Ahad, Jun 11, 2017

Iftar Bersama GRAB family di Dataran Sanyan, Sibu

Assalamualaikum dan salam 16 Ramadhan. Saya hanya ingin kongsikan beberapa gambar menarik sepanjang program berbuka puasa bersama pemandu-pemandu GRAB Sibu. Mr.Y sekarangkan dah join GRAB. Suka sangat tengok gambar cantik-cantik yang diambil oleh salah seorang GRAB Driver ni. Maklumlah dah lama tak dapat shoot gambar cantik-cantik.
Bergambar selepas selesai berbuka.

Mr.Y tengah suapkan uwais jagung rebus. Maklum lah gigi tak berapa nak penuh untuk gigit jagung.

Nak potong kek hari lahir. Kakak hana & kakak Humaira tak sabar nak makan kek pink.

Bakso yang dibawa oleh salah sorang GRAB driver ini sedap, kata Mr.Y rasa dia lebih sedap dari beberapa kedai yang dia pernah makan. Susah nak dengar Mr.Y puji makanan berasaskan sup ni sebab dia bukan peminat sup. Tapi kalau kena sedap dia, maka akan diajak nya makan beberapa kali.



Borak-borak pasal apa bang?


Semua nak menjamu selera.

Mak pak masih nak makan, anak-anak nampak padang apa lagi nak berlari lah.... saat ini kami ibubapa bergilir jaga anak-anak main.

Birthday cake from Mr.Y. Ini je gambar yang boleh claim sbg gambar sdr..lain2 diambil oleh kawan Mr.Y.

1 ulasan:

  1. Tq, romantik lah jugak demi anak-anak yang request kek pink ada bunga&love....jupe pulak Mr.Y cari.

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik