Ahad, Ogos 27, 2017

Merdeka Contest, Mereka Giveaway dan macam macam merdeka....

Assalamualaikum  dan apa kabar semua.... kali ini buka blog nampak banyak sangat org post pasal merdeka. Iya lah kita nak merdeka yang ke-60 kan...Tapi merdeka kali ini sis malas nak join mana-mana contest. Sibuk sangat kot atau badan cepat penat sangat.

Apa pun alhamdulillah nampaknya hampir kembali kepada normal apabila dapat mengadap laptop melebihi satu jam. hehehhe..... biasalah alahan mengandunkan.

Hari ini kami rancangh nak sertai Mr.Y dalam program takaful ikhlas bersama masyarakat sempena sambutan kemerdekaan ke-60.

Macam biasa banner ini  diminta oleh Mr.Y dan team Takaful Ikhlas... Maka hanya design sahaja dibuat, cetakkan dihantar ke kedai...hehehhe..


Selain Banner, flyers juga saya buat....

Rabu, Ogos 23, 2017

Penyakit STML (Short Term Memory Lost)

Assalamualaikum dan salam awal pagi. Hari ini terbaca satu status yang dimuat naik oleh seorang rakan FB (Marlia Ramli). Status berkaitan penyakit STML. Puas ku fikir apalah jenis penyakit ini. Apa kaitan penyakit ini dengan niat nak membantu keluarga dan ibubapa.

Setelah pembacaan dilakukan dengan teliti, maka dapat lah makna di sebalik STML. STML adalah Short Term Memory Lost.

Antara point yang dapat share kat sini:
  1. Penting untuk suami menjadi perancang keewangan keluarga yang bijak. Ada suami jadi perancang kewangan keluarga tetapi tidak bijak kerana tidak ada ilmu keewangan. Maka belajarlah ilmu kewangan untuk membentuk perancangan kewangan yang baik.
  2. Jika suami telah merancang kewanga sebaiknya tetapi isteri dan anak-anak tidak mahu ikut. Maka penting untuk suami menggunakan kuasa veto. Perancangan yang terbaik pun tidak akan berguna jika tidak mendapat kerjasama ahli keluarga.
Semoga bermanfaat.

Isnin, Ogos 07, 2017

Minum air gula....

Assalamualaikum.... lama betul tak bersiaran. Kali ini kita bersiaran dari klinik kesihatan. Pagi-pagi lagi kita dah sampai. semangat nak minum air gula. Alhamdulillah selesai minum. tunggu ambik darah lagi sekali.

Ramai bakal-bakal ibu yang merasa gerun malahan takut jika disuruh minum air gula. Ibarat meminum air gula sesuatu yang menggerunkan. Aku pertama kali minum air gula masa mengandungkan hana. Kesnya berat naik mendadak selepas seminggu duduk rumah mertua. perasaan takut dan gerun, yelah dengar orang cakap macam-macam.. tiba hari kejadian, ok je minum air gula. tapi dia punya melekat sampai perit tekak o...

Hari ini kali ke-3 aku minum air gula. melekat rasa gula masih terasa di tekak.


Khamis, Jun 15, 2017

Giveaway RM1000 by Solehah Shamsuddin dan SGShop Malaysia

http://solehahshamsuddin.blogspot.my/2017/06/giveaway-rm1000-by-solehah-shamsuddin.html?m=0

Assalamualaikum. Kali ini kita nak memeriahkan giveaway oleh Blogger Solehah Shamsuddin. Untuk join contest kali ini ada beberapa syarat yang perlu di penuhi. Syarat-syaratnya adalah:

1. Buat satu entry tentang contest ini.

2.Copy banner dan link kan banner dengan entry asal. (done)

3. Daftar akaun sgShop : Username sgShop⎸Ainimohdyusof (done)

4.Follow blog Solehah Shamsuddin: Id Blog⎸Aini (done)

5. Add friends FB Solehah Shamsuddin: FB⎸Nor Aini Mohd Yusof (done)

6. Follow instagram: Instagram ⎸yamanaimy (done)

 7. Copy link entry anda dalam komen entry asal.

Siap....


Ahad, Jun 11, 2017

Iftar Bersama GRAB family di Dataran Sanyan, Sibu

Assalamualaikum dan salam 16 Ramadhan. Saya hanya ingin kongsikan beberapa gambar menarik sepanjang program berbuka puasa bersama pemandu-pemandu GRAB Sibu. Mr.Y sekarangkan dah join GRAB. Suka sangat tengok gambar cantik-cantik yang diambil oleh salah seorang GRAB Driver ni. Maklumlah dah lama tak dapat shoot gambar cantik-cantik.
Bergambar selepas selesai berbuka.

Mr.Y tengah suapkan uwais jagung rebus. Maklum lah gigi tak berapa nak penuh untuk gigit jagung.

Nak potong kek hari lahir. Kakak hana & kakak Humaira tak sabar nak makan kek pink.

Bakso yang dibawa oleh salah sorang GRAB driver ini sedap, kata Mr.Y rasa dia lebih sedap dari beberapa kedai yang dia pernah makan. Susah nak dengar Mr.Y puji makanan berasaskan sup ni sebab dia bukan peminat sup. Tapi kalau kena sedap dia, maka akan diajak nya makan beberapa kali.



Borak-borak pasal apa bang?


Semua nak menjamu selera.

Mak pak masih nak makan, anak-anak nampak padang apa lagi nak berlari lah.... saat ini kami ibubapa bergilir jaga anak-anak main.

Birthday cake from Mr.Y. Ini je gambar yang boleh claim sbg gambar sdr..lain2 diambil oleh kawan Mr.Y.