Assalamulaikum...tengah blog walking jupe cara masak laksa yang sedap dalam blog ROSHAZAREEZA. Terima kasih kepada tuan punya resepi. Maklumlah saya bukan selalu masak laksa (sekali je kot pernah masak). Alkisah ada kawan hadiahkan 2 bungkus laksa kering sebelum raya haji. Bincang dengan Mr.Y apa nak buat laksa tu. Ye lah Mr.Y dan anak-anak bukan kaki makan laksa, yang buat sebelum ini bawak ke sekolah untuk dihabiskan. Setelah berbincang Mr.Y, dia kata masak, nanti dia bawak pergi mana-mana untuk sedekah kawan-kawan makan. Biasalah orang ramai geng..ada geng surau, ada geng pejabat, ada geng grab, ada geng takaful, dan lain-lain lagi.
Sampai kini belum masak oleh sebab kekangan masa dan kesihatan anak tak mengizinkan. Insyalah jika anak dah betul-betul sihat kita buat. Orang cakap nak anak sihat kena banyak sedekah, maka jom lah bersedekah. Sedekah kenyangkan perut orang ni membahagiakan.
Jom salin dan simpan dulu resepinya... Sekali lagi terima kasih kepada tuan resepi..
Bila dah nak masak baru letak garam. Sesuaikan rasanya yer.
Ahad, September 10, 2017
Khamis, September 07, 2017
Homemade Lamb Chop with mash potato
Sekali sekal datang angin tekak nak makan western. Tetapi kos makan dekat luar adalah mahal. Maka dengan baik hati kita buat lah sendiri. Asal hanya mak yang suka lamb chop, bapak boleh lah sikit-sikit. Mungkin air tangan ibu, semalam buat hana & humaira tak berhenti memuji. Humaira jarang nak makan kambing kerana sesetengah orang masak kambing masih ada bau. Setakat hari ini hanya kambing yang dimasak oleh pengasuh dia yang humaira makan, maka menjadi kekaguman lah jugak bila mak masak anak makan beria.
Isnin, September 04, 2017
Public Holiday Replacement - 9September 2017
Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan pengantian hari cuti umum bagi Hari Lahir Yang Di-pertua Negeri Sarawak dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XV. Sebagaimana kita tahu tarikh asal adalah pada 9 september 2017 jatuh pada hari sabtu. Konon-konon ia diganti kepada hari khamis dan jumaat. Nasib baik ada hamba Allah yang menjelaskan perkara tersebut. BACA DI BAWAH.
Kabinet di jabatan perdana menteri telah menetapkan jika hari kelepasan am jatuh hari sabtu bagi negeri2 yg hari rehat adalah sabtu maka cuti hari tersebut tidak akan diganti kecuali jika ianya jatuh hari *AHAD maka akan diganti isnin berikutnya.
Tiada keraguan. Sepatutnya semua jelas mengenai perkara ini.
Namun jika YDP Negeri mewartakan hari tersebut adalah hari kelepasan am dan diganti maka cuti akan berkuatkuasa.
Rujukan :
1. Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia
2. Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap.8)
3. Holidays Ordinance (Sabah Cap.56)
4. Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Peluasan dan Ubah Suaian Akta Kelepasan) 2005 [P.U.(A)511/2005].
Peringatan:
Kerajaan negeri tidak mewartakan cuti gantian bagi hari kelepasan am pada 09 September 2017. Petikan gambar yang tular dimana2 media sosial tersebut jelas petikan notis majikan syarikat swasta.
Harap maklum
[02/09 16:22] farid ppd: Semua diperingatkan agar jangan mudah percaya mana2 makluman yang tular jika ianya bukan WARTA kerajaan. Jika pemakluman sesuatu yang rasmi, yang lebih sahih adalah WARTA KERAJAAN.
Harap semua faham ye....hehehe..keja 4hari ler minggu ini.
Khamis, Ogos 31, 2017
Tempat Makan Sibu: Roti Canai Hospital (Roti Canai Pak Ajak)
Tempat makan Sibu kali ini kita ulas pasal kedai roti canai yang terletak di kantin hospital sibu. Selalu kami akan keluar awal kalau nak makan roti canai pak cik ni. Sebab apa, sebab jam 9pagi selalunya dah habis roti canainya. Pak cik ini dikenali dengan nama PAK AJAK, tetapi anak-anak selalu panggil pak ajak dengan panggilan atuk. Atuk ada cucu sebaya dengan hana.
Berminat nak rasa boleh datang setiap hari selagi kantin hospital buka...
Berminat nak rasa boleh datang setiap hari selagi kantin hospital buka...
Rabu, Ogos 30, 2017
Isteri ikut suami atau suami ikut isteri.
Assalamualaikum....
Haa... topik kali ini macam agak besar sikit. Mungkin agak sensitif. Sebenarnya idea ini terlintas apabila dapat Whatsapp dari Mr.Y tentang seorang rider ini. Sekarang Mr.Y buat part time sebagai Grab Driver. Maka akan berjumpa dengan pelbagai orang dan ragam. Aaakala dia akan kongsi jika hal tersebut dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada diri ini.
Kalau baca screen shot diatas dapat faham tak apa masalah sebenarnya. Hasil pemahaman yang cetek ini dapat disimpulkan bahawa si isteri menggunakan kuasa merajuk untuk memaksa suami menurut kehendak diri. Si suami berada dalam keada tertekan dan di persimpangan antara memenuhi kehendak si isteri dan menjaga keselamatan kewangan keluarga. Akhirnya kerana sayang isteri, si suami memilih untuk mengadai kewangan demi memenuhi kehendak si isteri. Ini namanya SUAMI |IKUT ISTERI sedangkan dalam islam ISTERI KENA IKUT SUAMI selagi tidak berlanggar dengan syariat ISLAM.
Tetiba Mr.Y tanya pendapat aku...
Pada pendapat aku lah...
"Jika si isteri tidak bekerja, maka perlu dia ikut suami andai suami suruh ikut.Andai kata si isteri memiliki orang tua yang uzur atau apa-apa komitmen lain, dia tetap kena ikut arahan suami. Maka disini perlu kerjasama dan pemahaman antara suami isteri. Si suami ingin isteri mengikut bukan sekadar untuk memudahkan urusan dia sahaja tetapi untuk sama-sama membesarkan anak-anak, jimatkan perbelanjaan dan yang paling penting menyokong satu sama lain. Bab kata Mr.Y tak ada saving dan tak ada tabung kecemasan."
Kenapa penting untuk ada tabung kecemasan? Ingat tabung kecemasan adalah berbeza dengan simpanan yang dibuat setiap bulan. Simpanan setiap bulan adalah untuk hari tua kita, manakala tabung kecemasan adalah untuk kegunaan saat kecemasan seperti ada ahli keluarga yang sakit, meninggal atau hilang pekerjaan. Tabung kecemasan memerlukan sekurang-kurang enam bulan gaji.
Itu sahaja perkongsian kali ini.

Langgan:
Catatan (Atom)