Khamis, Jun 30, 2016

Pengalaman berterawih 2016

Assalamualaikum.. 

Jom baca kisah terawih humaira, hana dan ummu bersama baby uwais.

     Selalu selepas berbuka abi akan toling kemas ruang makan dan basuh pinggan. Waktu inilah ummu mandi dan siap-siap untuk solat magrib. Setelah semua siap, abi akan ke surau al-mustaqim untuk solat isyak dan terawih berjemaah. Ummu memamng teringin hendak bersolat berjemaah bersama-sama khairiah surau, tetapi tuntutan untuk ummu berada di rumah lebih penting.
    
Apabila masuk waktu isyak, maka ummu dan kakak akan solat isyak bersama sambil hana bermain dengan baby uwais. Selesai solat isyak kakak humaira akan simpan telekung dan sertai adik-adik untuk bermain manakala ummu akan meneruskan solat terawih.  Masa mula-mula kakak humaira melihat ummu solat terawih, kakak pelik dan bertanya seperti berikut:

Humaira: ummu kenapa solat lagi, tadikan dan solat.
Ummu: Ini solat terawih kakak.
Humaira: Solat terawih tu apa?
Ummu: Solat terawih itu solat sunat bulan puasa.
Humaira: O....tadi tu solat apa?
Ummu: Tadi solat isyak.
Humaira: O..solat isyak sikit, solat sunat banyak...

Kiranya kakak humaira telah dapat jawapan kepada persoalan kenapa ummu solat lepas isyak. Beberapa malam selepas itu kakak Humaira bertanya lagi.

Humaira: Banyaknya ummu solat? Kakak solat sikit je. Allah suka ek kita solat banyak?
Ummu: Ummu solat sunat terawih, ada 8 rakaat ada 20 rakaat. kakak solat isyak.
Humaira: Kakak solat isyak 4rakaat je...Allah suka ek kita solat banyak?
Ummu: Ye kakak Allah suka. 
Humaira: Kakak nak Allah sayang, tapi kakak tak larat lah nak solat banyak. Kakak tolong jaga adik-adiklah...ummu solat dulu.

Persoalan dan pertanyaan tak pernah berkurangan, kadang-kadang tak mampu nak menjawab hanya mampu mengangguk. tetapi lumrah anak kecil tetap inginkan jawapan keluar dari mulut. Adakala apabila si kakak bertanya, si hana khadijah akan turut mengulangi percakapan kakaknya. Ummu kena pastikan jawapan bagi kedua-duanya adalah sama dan menurut kefahaman mereka.

24 june, hari jumaat kami ada majlis berbuka puasa di surau sekolah. Sewaktu ummu lipat telekung dan masukkan kedalam beg, kakak humaira meminta ummu untuk masukan telekung solat dia sekali. Ok, ummu masukkan dan bawa sekali ke sekolah. Sampai saat solat maghrib berjemaah, kakak meminta telekung dan ingin solat bersama. Saat ini hana hanya melihat kakak bersolat. Dalam hati ummu sebelum angkat takbir "kakak ni boleh ke solat bersama saf dan jemaah lain ni...sampai akhir ke solatnya..tawakal kepada Allah je lah, kalau kat rumah ummu dan abi belum abis solat dia dah selesai. ummu dan abi belum rukuk dia dah rukuk. Semoga Allah memudahkan kita beribadat ye kakak, dan hana tidak mengganggu jemaah bersolat." Maka bersolatlah kami bersama jemaah lain, Ya Allah kakak solat berjemaah sehingga selesai. Benarlah,

 YANG MEMEGANG HATI DAN JIWA MANUSIA ADALAH ALLAH, DIA YANG MENGGERAKKAN HATI ANAK KECIL UNTUK DEKAT KEPADANYA. JANGAN DIHALANG KEHENDAK ANAK KECIL UNTUK BERIBADAT KEPADA PENCIPTANYA.

Perasaan ummu selesai solat, syukur hanya Allah yang tahu. 




Rabu, Jun 29, 2016

Mencari atau menanti al-qadar

Assalamualaikum,  malam tadi tonton program 30minit bersama ustaz don. Panel mengatakan kita tak perlu cari malam lailatul qadar. Sebaliknya kita perlu menanti malam tersebut. Bila difikir betul juga, kalau mencari mungkin tak jumpa. Tapi insyalah akan jumpa kalau kita menanti sambil beribadat. Jangan menanti sambil tidur... hehehehe....

Isnin, Jun 27, 2016

Apa itu difteria

Jom kenali penyakit difteria. Penyakit yang kembali meningkat di negara kita akibat mereka yang anti vaksin.


Enjoy little things

Assalamualaikum... Sekarang dah masuk 10 malam ramadhan terakhir. Adakah anda gembira dengan pesta ibadah ramadhan kali ini?
Semoga segala keberkatan adalah milik kita bersama.

Ahad, Jun 26, 2016

Shopback: Hari raya Promotion

Assalamualaikum....
Salam ramadhan...
Salam menjelang syawal...

Mesti ramai yang memcari peluang tambah pendapatan menjelang syawalkan. Ada yang jual kuih muih, ada yang jual kek, ada yang jual pakaian. Sebenarnya kita bukan setakat kena standby duit lebih untuk hari raya, kita juga kena standby duit lebih untuk waktu-waktu selwpas hari raya la....
Panjang pulak mukadimah... post kali ni saja nak bagitahu rakan-rakan blogger lain yang shopback ada wat promosi besar-besaran untuk raya. Bagi yang belum pernah join shopback bolek klik dekat banner di bawah  atau >>>DISINI<<<untuk join...

Nak tahu lebih detail ttg shopback... tgk video ni: