Ahad, April 23, 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini

Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.
Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.

Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Mini Giveaway By Wawa

7 April 2017 - 30 April 2017

Sabtu, April 22, 2017

Kejayaan Suatu Impian Atau Pilihan ~ 10 Tokoh Usahawan Muslimah



Assalamualaikum dan selamat pagi, alhamdulillah malam tadi sempat habiskan baca bab 1 dari buku 10 TOKOH USAHAWAN MUSLIMAH.
Bab 1 dengan tajuk MEMAHAMI KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM banyak menceritakan kisah Puan Zawti Ibrahim iaitu pemilik Jatimas Asia Sdn. Bhd. Antara yang menarik perhatian adalah Motivasi Pernigaan yang dapat diterbitkan dari kisah hidup Puan Zawati.

Motivasi Perniagaan

  • Kejayaan adalah pilihan
  • Ujian pemangkin semangat
  • Sanggup belajar
  • Melihat cabaran sebagai peluang
  • Tiada istilah serik atau berputus asa
  • Matlamat pemangkin semangat dan azam adalah teras kekuatan
  • Cari penyelesaian bukan alasan.


Saya pilih topik Kejayaan adalah pilihan pada kali ini. Setiap insan menanam impian untuk berjaya tetapi tidak semua insan menjadikan kejayaan suatu pilihan. Antara faktor adalah semangat dan keyakinan akan kejayaan yang bakal diperolehi tidak ada dalam diri. Perasaan rendah diri dan meragui kemampuan diri menghalang kita untuk memilih kejayaan sebagai pilihan.

Berminat untuk baca lebih, boleh klik gambar buku kat atas. Buku ini saya beli dekat bookcafe.

Khamis, April 20, 2017

GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR


GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR 


SOALAN UNTUK GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR

1. Berikan nama karakter POWERPUFF GIRLS

Blossom
Buttercup
Bubbles

2. Siapakah idola cilik (Malaysia) kepada POWFACTOR - POWERPUFF GIRLs?

Chef Cilik Danish Harraz Abd hafiz @ Abang Danish

3.Bilakah program POWFACTOR ini di tayangkan dan di mana akan di tayangkan?

Ditayangkan di Cartoon Network (Astro Channel 606), Jumaat 14, 21 dan 28 April 2017, Jam 4.00 ptg


4. Lengkapkan slogan ini "Saya ingin memenangi GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR kerana ............................" (tidak melebihi 50 patah perkataan)

Saya ingin memenangi GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR kerana saya ingin memperkenalkan kepada anak-anak saya rancangn kartun kegemaran saya ketika membesar. Hadiah yang ditawarkan amat menarik. 



klik BANNER untuk SERTAI



SYARAT-SYARAT GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR


1. Warganegara Malaysia

2. Jawab semua soalan diatas.

3. Buat satu entri blog yang bertajuk GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR dan jangan lupa sertakan jawapan di entri blog masing-masing ye.

4. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.

5. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube

6. Penyertaan GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR akan di tutup pada 28 April 2017 jam 11.59 malam (Jumaat)


HADIAH UNTUK GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR







2 pemenang dari FACEBOOK dan 2 pemenang dari BLOG ini di cari. Nak tahu ke apakah hadiah untuk KEMPEN POWFACTOR ini? Ha...hadiahnya agak ekslusif juga tau.

*4 set of Powerpuff Girls plush toys (Blossom, Bubbles, Buttercup)
*4 sets of UBS (Blossom, Bubbles, Buttercup)
*4 Powerpuff Girls notebook
*4 Powerpuff Girls stickers

Jom sertai ! Semoga Berjaya !

Selanjutnya untuk informasi, keterangan lanjut dan lain-lain pertandingan. Boleh lawati ke : Astro Circle website., www.PowerpuffYourself.com , CartoonNetworkAsia.com atau facebook.com/Asia.CartoonNetwork.











