutan, transit anak-anak, pakaian dan penampilan. Semua ini perlu dikira dan dipertimbangkan dengan nilai gaji yang bakal diterima. Walaupun jika anda ingin kembali bekerja faktor kewangan. 

Pengurusan Masa

Kesilapan langkah dalam menguruskan masa akan menjadi bebanan berganda. Selain minda sendiri perlu set, kita perlu set minda anak-anak dan suami dengan status kita kembali bekerja. Dimana kalau dulu hanya anda menguruskan anak-anak nak kesekolah waktu pagi, sekarang suami kena ambil alih sebahagian tugasan kerana anda sendiri perlu bersiap juga untuk pergi kerja.




Terubat rindu...

Assalamualaikum dan salam sepertiga malam. Semalam kita buat sedikit penghantaran kuih Almond Choc, Cornflakes Crispy, simpul kasih dan kasihku cheese dekat Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, UKM KL. Nikmat rindu kepada tempat berjuang menuntut ilmu terubat apabila Allah bagi rezeki tempahan kuih raya diterima dari sahabat pensyarah Program Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Dr.Siti Sahara dan Puan Nornazatul Shima. Sahabat seperjuangan suatu masa dahulu.

Tak perlu lama, sekejab sahaja sudah cukup. Hargai pengalaman dan ilmu. Inilah nikmat persahabatan.

Khamis, Mei 16, 2019

Forensik kewangan-Zaidi Ismail


Ini adalah buku terbaru yang Mr.Y beli untuk kami baca dan buat. Bahasa dan contoh yang digunakan adalah mudah untuk difahami.

Saya cadangkan untuk orang bercita-cita nak urus duit dengan lebih baik kena beli buku ini. Duit banyak kalau salah urus akan habis tapi kalau hutang banyak tapi pandai urus, insyaAllah, hutang itu jadi simpanan...

Jangan kerana kita membuat hutang, anak cucu terbeban pada masa akan datang.

Tonsilitis dikalangan kanak-kanak

Demam kerana tonsil bengkak
Assalamualaikum dan selamat pagi...
Tahun ini sahaja rasanya dah tiga kali Uwais bengkak tonsil. Selalu bengkak tak menyebabkan demam yang tinggi sekadar dedar sahaja badan. Kali ini tonsil bengkak sehingga demam agak tinggi. Pernafasan juga nampak agak penat. Maka decide bawa kepada doktor. Mula-mula kita ke Klinik Halim dekat kg.Baru, tetapi doktor dah balik. Ye lah bulan puasa doktor balik awal. Seterusnya Mr.Y pergi ke Pusat Rawatan Pakar AL-Islam. Hasil bawa ke doktor adalah tonsil bengkak teruk, dah bertemu kiri dan kanan. Doktor cadangkan untuk buang tonsil pada usia lima tahun jika masih kerap berlaku kebengkakkan. Buat masa ini kelenjar tonsil masih berfungsi sebagai salah satu benteng perthanan tubuh tetpai memasuki usia 6tahun pertahanan tubuh diambil alih oleh kelenjar lain. Tapi doktor ada jugak tanya adakah tidurnya berdengkur atau langsung tak boleh makan. Alhamdulillah, tidur tak berdengkur dan makan masih boleh sikit-sikit. Satu kesilapan yang aku faham selama ini. Ingatkan bila anak kena tonsilitis kita kena bagi aiskrim untuk dia senang makan, tetapi kata doktor "aiskrim untuk keadaan yang dah amat teruk" so mak-mak jangan pandai buat keputusan sendiri. Selain itu uwais kena pantang ais.

Selepas buat pembayaran aku tanya Mr.Y berapa kena...Mr.Y kata RM52 sahaja..eh biar betul? Macam tak percaya pulak kan....

Kita buat pembacaan sedikit pasal tonsilitis dikalangan kanak-kanak....

http://www.myhealth.gov.my/radang-tonsil/

https://www.cochrane.org/ms/CD001802/tonsilektomi-atau-adenotonsilektomi-berbanding-rawatan-bukan-pembedahan-untuk-radang-tonsil

Semoga ini adalah serangan tonsil terakhir untuk tahun ini...amin..

Jumaat, Mei 10, 2019

Good Things Take Time - Benda baik perlu masa.

Assalamualaikum, orang kata nak dapat yang terbaik kena cuba banyak kali. Ramai ibu bapa risau nak bagi anak main warna air kerana takut rumah bersepah dan comot, nak menyental pakaian dan lantai yang kena warna bukan main payahkan. Tapi sebenarnya ada pelbagai cara kita anak biasa dengan permainan warna.

Anak-anak suka kalau gambar yang mereka lukis ummu ambik dan tunjuk dekat abi.

Antara tips yang boleh saya share:
  • Pilih water colour yang base air bukan minyak atau lain-lain
  • Pakaiankan apron plastik yang boleh basuh atau pakai buang dekat anak terutama yang umur setahun.
  • Guna material kertas tebal atau kad...nak senang kotak yang beli barang...
  • Buat aktiviti ini diluar kalau cuaca mengizinkan...
Uwais ketika usia 1 tahun setengah. masa ni ummu tak perlu pakaian apron plastik dah dekat dia sebeb dia dah tahu fungsi berus dan warna. Selalu ummu guna barang kitar semula sahaja untuk mereka conteng. Jimat kertas. Ini merupa salah satu terapi yang aku buat dekat uwais, mengurangkan tantarum.
adakala hasil kerja anak yang diolah kembali menggunakan apps boleh menjadi sesuatu yang menarik.

Masa awal-awal pindah, aku beri uwais main warna dekat meja makan...mak mertua dah risau rumah dia comot dengan warna budak ni...tapi selepas tengok cara uwais main dan persekitaran langsung tak comot, maka nenek tak kisah lah.

Apa saja kita nak anak kita mahir, jangan terus harap mereka mahir, Kemahiran memerlukan masa. Kemahiran boleh menjadi bakat tetapi bakat tanpa latihan akan hilang...