Jumaat, Februari 19, 2016

Review buku Travelog Haji Muslimah

Travelog Haji Muslimah adalah sebuah catatan perjalanan haji seorang muslimah. Buku ini sesuai sebagai persediaan awal untuk mereka yang berniat menziarahi rumah Allah.

Bagaimana seorang yang bergelar anak, isteri, wanita bekerjaya dan ibu melaksanakan impiannya untuk menunaikan ibadah haji ketika usia masih muda. Bagaimana dia dan suami mencari wang untuk menampung segala perbelanjaan pergi dan balik, perbelanjaan mereka dibawah tangungan sepanjang ketiadaan mereka. Dalam kesibukan mencari wang, terpaksa mencari ilmu juga. Bagaimana beliau memiliki keyakinan yang teguh bahawa mereka suami isteri pasti dijemput ke rumah Allah pada tahun tersebut.

Perasaan sangat tersentuh apabila membaca luahan perasaan beliau didepan kaabah. "Adakah sudah kering air mataku dengan tangisan taubat?"

Saya tak nak cerita banyak... saya cadangkan anda baca sendiri buku ini. Baru anda akan merasai apa yang saya rasa iaitu perasaan tak sabar nak ke rumah Allah.

Sekarang bookcafe tengah buat promosi buku Travelog Haji Muslimah 50%. Berminat untuk beli klik link https://goo.gl/biPnNK

Tq Mr.Y beli buku ni last year as birthday gift..

Khamis, Februari 18, 2016

Perbahasan Bidaah

Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Bahasa: 

Bid‘ah dari segi bahasa diambil dari kata بَدَعَ .

Berkata Ibn Manzur (ابن منظور) rahimahullah:

 بدع الشيءَ يَبدَعُه بَدعا، وابتدعهُ: أنشأه وبدأه. 
Telah membuat sesuatu bid‘ah (past tense), sedang membuatnya (present tense) dan bad‘an (masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan. 

Berkata Muhammad bin Abi Bakr al-Razi rahimahullah:

 بدع الشيء: اخترعه لا على مثال. 
Membuat bid‘ah sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada suatu contoh. 

Dalam al-Mu’jam al-Wajiz disebutkan hampir sama seperti di atas iaitu mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya.

Demikian kesemua mu’jam bahasa arab menyebut makna yang hampir sama.

Inilah bid‘ah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum ada contoh sebelumnya.

Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Istilah: 

Ta’rif (definisi) yang baik bagi perkataan bid‘ah dari segi istilah ialah ta’rif yang dikemukakan oleh al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi (الشاطبي) rahimahullah (790H) dalam kitabnya  yang masyhur berjudul al-I’tishom (الاعتصام). Kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa al-Syatibi telah mengemukakan ta’rif  jami’ dan mani’ ( جامع ومانع). Antaranya Dr. Ibrahim bin ‘Amir al-Ruhaili dalam tesis Ph.Dnya ketika membandingkan beberapa ta’rif yang dibuat oleh beberapa tokoh terdiri daripada Ibn Taimiyyah, al-Syatibi, Ibn Rajab dan al-Sayuti rahimahumullah, menyimpulkan bahawa ta’rif al-Syatibi adalah yang paling terpilih. Al-Syatibi mena’rifkan bid‘ah sebagai:

 طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه 
 Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Huraian al-Imam al-Syatibi Terhadap Ta’rif Bid‘ah al-Imam al-Syatibi rahimahullah setelah memberikan ta’rif ini, tidak membiarkan kita tertanya-tanya maksudnya, sebaliknya beliau sendiri telah menghuraikan maksud ta’rif ini. 

Di sini dinyatakan beberapa poin penting huraian al-Imam al-Syatibi: 

Pertama: Dikaitkan jalan (طريقة) dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia ia tidak dinamakan bid‘ah, seperti membuat barangan dan kota. Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada apa yang ada asalnya dalam syariat dan kepada apa yang tiada asalnya dalam syariat, maka dimaksudkan dengan ta’rif ini ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada al-Syari’ (Pembuat syariat iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala). Ini kerana ciri khas bid‘ah ialah ia terkeluar daripada apa yang digariskan oleh al-Syari’. Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid‘ah) segala yang jelas – sekalipun bagi orang biasa – rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak. Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan, ilmu usul atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bid‘ah.  Sesiapa yang menamakannya bid‘ah, sama ada atas dasar majaz (bahasa kiasan) seperti ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh yang menamakan bid‘ah solat orang ramai pada malam-malam hari di bulan ramadhan atau atas dasar kejahilan dalam membezakan sunnah dan bid‘ah, maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang.

Kedua: Maksud (تضاهي الشرعية) ialah menyerupai jalan syarak sedangkan ia bukanlah syarak pada hakikatnya. Bahkan ia menyanggahi syarak dari beberapa sudut: Antaranya: Meletakkan batasan-batasan seperti seseorang yang bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk, berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasing diri untuk beribadah, menghadkan makanan dan pakaian dari jenis tertentu tanpa sebab. Antaranya: Beriltizam dengan cara (kaifiyyat كيفيات ) dan bentuk (haiat هيئات ) tertentu. Ini seperti zikir dalam bentuk perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan hari lahir Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan seumpamanya.   Antaranya: Beriltizam dengan ibadah tertentu dalam waktu tertentu sedangkan tidak ada penentuan tersebut dalam syarak. Ini seperti beriltizam puasa pada hari Nisfu Sya’ban dan bersolat pada malamnya. Kemudian bid‘ah-bid‘ah tersebut disamakan dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika penyamaan itu adalah dengan perkara-perkara yang tidak disyariatkan maka ia bukan bid‘ah. Ia termasuk dalam perbuatan-perbuatan adat kebiasaan.

Ketiga: Maksud (يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله): “Tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah” ialah menggalakkan ibadah. Ini kerana Allah berfirman: 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [al-Zariyat 51:56]

Seakan-akan pembuat bid‘ah melihat inilah tujuannya. Dia tidak tahu bahawa apa yang Allah tetapkan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan-Nya sudah memadai. Seterusnya al-Imam al-Syatibi menjelaskan: Telah jelas dengan ikatan ini (yang dijelaskan) bahawa bid‘ah tidak termasuk dalam adat. Apa sahaja jalan yang direka di dalam agama yang menyerupai perkara yang disyariatkan tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ia terkeluar dari nama ini (bid‘ah).

Kesimpulan Ta’rif al-Imam al-Syatibi Daripada apa yang dita’rifkan dan dihuraikan oleh al-Imam al-Syatibi rahimahullah, dapat dibuat beberapa kesimpulan: Bid‘ah ialah jalan syarak yang baru di reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bid‘ah. Bid‘ah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam syariat tidak dinamakan bid‘ah. Ahli bid‘ah menganggap jalan, bentuk, cara bid‘ah mereka adalah satu cara ibadah yang dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah. Bid‘ah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan Bid‘ah Hasanah yang membabitkan perkara-perkara duniawi bukanlah bid‘ah pada istilahnya.

Sumber : Copy paste whatsapp grup usrah surau

Rabu, Februari 17, 2016

Cara mengelakkan data internet cepat habis:

4 Apps yg perlu diubah settings:

FB setting:
1- buka FB
2- pilih app settings
3- pilih video auto-play
4- pilih off/wifi only

Telegram setting:
1- buka telegram klik bhgn ats sebelah kiri
2- pilih "setting"
3- pilih "when using mobile data"
4- hilangkn semua tanda "tick" dlm kotak

Whatsapp setting:
1- buka apps whatsapp
2- pilih "setting"
3- pilih "chat settings"
4- pilih "media auto-download"
5- pilih "when using mobile data"
6- hilangkn smua tanda "tick" dalam kotak

Play store settings:
1- buka play store
2- pilih "setting"
3- pilih "auto-update apps"
4- pilih "auto-update apps over wifi only"

Analisa Bajet Famili

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Agak-agak berapa kerap anda lakukan analisis kewangan keluarga?

Kewangan keluarga melibat sumber pendapatan suami isteri dan perbelanjaan semua ahli keluarga dalam tanggungan.

Ada yang melakukan analisis sekali setahun, ada yang sebulan sekali dan ada yang melakukan seminggu sekali. Malah ada yang langsung tak pernah melakukan analisis ini.

Dulu kami melakukan sebulan sekali, namun kini lebih kerap terutama selepas Mr.Y menjadi ahli Urus insan dengan En Zaidi Ismail.Bayangkan selepas bedah siasat kewangan kami mampu selesaikan hutang kereta yang masih berbaki Rm12k selama 2tahun.

Maka duit simpanan bulanan dapat ditambah lagi dan kami tidak memilih dengan upgrade kereta ke lebih besar.Pencapaian kami bila simpanan daripada 3angka kepada 4angka bulanan.
Ingin tahu macam mana kami buat begitu?

