Jumaat, Mac 22, 2019

Sakit Hati dengan Pasangan Sendiri-Apa perlu buat

Gambar Ihsan Mr.Google

Hidup sebangai suami isteri pasti ada pasanga surutnya. Adakala perbuatan kecil yang dilakukan secara tak sengaja boleh buat pasangan kita sakit hati. Lagi parah bila kita tak sedar pun apa salah kita. Kita bukan ahli nujum yang dapat membaca semua kehendak pasangan tanpa perlu bicara. Antara langkah yang boleh kita buat adalah.

  • Diam dan jarakkan diri
Sebaik sahaja berlaku perselisihan faham atau muncul rasa sakit hati...jangan persoalkan atau suarakan terus depan anak-anak. Seeloknya kita mengambil langkah mendiamkan diri. Tapi adakala langkah mendiamkan diri ini menyebabkan pasangan sakit hati jugak,(sudah, kita sakit hati, dia sakit hati.) Tapi setidaknya ia lebih baik dari kita menyuarakan kemarahan dan sakit hati dalam bentuk bahasa dan perbuatan, kerana bahasa boleh jadi lebih tajam dari parang.

Dah diam tak berfungsi, selalu perempuan akan lebih sakit hati apabila dia marah dan suami mendiamkan diri, maka sila lah lari keluar. Pergi lah masjid ke, atau kedai makan ke, asal tak mencari perempuan lain. Fungsi ini adalah untuk menjarakkan diri. Elak ada yang tercedera. 
  • Simpan 
Jangan meluah rasa sakit hati dekat mana-mana media sosial, dekat mana-mana insan yang kita jumpa waktu keluar tu. Dekat anak pun jangan luahkan. Kita tak nak anak melihat pasangan sebagai seorang yang melakukan kesilapan. Seeloknya simpan sendiri. Kalau tak tahan sangat rasa nak luah jugak, luah kepada Allah.  Banyak mata-mata yang mencari ruang untuk menhancurkan mahligai kita. Selain itu, menjadi kewajipan kita menutup aib kita dan pasangan. Aku percaya andai kita membuka aib pasangan, Allah akan membuka aib kita. 
  • Renung, memaaf dan minta maaf
Ini paling penting,kenapa nak renung? ini untuk cari punca kita sakit hati. Selalu kalau dah renung ni, kita perlu ambil langkah memaaf dan minta maaf.
  • Komunikasi
Sekarang zaman teknologi, Malu nak minta maaf dengan pasangan depan-depan, bagi msg dkat FB or whatsapp... luahkan apa yang kita sakit hati..baca apa pandangan pasangan. Aku lebih suka komunikasi secara pesanan macam ni. Sebab selalu kita tak akan tergesa-gesa membuat kesimpulan dan bahasa yang digunakan adalah lebih lembut.
  • Reward
Bila selesai masalah sakit hati tu, pandai-pandailah bagi hadiah dekat pasangan. Reward yang paling best untuk ktorg adalah habiskan masa bersama anak-anak....buat lah apa-apa aktiviti seperti joging, makan luar, lepak kedai buku, bergambar dekat mana-mana tempat yang anda rasa menarik. Percaya lah, yang paling happy adalah anak-anak. Kena ingat apabila kita dan pasangan berselisih faham, anak-anak adalah mangsa utama.


2 ulasan:

  1. hihi x kawen gi so tatau nak komen cem mano =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau macam tu, boleh simpan untuk masa depan...hehehhee...

      Padam

Sila komen yang baik-baik