Khamis, September 14, 2017

Kebakaran Pusat Tahfiz



 Assalamualaikum, hari ini kita dikejutkan dengan berita sedih berkaitan kebakaran pusat tahfiz seperti berikut:

Kuala Lumpur, 14 Sept. 2017 - Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi. Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan. Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian. Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadiam Sama2 kita sedekah Al Fatihah dan semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yg beriman..aamiin..

 Sebagaimana kebiasaan apabila berlaku bencana maka akan ramai yang berkumpul dengan peranan masing-masing termasuk mereka yang ghairah merakam setiap detik yang berlaku. Rakaman dilakukan disebarkan dalam media sosial  yang boleh dikatakan hampir setiap orang ada. Berikut adalah pesanan ringkas dari Dr.Zubaidah Jamil Osman berkaitan video dan gambar yang mula menjadi tular.
Saya dengan rendah hati memohon ahli group tidak memforwardkan video kejadian kebakaran kepada kumpulan lain. Pihak Psych HKL sedang menjalankan Paychological First Aid (PFA) utk mangsa terselamat dan pihak keluarga terdekat. The video clip can be very traumatising and disturbing for those who are trying to cope with these challenging and difficult times.
Terima kasih.

Dr Zubaidah Jamil Osman
President
Malaysian Society of Clinical Psychology              


         
JANGAN SEBAR GAMBAR MANGSA RENTUNG!!!!!

Berikutan kes kebakaran Pusat Tahfiz yang riuh disebar dalam What's Group hari ini. Saya mohon jasa baik semua "JANGAN SEBAR GAMBAR MANGSA RENTUNG ATAU DALAM KEADAAN NGERI!" Jaga hati keluarga mangsa. Apa perasaan kita jika mangsa itu anak2 kita..SANGGUP KITA SHARE? KALAU TAK SANGGUP, JANGAN SHARE...

Tanda iman seseorang adalah MAHU KEGEMBIRAAN UNTUK ORANG LAIN SEPERTI APA YANG KITA DAPAT dan.. TAK MAHU KESEDIHAN UNTUK ORANG LAIN SAMA SEPERTI KESEDIHAN YANG KITA DAPAT..

Kalau dah ada yg share... harap padam dan saling tegur menegur...

#copypaste sila forward!

Ahad, September 10, 2017

Cara masak laksa yang sedap by ROSHAZAREEZA

Assalamulaikum...tengah blog walking jupe cara masak laksa yang sedap dalam blog  ROSHAZAREEZA. Terima kasih kepada tuan punya resepi. Maklumlah saya bukan selalu masak laksa (sekali je kot pernah masak). Alkisah ada kawan hadiahkan 2 bungkus laksa kering sebelum raya haji. Bincang dengan Mr.Y apa nak buat laksa tu. Ye lah Mr.Y dan anak-anak bukan kaki makan laksa, yang buat sebelum ini bawak ke sekolah untuk dihabiskan. Setelah berbincang Mr.Y, dia kata masak, nanti dia bawak pergi mana-mana untuk sedekah kawan-kawan makan. Biasalah orang ramai geng..ada geng surau, ada geng pejabat, ada geng grab, ada geng takaful, dan lain-lain lagi.

Sampai kini belum masak oleh sebab kekangan masa dan kesihatan anak tak mengizinkan. Insyalah jika anak dah betul-betul sihat kita buat. Orang cakap nak anak sihat kena banyak sedekah, maka jom lah bersedekah. Sedekah kenyangkan perut orang ni membahagiakan.

Jom salin dan simpan dulu resepinya... Sekali lagi terima kasih kepada tuan resepi..







Bila dah nak masak baru letak garam. Sesuaikan rasanya yer.

Khamis, September 07, 2017

Homemade Lamb Chop with mash potato

Sekali sekal datang angin tekak nak makan western. Tetapi kos makan dekat luar adalah mahal. Maka dengan baik hati kita buat lah sendiri. Asal hanya mak yang suka lamb chop, bapak boleh lah sikit-sikit. Mungkin air tangan ibu, semalam buat hana & humaira tak berhenti memuji. Humaira jarang nak makan kambing kerana sesetengah orang masak kambing masih ada bau. Setakat hari ini hanya kambing yang dimasak oleh pengasuh dia yang humaira makan, maka menjadi kekaguman lah jugak bila mak masak anak makan beria.

Isnin, September 04, 2017

Public Holiday Replacement - 9September 2017



Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan pengantian hari cuti umum bagi Hari Lahir Yang Di-pertua Negeri Sarawak dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XV. Sebagaimana kita tahu tarikh asal adalah pada 9 september 2017 jatuh pada hari sabtu. Konon-konon ia diganti kepada hari khamis dan jumaat. Nasib baik ada hamba Allah yang menjelaskan perkara tersebut. BACA DI BAWAH.

Kabinet di jabatan perdana menteri telah menetapkan jika hari kelepasan am jatuh hari sabtu bagi negeri2 yg hari rehat adalah sabtu maka cuti hari tersebut tidak akan diganti kecuali jika ianya jatuh hari *AHAD maka akan diganti isnin berikutnya.
Tiada keraguan. Sepatutnya semua jelas mengenai perkara ini.

Namun jika YDP Negeri mewartakan hari tersebut  adalah hari kelepasan am   dan diganti maka cuti akan berkuatkuasa.

Rujukan :
1. Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia
2. Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap.8)
3. Holidays Ordinance (Sabah Cap.56)
4. Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Peluasan dan Ubah Suaian Akta Kelepasan) 2005 [P.U.(A)511/2005].

Peringatan:
Kerajaan negeri tidak mewartakan cuti gantian bagi hari kelepasan am pada 09 September 2017.  Petikan gambar yang tular dimana2 media sosial tersebut jelas petikan notis majikan syarikat swasta.

Harap maklum
[02/09 16:22] farid ppd: Semua diperingatkan agar jangan mudah percaya mana2 makluman yang tular jika ianya bukan WARTA kerajaan. Jika pemakluman sesuatu yang rasmi, yang lebih sahih adalah WARTA KERAJAAN.

Harap semua faham ye....hehehe..keja 4hari ler minggu ini.

Khamis, Ogos 31, 2017

Tempat Makan Sibu: Roti Canai Hospital (Roti Canai Pak Ajak)

Tempat makan Sibu kali ini kita ulas pasal kedai roti canai yang terletak di kantin hospital sibu. Selalu kami akan keluar awal kalau nak makan roti canai pak cik ni. Sebab apa, sebab jam 9pagi selalunya dah habis roti canainya. Pak cik ini dikenali dengan nama PAK AJAK, tetapi anak-anak selalu panggil pak ajak dengan panggilan atuk. Atuk ada cucu sebaya dengan hana.





Berminat nak rasa boleh datang setiap hari selagi kantin hospital buka...