Memaparkan catatan dengan label wanita bekerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wanita bekerjaya. Papar semua catatan

Rabu, Mei 22, 2019

Kembali Bekerja atau terus menjadi surirumah?

Assalamualaikum




Bagi surirumah sepenuh masa yang pernah bekerja, akan wujud keinginan untuk kembali bekerja dan memiliki pendapatan sendiri. Tetapi keinginan tersebut mempunyai banyak persoalan yang perlu difikirkan. Antaranya:

  • Tujuan untuk kembali bekerja
  • Apa pekerjaan yang sesuai selepas bertahun menjadi suri rumah.
  • Bagaimana nak mula membuat resume.
  • Macam mana nak tinggal anak terutama yang masih menyusu badan dan tak pernah berjauhan dengan mak.
  • Apakah pendapatan yang bakal diperolehi dapat meringankan beban kewangan dan menampung perbelanjaan meninggalkan anak. Sedia maklum apabila meninggalkan anak kepada pengasuh atau tadika, maka bayaran perlu diberikan. 
  • Bagaimana pengurusan anak yang sekolah pagi sahaja dan yang pagi petang...bayaran transit sebulan macam mana? Pengankutan dan makan minum?
Secara kasar ada beberapa isu penting yang perlu kita pertimbangkan sebelum mengambil keputusan untuk kembali bekerja iaitu tujuan dan matlamat, kewangan dan pengurusan masa.

Baloh lah mung dua orang....


Tujuan dan Matlamat

Kita sering mendengar tujuan utama seorang suri rumah kembali bekerja adalah faktor kewangan. Apabila faktor kewangan menjadi tujuan kembali bekerja, maka matlamat sudah pasti meringankan beban keluarga. Ada juga yang ingin kembali bekerja akibat tekanan, dia merasakan tekanan sewaktu bekerja lebih ringan berbanding menjadi surirumah. Perasaan dan andaian ini sering melanda kepada mereka yang kahwin sahaja terus menjadi surirumah tangga. DImana dia hanya bekerja ketika bujang. Faham atau tidak bahawa jika anda telah memiliki anak, maka bebanan adalah sama sahaja samaada bekerjaya atau surirumah. Anda pulang dari kerja, anda masih kena uruskan anak-anak, makan pakai malahan lebih teruk anda kena siapkan semua keperluan keesokan hari anak-anak pada malam sebelumnya. Jangan mengandaikan, tak apa dah kerja nanti, suami akan tolong buat kerja rumah sekiranya sepanjang anda menjadi surirumah sepenuh masa, suami langsung tak tolong buat kerja rumah atau tolong ikut mood. Akhir sekali tujuan kembali bekerja yang popular adalah kerana ingin memiliki kehidupan sosial yang lebih baik. Di akui, surirumah sepenuh masa hanya akan berhubung dengan insan yang sama setiap hari. Walaupun semua dihujung jari, kita dapat berhubung dengan siapa sahaja menggunakan media sosial tetapi ia tidak sama dengan perhubungan secara langsung.

Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif, sebaliknya kembali sebagai wanita bekerjaya yang bermatlamat bukan kerana kata-kata negatif masyarakat sekeliling.

Kewangan

Apabila kembali bekerja, kewangan boleh menjadi makin ringan dan boleh menjadi makin bertambah. Perbelanjaan akan bertambah dari segi kekerapan makan luar atau beli makanan luar, anak di taska atau tadika, pengangkutan, transit anak-anak, pakaian dan penampilan. Semua ini perlu dikira dan dipertimbangkan dengan nilai gaji yang bakal diterima. Walaupun jika anda ingin kembali bekerja faktor kewangan. 

Pengurusan Masa

Kesilapan langkah dalam menguruskan masa akan menjadi bebanan berganda. Selain minda sendiri perlu set, kita perlu set minda anak-anak dan suami dengan status kita kembali bekerja. Dimana kalau dulu hanya anda menguruskan anak-anak nak kesekolah waktu pagi, sekarang suami kena ambil alih sebahagian tugasan kerana anda sendiri perlu bersiap juga untuk pergi kerja.