Nasi kerabu adalah salah satu makanan kegemaran saya. Zaman kecik-kecik kalau nak makan nasi kerabu, kami adik beradik akan disuruh mencari daun untuk buat nasi kerabu. Antara daun untuk buat nasi kerabu resepi keluarga saya adalah daun kadok, daun keeta (ini daun utama), daun kunyit (cukup untuk ambik bau), kacang panjang (selalu tak letak) dan daun kesum (sekadar ambik bau). Daun-daun dicuci bersih dan setrusnya dipotong halus-halus. Setelah potong halus maka diperah asam limau, digaul dengan serunding ikan kelapa (orang terengganu panggil sambal ikan~insyalah next time saya share resepi campak-campak sambal ikan terengganu) seterusnya dicurah sedikit budu. Maka siap lah kerabu kami makan denga kuah ikan aya singgang dan sambal belacan. Memang akan bertambah 3 ke 4 kali. Ini lah resepi awet muda kami. Eh..eh jadi entry resepi nasi kerabu pulak.hehehe...
Kerinduan kepada nasi kerabu yang enak memang tak dapat nak diceritakan. Satu kelebihan pada Mr.Y, walaupun isteri dia tak cakap teringin nak makan nasi kerabu dia tahu isteri dia terasa nak makan. Sabtu lepas Mr.Y ada urusan takaful di kawasan pasar, maka dia ambil peluang untuk mencari nasi kerabu, malang bukan rezeki nasi kerabu di pasar habis.
Semalam kami rancang untuk membeli barang dapur, sampai dekat star mega mall baru perasan dompet tertinggal. Patah balik untuk ambik dompet, malas nak ke star mega mall balik, kami buat keputusan untuk beli barang dekat easy shop sahaja. Tetiba Mr.Y park kereta depan kedai Sambal Lado. Eh..eh...masuk kedai pulak. Alamak tak sengaja pulak pesan makanan. Tuan kedai kata baru nak buka kedai, kami kata tak apa kami pesan dulu, dah siap beli barang kami datang makan. Kami pesan Nasi Kerabu dan meatball.
Review nasi kerabu dulu ok.
Nasi kerabu banyak!!! Lauk penuh, ada ayam, ikan, salok, daging, keropok keping dan yang utama ulaman serta budu. Salok lada saya boleh bagi 10 bintang sebab cukup lemak, pedas dan masin. Beberapa kali rasa salok lada sekitar sibu, tidak memenuhi selera. Kesimpulan nasi kerabu berbaloi dengan harga.
Review Meat ball
Menu pertama sampai, kentang goreng disukai anak-anak. Ok meat ball cukup rasa daging dan lada hitam. kakak humaira makan kentang dan sos lada hitam nya, sedap katanya tetapi tak makan meatball sebab pedas katanya. (hakikat kakak humaira memang kurang tahan pedas berbanding kakak hana).
Masuk kereta nak balik kakak humaira kata abi bagi hadiah, ummu tanya hadiah apa abi bagi? kakak jawab hadiah makan sedap.
tengok rupa kakak hana dan kakak humaira tengok makanan. |
Alamat:
No 14,sublot 2280 block 11,seduan land district jln permai, Sibu 96000
Waktu Operasi:
6:00PM - 12:00AM