Isnin, Mac 04, 2019

Tahniah: Dr. Sharizah Binti Alimat (Best Staff 2018 for Identification Species)

Late post pasal ni....


Laki I balik kerja minta tolong edit gambar untuk buat hadiah frame.  Mesti ada yang tanya apa itu 'identification species'? Identificaion species ini adalah pengenalpastian species.

Semoga beliau terus maju dan makin berjaya....


Sabtu, Mac 02, 2019

Apa itu hyperlexia?



Assalamualaikum...adakah anda semua  tahu pasal hyperlaxia? Beberapa minggu lepas termenonton rancangan Hello Doktor , TV3 yang di hoskan oleh Jasmin Hani. Topik berkisar hyperlexia dan dyslexia.

Dyslexia, aku biasa dengar dan tahu apa dia. Ia tu masalah dalam pembelajaran. Dimana budak lambat membaca akibat apa yang dia nampak adalah berbeza dari kita yang normal ni. Contoh mudah, kita nampak  hurup 'b' sebagai 'b', tetapi budak dysleksia nampak 'b' sebagai 'd'. Begitulah sebaliknya.

Hyperlexia pulak macam berlawanan dengan dyseleksia. Dimana budak yanga mengalami hyperlexia, mempunhai kebolehan membaca seawal usia 2tahun tanpa perlu diajar, 'self learning'. Tetapi masalahnya, mereka pandai membaca tetapi tidak memahami dan dan tidak dapat mengaitkan suatu perkataan dengan perkataan yang lain. Selalunya budak hyperleksia akan mengalami masalah pergaulan, mereka sukar nak bergaul dan berkawan. Mereka lebih selesa bermain sendiri. Mereka juga memilik keinginan yang kuat. Maka mak pak yang ada anak mcm ni perlu kesabaran tahap tertinggi lah.

Sebenarnya banyak banyak lagi yang ddibincangkan. Tp secara am nya,itu lah hyperlexia.

Khamis, Februari 28, 2019

Penapis Air

Assalamualaikum dan selamat petang. Ini adalah produk terbaru adik saya yang bijak sana, hensem dan macho. Pandai cari dui masih solo. Bermulut manis tapi amat menghormati wanita yang pandai menjaga maruah. Siapa berkenan pada barang jualannya boleh terus hubungi FB dia, kalau berminat dengan tuanya, jom kita berurusan. Peace!!!

Gurau je din☺.

Sebenarnya amat bagus kalau kita dapat pasang penapis air ni diluar rumah. Kira seuruh air dalam rumah dah bertapislah kan. ye lah, selalu kita letak penapis untuk air minum dan air untuk memasak saja. Sedar tak, anak-anak suka telan air waktu mandi,huhuhuhuh


Selasa, Februari 26, 2019

Doula : Peneman ibu atau penganti doktor



Assalamualaikum....Kecoh minggu lepas selepas rancangan analisi dengan tajuk Doula: Peneman Ibu Atau Penganti Doktor. Sebelum kita bicara lanjut pasal ni, kita share video rancangan tersebut..



Siapa bersama ibu bermula dari bukaan 1cm sampai bersalin, jawapan adalah peneman ibu lah atau doula. Apa yang aku faham doula adalah individu yang tak terlatih untuk menyambut kelahiran bayi. Dia lebih kepada pengurusan emosi. Maka jangan ambil risiko bersalin dirumah, berurusan lah dengan doktor. Sekarang hospital ada program husband friendly, maka husband dapat jadi peneman ibu atau doula paling selesa buat bakal ibu. Sebenarnya kalau husand takut darah, ibu atau mana-mana ahli keluarga kepada wanita yang akan bersalin boleh masuk sebagai peneman.


Sebenarnya MHI, TV3 pernah membincangkan isu ini pada tahun lepas. Tapi agaknya dia tak jemput doula maka kurang mendapat perhatian, tambahan pulak disiarkan waktu pagi.  Yang best dalam MHI dia minta pendapat orang ramai.


Ini lah doula saya dari anak pertama sampai anak ke empat.

Humaira- doula Mr.Y masuk labor room mula jam 8.00malam, sampai pukul 12.40 pagi. lama doula ini meneman sampai kena marah dengan bini sebab baca surah terbalik-balik dan terlelap-lelap ngantuk. Lepas itu mak nak bersalin kena tegur dengan nurse sebab marah husband aka doula ni. nurse kata tak baik nak bersalin marah suami, nanti payah. hahaha..bagus nurse tu. nurse tu jugak cakap biar husband solat magrib dulu sebelum masuk labor room. sbb aku masuk labor room jam 7.00 malam.

Hana - Doula masuk labour room jam 10.23pagi sampai 10.30pagi. kali ini masuk sekejab sebab dah sampai bukaan 8, baju pun tak sempat pakai.nurse tlg pakaikan.

Uwais- Kali ini doula langsung tak sempat masuk labour room sebab dah sampai hospital bukaan full. Boleh klik link ini nak tahu proses kelahiran uwais.

Uzayr- doula ambil langkah awal, dia kata tak nak tunggu jadi macam uwais sbb dia tak sempat tgk anak keluar. dia nampak bini dah sakit sgt dia trs ajak ke hospital. Sempat lah dia masuk dalam 10minit jadi doula di hospital. 


Random Giveaway by Mieza S




https://www.facebook.com/enie.my