Jumaat, September 29, 2017

Couvade syndrome (sympathetic pregnancy)

Couvade Syndrome atau bahasa mudah, isteri mengandung suami sama dapat alahan.Bukan semua suami akan alami benda ini. Macam wanita mengandung jugak, bukan semua mengalami alahan. Pada aku dan suami, kami sama-sama merasa sorang sikit. Maknanya bukan alahan yang teruklah. Selalunya jika aku yang alami alahan, Mr.Y ok. Kalau Mr.Y yang alami, aku ok. (sebab tue kadang-kadang time mengandung malas nak buat kerja lebih-lebih, kesian Mr.Y kalau kena tempias)

Al-kisah semalam Mr.Y hantar whatsapp bgtahu kaki krem, aku pulak ingat dia krem sebab main sukan ke apa dekat pejabat. Katanya tengah mesyuarat. Krem sampai kena baring dan terpaksa kawan-kawan pejabat tolong. Alamak selalu dapat handle sendiri masalah alahan ni, tapi kali ini teruk bebenar. Seingat aku alahan yang teruk dia alami masa aku pegnant anak pertama. Anak kedua dan ketiga tak teruk mana. Maka malam ni sambil upload design kad nama kita cari maklumat pasal simptom tersebut. Rupanya ada nama, dah nak masuk anak ke-empat baru nak cari info kan...

Apa yang menarik perhatian adalah salah satu rawatan bagi sindrom ini ialah suami terlibat bersama secara aktivif dalam proses isteri mengandung seperti sama-sama pergi checkup, sama-sama hadiri kelas aternatal dan ada disisi isteri ketika proses bersalin.

Maka aku simpulkan, anak pertama Mr.Y alami alahan yang teruk pada anak pertama sebab belum ada pengalaman. Ye lah anak pertama. Alahan pada kandungan anak kedua dan ketiga hanya sipi-sipi kerana sepanjang proses melahirkan anak pertama dan kedua dia ada disisi.Tapi kandungan anak keempat alahan kembali teruk kerana Mr.Y tak sempat berada disisi saat melahirkan anak ketiga, bukan kata Mr.Y je tak sempat, doktor pun tak sempat tengok hanya misi yang ada didepan untuk buat pemeriksaan pendaftaran kononnya.Adakah untuk kali ini kena tahan bagi Mr.Y ada kat sebelah dulu baru bersalin.... tunggu je lah nanti...

Apa pun terima kasih buat kawan-kawan pejabat Mr.Y yang beri rawatan kecemasan yang cepat dan pantas. Boleh jadi sebahagian aktiviti Kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

Selasa, September 26, 2017

Kek bajet untuk Uwais Aysar

Tanggal 1Muharam 1436, maka lahir lah seorang putera buat kami. Kelahiran yang melebihi tarik jangkaan. Oleh kerana dia lahir 1Muharam, memang hari cuti lah. Maka terfikir nak beli kek ke nak buat kek. Kebetulan hari selasa hantar kawan ke klinik untuk check up bayi satu bulan. Borak-borak dia pun bagitahu nanti nak tempah kek bajet. Murah saja RM15 sahaja sebiji. Dia cakap ada dalam Facebook. Maka mencari lah.Akhirnya jumpa FB milik Nur Azura Abdul Aziz penjual kek bajet dekat sibu. Maka kita whatsaap nombor telefon yang diberikan. Bincang dan pilih maka selesai masalah kek untuk hari lahir budak 1 muharam.





Rabu, September 20, 2017

Tempat makan sedap SIbu: The Leziz Sandwich

Pada suatu petang isnin, tetiba aku teringat akan sandwich yang pernah Mr.Y beli. Terus tanya,

Me: Leziz sandwich dah tak ada ke sekarang?
Mr.Y: Ada, dah buka kedai dekat bandung.
Me: Laaa... ye ke, ingat dah tak buat pasal lama tak nampak dia kat FB.
Mr.Y: ada dia ckp dekat FB page dia.
Me: Boleh test nanti makan kat sana...hehehe..

Esoknya kita jalani hari seperti biasa, bila petang ambik Mr.Y dekat pejabat. Perjalanan balik Mr.Y terus tak masuk simpang hospital.

Me: Nak kemana?
Mr.Y: Nak beli roti.
Me: Beli roti kat mana? selalu beli area permai or dekat area rumah je.
Mr.Y: (diam je)

Dia diam aku ikut je lah, lagi pun kat rumah tak ada masak apa-apa untuk dinner. Untung nasib dia ajak makan luar. Akhirnya sampai depan kedai The Leziz Sandwich..hahahaha... baru cakap semalam, hari ini dah tunaikan... Alhamdulillah rezeki...


Ambik gambar depan kedai dulu...

Bahagian ini best, dulu order COD, pihak leziz sandwich yang tentukan  sayur dan sos apa kat dalam dan banyak mana sos nak. Sekarang dekat kedai kita bolh pilih apa yang nak dan apa yang tak nak. Maka kami ambik yang kurang sayur dan sos tak pedas untuk anak-anak. Untuk kami laki bini mesti ada sedikit pedas dan semua sayur yang ada. Dah macam Subway aku rasa. Pilihan cheese pulak ada ori & BBQ.

Ini lokasi kedai The Leziz Sandwich
Contact No. 010-886 5575





















Hasil makan-makan disana, kami pulang dengan perut kenyang, lain kali nak pergi lagi...nak cuba yang lain...

Khamis, September 14, 2017

Kebakaran Pusat Tahfiz



 Assalamualaikum, hari ini kita dikejutkan dengan berita sedih berkaitan kebakaran pusat tahfiz seperti berikut:

Kuala Lumpur, 14 Sept. 2017 - Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi. Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan. Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian. Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadiam Sama2 kita sedekah Al Fatihah dan semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yg beriman..aamiin..

 Sebagaimana kebiasaan apabila berlaku bencana maka akan ramai yang berkumpul dengan peranan masing-masing termasuk mereka yang ghairah merakam setiap detik yang berlaku. Rakaman dilakukan disebarkan dalam media sosial  yang boleh dikatakan hampir setiap orang ada. Berikut adalah pesanan ringkas dari Dr.Zubaidah Jamil Osman berkaitan video dan gambar yang mula menjadi tular.
Saya dengan rendah hati memohon ahli group tidak memforwardkan video kejadian kebakaran kepada kumpulan lain. Pihak Psych HKL sedang menjalankan Paychological First Aid (PFA) utk mangsa terselamat dan pihak keluarga terdekat. The video clip can be very traumatising and disturbing for those who are trying to cope with these challenging and difficult times.
Terima kasih.

Dr Zubaidah Jamil Osman
President
Malaysian Society of Clinical Psychology              


         
JANGAN SEBAR GAMBAR MANGSA RENTUNG!!!!!

Berikutan kes kebakaran Pusat Tahfiz yang riuh disebar dalam What's Group hari ini. Saya mohon jasa baik semua "JANGAN SEBAR GAMBAR MANGSA RENTUNG ATAU DALAM KEADAAN NGERI!" Jaga hati keluarga mangsa. Apa perasaan kita jika mangsa itu anak2 kita..SANGGUP KITA SHARE? KALAU TAK SANGGUP, JANGAN SHARE...

Tanda iman seseorang adalah MAHU KEGEMBIRAAN UNTUK ORANG LAIN SEPERTI APA YANG KITA DAPAT dan.. TAK MAHU KESEDIHAN UNTUK ORANG LAIN SAMA SEPERTI KESEDIHAN YANG KITA DAPAT..

Kalau dah ada yg share... harap padam dan saling tegur menegur...

#copypaste sila forward!