Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak yang sempurna dari segala segi, pelajaran, fizikal, perlakuan dan macam-macam lagi. Ada ibubapa yang terlalu memberi tekanan kepada anak untuk menjadi sempurna. Umur 4tahun anak dah kena pandai baca buku. Umur 5 tahun dah habis iqra. Umur 6 tahun dah pandai gimnastik..erk....
Jika ibu bapa mengharapkan anak yang sempurna, maka ibu bapa perlu dahulu menjadi ibu bapa yang sempurna. Hakikat kita yang mencorak keluarga tak dapat disangkal lagi. Anak akan lebih mudah mengikut perlakuan ibu bapa.
Jika keluar ke pasaraya, sebagai perempuan yang ada sembilan nafsu ummu teringin nak ambik macam-macam ikut kehendak tetapi abi sentiasa ada mengingatkan tentang kepentingan mengutamakan keperluan. Maka itu yang ummu pesan dekat anak-anak. Sebelum memenuhi kehendak pastikan keperluan telah dipenuhi.
Kakak pernah bertanya, "kawan kakak setiap kali keluar dengan mak ayah dapat mainan, tapi kakak tak pun, asyik beli barang dapur je." Jawapan ummu, "kalau ummu beli mainan untuk kakak dan adik-adik, maka ummu tak dapat nak beli barang makanan. Makanan adalah keperluan, kalau tak makan kita akan sakit betul tak. Sekarang ummu nak tanya adakah mainan kakak itu lebih penting dari barang dapur?" Maka kakak mula berfikir dan alhamdulillah dia tahu mana yang penting. Ini bukan bermaksud tidak pernah memenuhi keinginanan dia untuk dapat maianan. Tetapi hanya meminta mereka bersabar seketika. Ada lebihan bajet barang dapur insyalah dapat mainannya.
Tidak semua orang dapat tinggal denngan aman bersama mertua terutama perempuan. Adakala muncul juga perasaan dalam hati hasil hasutan nafsu dan syaitan untuk mengharapkan suami melebihkan isteri. Tetapi hasil didikan ayah dan cik mengatakan walau apa yang berlaku utamakan yang lebih tua. Mereka tidak bercakap atau suarakan hal tersebut, tetapi mereka laksanakan. Ingat lah anak kecil perhatikan apa yang kita buat dan bagaimana kita layan orang lebih tua.
Hana anak kedua yang manja dan bijak, selalu juga bertanya sewaktu awal-awal kami tinggal dengan nenek, "ummu dengan abi ni selalu ikut cakap nenek, bagi apa nenek nak. Kita orang nak apa-apa selalu tak dapat." Balasan yang ummu bagi, "sebab nenek mak abi, sebab nenek lebih tua dan sebab apabila kita gembirakan hati nenek, Allah akan beri rezeki lebih kepada kita. Hana nak rezeki lebih tak?"
Kami selalu membalas setiap persoalan anak dengan sedikit penjelasan dan diakhiri dengan persoalan balik, untuk asah otak mereka berfikir sendiri. Jangan soalan terus dibalas dengan soalan, otak mereka masih belum berkembang sepenuhnya, kita perlu bantu otak mereka berfikir dengan cara yang betul.
Kami selalu membalas setiap persoalan anak dengan sedikit penjelasan dan diakhiri dengan persoalan balik, untuk asah otak mereka berfikir sendiri. Jangan soalan terus dibalas dengan soalan, otak mereka masih belum berkembang sepenuhnya, kita perlu bantu otak mereka berfikir dengan cara yang betul.
Walaupun anak kita muka mungkin muka hampir sama dengan sepupu dia, tapi percayalah dia adalah terhad. Jangan mengharap anak yang terlalu sempurna sewaktu membesar kerana sekali dia jatuh kita pun tak mampu membantu. Tetapi jadikan anak kita berbeza dari yang lain, kenapa perlu berbeza kerana selalu orang akan ingat perbezaan.