Isnin, Mac 05, 2018

"Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi"

http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html


Setelah sekian lama tak join GA.... Siapa nak join sila klik Banner atas ye....

Rabu, Februari 07, 2018

Doa ibu ayah

Alhamdulillah,  tepat jam 5.01pagi, 30 Januari 2018,  aku selamat melahirkan seorang lagi putera.  Apa yang hendak dikongsikan disini bukan pengalaman saat melahirkan tetapi pengalaman mengharapkan doa ikhlas insan bernama ibu ayah.

Ibu dan ayah mana tak risau anak atau menantu nak bersalin sendirian,  hanya berteman suami dan cucu-cucu diperantauan.  Setaip kali mak call,  dia akan bagi penuh nasihat dan menampak kerisauan.  Bukan setakat mak,  ayah jugak yer, walaupun ayah gaya macam tak risau tapi apabila makin kerap dia call semata-mata nak tanya adakah Mr.Y ada di rumah, anak-anak sihat, awak laki bini sihat, doktor kata apa? ia memperlihat kerisauan yang melanda hatinya.... maka setiap kali itu lah kami cakap,  "insyalah tak ada apa-apa,  doakan yang baik-baik dan dipermudahkan sudahlah."

Sebelum tiba saat bersalin,  setiap saat jika teringat atau datang rasa sakit main-main aku titipkan doa agar semua mudah,  urusan anak-anak mudah,  urusan suami mudah, dan jangan lah anak-anak ini menjadi beban orang lain.

Usai bersalinkan anak kali ini,  nikmat Allah amat terasa sehingga terasa menitis air mata. Apa tidaknya,  jam 3.30am  kejut anak-anak untuk dihantar ke rumah pengasuh,  mereka tidak menangis atau meragam. Sampai ke hospital sekitar jam 4.30pagi dan selamat bersalin jam 5.01pagi. Masuk ke wad dalam jam 8.30pagi, Alhamdulillah rezeki dan nikmat Allah lagi terasa apabila dapat keluar pada hari yang sama sekitar jam 3petang. Sementara menunggu kata putus dari doktor sama ada dapat keluar atau tidak, berwassapp dengan Mr.Y. Antara ayat yang Mr.Y adalah "Insyaallah dapat keluar hari ini. Kalau boleh tak nak susahkan orang lain menguruskan anak-anak yang lain. Biar kita sama-sama tanggung kesusahan asalkan tak menyusahkan orang lain."

Mengenang kembali semua perjalanan kali ini, kami mengandaikan bahawa tidak ada doa yang lebih baik dari doa ibu bapa. Kami sentiasa meminta mereka mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Bukan sekadar meminta mereka mendoakan tetapi kami cuba juga memudahkan urusan mereka dan memenuhi setiap keinginan yang mereka mahu.

Jika kita menyenangkan hati orang tua serta memudahkan urusan mereka, insyaallah setiap doa yang keluar dari mulut dan terlintas di hati mereka adalah ikhlas buat kita.

Kami juga amat bersyukur kepada Allah kerana dipertemu dengan insan-insan yang baik dan mudah membantu terutama keluarga pengasuh anak-anak. Bila dah cukup bulan tapi belum sakit lagi mereka siap pesan awal "rasa sakit sikit-sikit terus hantar budak-budak ke sini."  Tapi tak adalah nak hantar bila sakit sikit-sikit, memang saja tunggu sakit betul-betul sebab tak nak lama-lama di hospital. Bermula dengan kelahiran Hana Khadijah, Uwais Aysar dan kali ini Uzayr Aqeeb. Kata orang sukar bersalin di tempat tak ada saudara mara, payah nak mintak tolong. Tapi pada kami, tak kisah dimana kita berada cabaran dan dugaan tetap ada. Tetapi bagaimana kita menguruskan ujian dan menghadapi cabaran yang penting.

Jika kita merantau, fahamilah budaya dan adat setempat, jangan berlaku sombong, seterusnya bergaul baik dengan masyarakat setempat.Insyaallah, apa-apa urusan kita akan menjadi mudah dan dipermudahkan.

 
Sekian saja catatan kali ini.

Rabu, Januari 24, 2018

Review : Elba Air Fryer

Assalamualaikum semua, apa kabar? lama tak update blog... kali ini saya nak bagi sedikit review tentang Elba Air Fryer yang belum sampai sebulan beroperasi dirumah...

