Ahad, Mac 24, 2019

Recovery RAW USB Driver

Assalamualaikum, pagi ini kita nak share masalah yang dah setel tapi mungkin berulang pada masa hadapan. Kenapa nak share dekat blog? Sebab kita manusia mudah lupa, setidaknya kalau simpan sini kita boleh rujuk pada masa akan datang.

Tahukan apa dia USB Driver? USB Driver adalah aksesori laptop seperti pendrive, memory card, external hard-disk. AL-kisahnya, jumaat Mr.Y balik kerja mengadu pendrive tak dapat buka...dia suruh Format bila cucuk...masalahnya ada banyak fail kerja dalam pendrive. Maka sebelum format kalau dapat nak selamatkan fail-fail dia tu. (Bila Mr.Y mengadu macam ni, aku dah tahu...dia nak aku selesaikan masalah ni seperti kebiasaannya).

Dia keluar window macam ni...Jangan terus Format.

Aku search dekat internet jumpa Mr.KJ Blog, dia ajar macam mana nak check disk dulu... aku folow step by step....tapi step ke-3 aku dapat hasil USB in RAW Format System...Mamat ni pulak kata kalau dapat Hasil RAW baik buang jer...hampeh betul...tapi tak apa..setidaknya aku tahu disk berada dalam format RAW. Tq Mr.KJ

Aku pun try jugak guna software yang dia suruh download tu...tapi tak berjaya...maka pencarian diteruskan lagi tapi dengan lebih detail..sbb sekarang dah tahu pendrive dalam bentuk RAW. Pencarian tak sia-sia, jumpa web wondershare. Maka kita ikut lah arahan dalamnya secara berhati-hati.... tetiba nak recover..alahai kena bayar pulak....Nak yang free....

Cari lain jumpa iBoysoft Data Recovery...Alhamdulillah...setel masalah.... 

Jumlah masa dihabiskan untuk selesai adalah 2jam...









Sabtu, Mac 23, 2019

MENANGI 2 PAKEJ UMRAH BULAN RAMADHAN 2019

⚠️DAFTAR UNTUK MENANG!
Perhatian Semua Muslim & Muslimat...
Anda Berhajat Menunaikan UMRAH Bulan Ramadhan?
Sempena Pelancaran Produk Baru Kami, REYHAN HONEY - Premium Astragalus Honey Dari Iran, Kami Menawarkan Hadiah Terhebat!
2 Pakej UMRAH Bulan Ramadhan 2019 Kepada 1 Pemenang Bertuah Bernilai RM20,376.00
Anda Perlu Klik ➡️ http://swee.ps/juKIwtNbB
Untuk Membolehkan Anda Mendaftar.



"Ya, Allah kau berilah kemenangan buat kami. Moga kami berpeluang membawa orang tua kami melawat rumah Mu."

Jumaat, Mac 22, 2019

We Stand Togather-Christchurch


Hari ini genap seminggu tragedi berdarah Christchurch. Beberapa hari lepas, Mr.Y whatsapp suruh buat design "NZ, we stand together.". Kita pun fikirlah mcm mana nak buat ni...

nak letak gambar masjid christchurch ke?
nak letak gambar senapang ke?
nak letak peta NZ ke?

Sudahnya kita biar tergantung...sehinggalah waktu susukan anak nak tidur malam tadi dapat idea yang terealisasi seperti di atas. 

Menggunakan Aplikasi Picsart...

Sakit Hati dengan Pasangan Sendiri-Apa perlu buat

Gambar Ihsan Mr.Google

Hidup sebangai suami isteri pasti ada pasanga surutnya. Adakala perbuatan kecil yang dilakukan secara tak sengaja boleh buat pasangan kita sakit hati. Lagi parah bila kita tak sedar pun apa salah kita. Kita bukan ahli nujum yang dapat membaca semua kehendak pasangan tanpa perlu bicara. Antara langkah yang boleh kita buat adalah.

  • Diam dan jarakkan diri
Sebaik sahaja berlaku perselisihan faham atau muncul rasa sakit hati...jangan persoalkan atau suarakan terus depan anak-anak. Seeloknya kita mengambil langkah mendiamkan diri. Tapi adakala langkah mendiamkan diri ini menyebabkan pasangan sakit hati jugak,(sudah, kita sakit hati, dia sakit hati.) Tapi setidaknya ia lebih baik dari kita menyuarakan kemarahan dan sakit hati dalam bentuk bahasa dan perbuatan, kerana bahasa boleh jadi lebih tajam dari parang.

Dah diam tak berfungsi, selalu perempuan akan lebih sakit hati apabila dia marah dan suami mendiamkan diri, maka sila lah lari keluar. Pergi lah masjid ke, atau kedai makan ke, asal tak mencari perempuan lain. Fungsi ini adalah untuk menjarakkan diri. Elak ada yang tercedera. 
  • Simpan 
Jangan meluah rasa sakit hati dekat mana-mana media sosial, dekat mana-mana insan yang kita jumpa waktu keluar tu. Dekat anak pun jangan luahkan. Kita tak nak anak melihat pasangan sebagai seorang yang melakukan kesilapan. Seeloknya simpan sendiri. Kalau tak tahan sangat rasa nak luah jugak, luah kepada Allah.  Banyak mata-mata yang mencari ruang untuk menhancurkan mahligai kita. Selain itu, menjadi kewajipan kita menutup aib kita dan pasangan. Aku percaya andai kita membuka aib pasangan, Allah akan membuka aib kita. 
  • Renung, memaaf dan minta maaf
Ini paling penting,kenapa nak renung? ini untuk cari punca kita sakit hati. Selalu kalau dah renung ni, kita perlu ambil langkah memaaf dan minta maaf.
  • Komunikasi
Sekarang zaman teknologi, Malu nak minta maaf dengan pasangan depan-depan, bagi msg dkat FB or whatsapp... luahkan apa yang kita sakit hati..baca apa pandangan pasangan. Aku lebih suka komunikasi secara pesanan macam ni. Sebab selalu kita tak akan tergesa-gesa membuat kesimpulan dan bahasa yang digunakan adalah lebih lembut.
  • Reward
Bila selesai masalah sakit hati tu, pandai-pandailah bagi hadiah dekat pasangan. Reward yang paling best untuk ktorg adalah habiskan masa bersama anak-anak....buat lah apa-apa aktiviti seperti joging, makan luar, lepak kedai buku, bergambar dekat mana-mana tempat yang anda rasa menarik. Percaya lah, yang paling happy adalah anak-anak. Kena ingat apabila kita dan pasangan berselisih faham, anak-anak adalah mangsa utama.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan selamat pagi..hari ini jumaat last sekolah untuk minggu ini. Lepas ni cuti seminggu, anak-anak dah kira-kira nak kemana cuti ini. Salah satu aktiviti yang kami pilih adalah pergi ke pesta buku antarabangsa Kuala lumpur.

Dari kecil aku memang suka ke pesta buku sebab banyak buku dipamerkan dan buku-buku boleh didapati pada kadar harga yang amat murah.. buku harga RM0.50 sebiji pun ada ok. So harap kali ini berpeluang menjengah ke pesta buku lah...




Tema pesta buku kali ini, menarik jugak lah... MELUHURKAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN. Mendalam betul maksud dia ni....