Bajet Bulanan Selepas dapat gaji dan semua komisen kami gabungkan da buat bajet bulanan diatas Papan putih dan memantau setiap hari perbelanjaan dan masukkan ke dalam apps Penny download di Playstore.
Setiap bulan perbelanjaan bulanan dapat disimpan didalam dropbox dan dicetak dengan Excel.

Contoh bajet bulanan atas papan putih
Penny apps yang boleh dimuat turun melalui playstore

Simpanan Bulanan
Matlamat simpanan dan dimana perlu disimpan mainkan peranan kerana mengelakkan kami keluarkan setiap hujung bulan.Cadangan boleh disimpan dalam ASB dan Tabung haji.Jika ada lebih baru kami buat simpanan ke bentuk emas dan saham.


Matlamat
Kami ingin bebas hutang dan selesaikan hutang yang paling kecil dengan konsep 'snowball effect'. Rujukan daripada Ebook Dave Ramsey.
Kami sama sama merancang matlamat agar kami gembira apa yang kami lakukan.Bayangkan buat bekal untuk Mr Y dan anak pun boleh gembira sebab nak capai matlamat kami.

Motto kami
"Kurangkan kemahuan, Tingkatkan Pendapatan dan Simpanan"

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
InsyaAllah akan bersambung.

Selasa, Februari 16, 2016

Romantik itu di hati

Ini adalah copy paste dari whatsapps

Seorang lelaki jumpa saya. Katanya isterinya selalu marah-marah. Malas kemas rumah. Kurang memasak dan asyik marah anak-anak. Dia selalu inginkan seorang suami yang romantik. Saya tak pandai semua tu ustaz...

Jawab saya sebenarnya romantik ini di hati. Bila kita kenal siapa pemberi segala nikmat hidup ini. Siapa beri isteri. Siapa beri anak-anak. Melihat mereka dengan rasa terima kasih pada Allah. Mulakan dengan tadah tangan dan bersyukur dengan katakan ya Allah terima kasih beri isteri dan anak-anak ini...sujud syukur ucap terima kasih pada Maha pemberi yang sayangkan kita..

Cuba abang beli bunga harga besar. Hadiahkan pada isteri. Beri satu kad dan tulis terima kasih kerana sudi jadi isteri abang yang tak hensem ni. Terima kasih kerana korbankan segalanya demi perkahwinan ini. Terima kasih sudi bersama sehingga hari ini. Terima kasih kerana melahirkan anak-anak buat saya.

Menjadi romantik ini bukan perlu jadi seperti romeo n juliet. Cukup sediakan telinga dan perasaan saat isteri bercerita dan berkongsi. Mereka sudah tiada siapa lagi ingin bercerita. Jika orang luar jatuh kita simpati. Inikan isteri yang tolong jaga rumah kita. Tolong jaga anak kita. Mereka sebahagian diri seorang suami..pandang mata mereka. Menangis saat mereka menangis. Sediakan bahu, lengan dan peha saat mereka bercerita. Usap mereka dengan rasa sayang..

Mata memandang mereka dengan rasa cinta. Inilah wanita bidadari syurga yang Allah pinjamkan buat kita..

Jika mereka buat kerja rumah berlari bantu. Jika wajah mereka tak bermaya, tak cukup tidur, tak cukup makan,pucat..beri mereka cuti atau rehat. Jagakan anak-anak dan uruskan rumahtangga. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka kekasih hati dan bidadari kita.

Malam hari dan setiap kali lepas solat fardhu doa menangis buat mereka. Ya Allah ampunkan dan kasihilah wanita ini. Mereka separuh mati kerana kami..mereka tak pernah curang atau lupa mendoakan seorang suami. Itulah wanita. Mereka kebanyakannya setia. Mereka tak pernah peduli lelaki lain selain suami mereka..jika dapat wanita seperti itu jagailah dia. Sayangi dan bimbing mereka dengan solat dan kasih sayang...pasti ibu kita gembira jika kita pandai hargai isteri atau wanita dalam hidup ini...

Hidup ini bukan untuk nafsu kita sahaja. Hidup ini untuk Allah. Sibuk tunaikan hak. Hak kita biar Allah yang tunaikan dengan RedhaNya..itulah segalanya..

Dia mula sebak dan kata insyaAllah ustaz. Saya mula faham..-ebit lew