Ini lah air fryer yang dibeli oleh Mr.Y
al-kisah nya Mr.Y kan nak jaga kita dalam pantang nanti.... orang dalam pantang mana boleh makan goreng-goreng kononnya. Maka dia nak memudahkan kerja bersama anak-anak dia beli lah airfryer nie. Tapi sebelum dia guna kita yang rasmi dulu lah. Antara menu yang pernah kita buat dan guna air fryer ini adalah:

  1. fries
  2. kek pisang
  3. popia sayur
  4. burger
  5. ikan
  6. ayam
  7. hati ayam
  8. roti paun
  9. popia pisang cheese
  10. donut
  11. karipap



Kesimpulan yang dapat diberikan adalah..
  • makanan yang dimasak kurang berminyak, sepertimana kita tahu sesetangah makanan mememang ada minyak didalamnya.
  • pengurusan masa yang lebih baik..kerana tak perlu nak jaga atau balik-balik makanan yang dibakar. biar je...kalau masak atas dapur kena balik dan kawal apinya. Sementara tunggu makanan siap masak kita buat lah kerja lain, sidai baju ke, lipat baju ke, sapu sampah ke tak pun berlari dalam rumah dengan anak-anak.
  • keselamatan anak-anak lebih terjamin kerana pemegang dia tahan panas dan tiada percikan minyak (uwais suka sangat tolong dekat dapur, dah beberapa kali kena percikan minyak goreng ikan)

Antara menu menjadi kegemaran anak-anak dan suami...

Sabtu, Januari 13, 2018

Bajet 2018 - Bonus Guru KAFA

Assalamualaikum...ramai guru KAFA yang trnanti nanti dan tertanya tanya bila bonus yang diwar warkan oleh PM dalam Bajet 2018 akan masuk memandangkan semua penjawat awam telah terima bahagian masing-masing pada 8 januari lepas. Ok saya copykan pesanan whatsapp yang diterima daripada Penyelia kami.

Seperti mana yang diwar-warkan dalam bajet 2018 dahulu, bahawa Guru KAFA bakal menerima RM1,500 bantuan khas 'One-Off". Sebanyak RM1,000 akan diterima pada awal januari 2018, manakala bakinya RM500 akan diterima ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.
Bagi penjawat awam lain ianya telah diterima pada 8/1/2018 lalu seperti mana yang telah dimaklumkan oleh PM dalam media sosial baru-baru ini. Ramai Guru KAFA melahirkan rasa duka cita kerana belum menerima bonus khas tersebut sepertimana penjawat awam yang lain pada tarikh tersebut.
Bagi menjawab persoalan ini, dimaklumkan dari sumber yang kami terima bahawa :
"Tindakan pembayaran bonus khas ini dilakukan terus oleh pihak JAKIM sendiri bagi seluruh SAR/KAFA di Malaysia ini. Difahamkan bayaran ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut negeri."
Diharapkan semua guru KAFA bersabar, Insya Allah akan dapat dalam masa yang terdekat ini.

Rabu, Januari 10, 2018

Insurans dan pinjaman: kenapa rumah yang dibeli oleh si suami adakalanya di lelong selepas beberapa bulan walaupun memiliki Insurans Pinjaman Perumahan?

Assalamualaikum

Hari ini nak buat sedikit catatan untuk rujukan pada masa akan datang.....persoalan yang timbul adalah:

gambar google


"Jika si suami seorang penjawat awam meninggal kenapa rumah yang dibeli oleh si suami adakalanya di lelong selepas beberapa bulan. Bukan ke pembelian rumah menggunakan pinjaman perumahan memiliki insurans dimana jika berlaku apa-apa kepada peminjam, rumah tetap menjadi hak milik waris?"

Ini kerana untuk beberapa bulan selepas kematian waris perlu membayar sendiri pinjaman perumahan. Ramai yang tersilap menganggap pengurusan pinjaman perumahan adalah sama dengan pengurusan pencen. Sebab itu ada waris yang mendapat pencen setelah beberapa tetapi rumah tetap kena lelong oleh pihak bank.

Apabila situasi ini berlaku pengurusan adalah agak leceh kerana anda perlu turun naik, telefon sana sini yang agak banyak. Jika berlaku kematian kepada penjawat awam yang beli rumah, maka waris perlu menguruskan pinjaman perumahan yang dilakukan oleh si mati di bahagian pengurusan pinjaman perumahan, ia berbeza dengan pengurusan pencen si mati. Di sini penting untuk waris yang dipercayai (selalunya pasangan hidup anda) mengetahui nombor pinjaman dan insurans perumahan tersebut. Sebab itu setiap fail berkaitan perlu di simpan di suatu tempat yang mana pasangan anda tahu. Setelah selesai urusan di bahagian pinjaman perumahan barulah waris boleh berhenti melakukan pembayaran bulanan pinjaman perumahan kerana selalunya perjanjian pinjaman perumahan memiliki insuran sekali.

Ok ini je lah maklumat ringkas yang Mr.Y dapat kongsi dengan aku dalam kereta sambil layan anak-anak berborak.