Ahad, April 16, 2017

Tutorial Picsart: Magic selfie with Sticker 'Splash Color'

Assalamualaikum dan salam semua, hari ini saya hendak berkongsi cara-cara untuk buat gambar magic selfie menggunakan aplikasi Picsart. Melalui kaedah ini anda hanya perlu satu aplikasi.

1.Muat turun aplikasi 'Picsart' dari 'Play Store'
Pastikan anda telefon anda telah di 'install' dengan applikasi 'PicsArt'. Boleh muat turun secara percuma di 'Play Store' Setrusnya klik icon PicsArt anda.
2. Klik icon '+' dalam bulatan merah jambu dan pilih 'edit'.
Apabila anda klik icon Picsart pada paparan telefon anda, anda akan dibawa ke skrin seperti di atas. Apa yang anda perlu lakukan adalah klik pada icon '+'  untuk memilih sama ada ingin 'edit', 'collage', draw, dan 'camera'. 
Pilih icon 'edit' dan anda akan dibawa ke ruang galeri gambar dalam telefon anda. Pilih mana gambar anda yang paling anda suka dan gemari.
3. Pilih 'Magic'
Apabila anda selesai pilih gambar, sila klik pada icon magic pada bar bahagian bawah seperti yang dalam bulatan. 
Langkah: 1) klik icon 'rainbow'   2) pilih blend 'screen'. Manakala bahagian 'fade' anda boleh ubaht ikut kesukaan anda.Seterusnga anda klik pada tanda '✓' bahagian atas sebelah kanan. Anda akan keluar kepaparan asal dengan gambar yang telah dimagickan. Cari icon draw pada bar di bahagian bawah.





4. Pilih Draw dan langkah berdasarkan nombor-nombor pada rajah.
 
1) Pilik icon pemadam dan padamkan bahagian yang anda tidak ingini. 2) Pindahkan layer ada gambar ke bahagian atas. Icon layer berada bahagian bar bawah sebelah kanan.
5. Tambah stiker pada gambar
1)klik layer yang telah dipindahkan tadi. 2) Pilih icon 'paint' dan akan keluar paparan untuk anda memilih warna, saya cadangkan warna putih, seterusnya klik tanda ✓, Hasilnya akan terlihat seperti diatas. 3) klik pada icon ini dan pilih 'new layer', klik layer yang terhasil. 4) klik icon ini dan pilih sticker.
Saya memilih sticker dari pakej Splash of Colour. Ada beberapa pakej stiker yang boleh didapati secara percuma atau berbayar di Picsart antaranya, fireworks, paint splash dan lain-lain. Klik pada stiker yang anda inginkan dan letakkan pada new layer tadi.
6. Ubah suai saiz dan kedudukan sticker
1) klik pada layer yang telah anda letak stiker pilihan tadi.  2) klik disini akan keluar beberapa menu pilihan, anda perlu pilih 'transform' untuk mengubah saiz stiker anda. seterusnya gerakkan 2 jari anda pada stiker tadi secara serentak anda akan dapat mengubah saiz dan kedudukan stiker. Saya tambah satu layer lagi untuk menambah stiker. 
7. Tambah ayat atau perkataan

Berdasarkan gambar pada langkah ke-enam,  3) Lagi sekali anda perlu tambah new layer. Klik pada new layer, klil pada icon pensil.  4) klik disini dan anda akan dibawa ke paparan seperti dibawah. 
Maukkan perkataan, pilih warna dan bentuk tulisan yang anda inginkan, Di picsart anda boleh menambah jenis tulisan yang anda inginkan. Tutorial menambah koleksi tulisan Picsart saya pernah berikan di sini . Setelah siap sila klik ✓. Seterusnya letak jari anda pada kedudukan mana anda ingin tulisan itu berada dan bawa ia kearah mana yang anda inginkan.  Setelah siap anda boleh pilih icon bertitik 3 bertindih yang terdapat disebelah icon  ✓. Akan keluar beberapa menu untuk anda pilih. Maka pilih lah 'save image'.

TAAAARRRRAAAA....

Inilah hasil yang berjaya saya buat....


Berikut saya kongsikan beberapa gambar 'magic selfie' yang telah saya hasilkan.