Isnin, Februari 25, 2019

Kufi @magic Mug

Assalamualaikum, dah lama sebenarnya tak buat kufi dekat magic mug.  Dulu kita join designer program dekat printcious, dapat lah royalti sikitkan...tapi nampaknya dah tak ada program tu. Walau macam mana, kita tetap pilih printcious untuk hasilkan order customer sbb harga yang murah dan dan kualiti yang tip top.

Ok berbalik kepada kufi @ magic mug ni, kita tanya customer, nak letak gamba tak? Dia kata tak nak lah. Ok .kita bbuat draf tanpa gamba, design kufi kita ambil RM25 je.

Ini draf

Bila barang sampai customer truja sgt sbb terkejut bila masuk air dia keluar gambar, bila basuh jadi hitam balik. Magic kan.

Kita screenshot whatsapp customer sikit

Ada peminat kufi dan mdan magic mug ke?


Suntikan Vaksin Campak Tambahan

Ini lah kesan daripada peningkatan bilangan individu yang antivaksin. Jumaat lepas hana bawak balik borang kebenaran untuk dapatkan suntikan tambahan ini...situasi dialog lebih kurang macam ni..

Hana: Ummu, cikgu bagi kertas suruh abi lukis.
Ummu: Ha...kenapa cikgu suruh abi lukis bukan hana (aku ingat kerja sekolah).
Hana: Ala..suruh je lah abi lukis.
Ummu: Mana kertas tu, ummu nak tengok.
Hana: Kan hana kata cikgu suruh abi lukis, bukan ummu.
Ummu: Bagi lah, nanti abi balik ummu suruh abi lukis.

Sekali dia keluarkan borang kebenaran untuk ambik suntikan vaksin tambahan.

Kita tak perlu cerita banyak pasal kenapa perlu vaksin tambahan..baca je surat bawah ni...



Nampakkan kesan utama penolakan vaksin oleh golongan antivaksin adalah peningkatan kes demam campak. Vansin untuk demam campak diberikan kepada bayi berusia 9 bulan untuk dos pertama dan usia setahun untuk dos seterusnya. Vaksin ini dikenali MMR kerana ia merangkumi 3 jenis vaksin dalam satu suntikan iaitu Measles, Mumps dan Rubella.

Kalau sebelum ini vaksin diberikan kepada budak usia setahun, tetapi beberapa tahun lepas vaksin ini dipercepatkan kepada bayi berusia 9bulan. Kerana berlaku peningkatan kes demam campak dikalangan bayi dibawah usia setahun. Rupanya serangan campak lebih mengganas sekarang sehingga kanak-kanak bawah 7tahun kena ambil suntikan tambahan.

Saya bukan nak menyalahkan golongan antivaksin sepenuhnya, tetapi saya ingin menyatakan peningkatan golongan antivaksin menjadi salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan kes demam campak masa kini.


Ahad, Februari 24, 2019

Pertandingan Mewarna dan Sanrio Times

Ini adalah pertandingan mewarna secara terbuka yang pertama kali kakak hana dan humaira sertai di Kuala Lumpur. Pertandingan kali ini di sertai oleh sepupu mereka juga, sumayyah. Pagi ini juga di kenali sebagai dady days out with girl.

Mak dorg dekat rumah tunggu adik-adik hero bangun, maka tugas dady lah bawak anak dara ke pertandingan.

Petang abi menunaikan janji untuk masuk ke pameran hello kitty & sanrio character.... wah seronok bukan main budak-budak ni. Mak dorg pun seronok. Abi ambik alih dukung uzayr dr awal sampai habis...uzayr tdo sepanjang dalam tu....

jom layan video...ini nama terlebih rajin....





Doodle Planner 2019 Giveaway

Assalamulaikum...awal agi buka blog nampak post abam kie pasal giveaway planner ni. Masyaallah, bagai mengantuk disorong bantal. Hujung tahun lepas kita sibuk jugak lah mencari planner untuk 2019, tapi sudahnya tak beli sebab, macam banyak sangat cantik dan yang berkenan harga cantik sangat pulak. 

Semoga murah rezeki dengan giveaway kali ini....Kita tag rakan blogger Azlan Jangan marah na.....kata sahabat...



Jumaat, Februari 22, 2019