Isnin, Januari 04, 2016
!st Day of Preschool
Isnin, Disember 28, 2015
Photobook album family
Add caption |
Jumaat, November 20, 2015
Tips untuk mudah bersalin
- Jaga hati orang di sekeliling kita, terutama ibubapa. Bukan hanya isteri yang perlu jaga hati ni, suami pun kena juga. Andai ibubapa ingin sesuatu dari suami anda memerlukan beliau, maka izin dan redhalah suami melaksanakan tanggungjawabnya terhadap ibubapa terlebih dahulu. Setiap isteri perlu ingat bahawa darjat ibubapa suami lebih tinggi dari dirinya. Insyalah jika kita membahagiakan ibubapa, keluarga kita pun bahagia.
Tips ini dapat ketika mengandung humaira, macam mana dapat? dari siapa? ok ini ceta ringkasan dia 'Sejak dari kecik aku dengar arwah tok (ganti nama nenek di terengganu) ckp "semek (nama manja cik) kalau beranok mudah benor, baru letok punggung kuar doh budok." Maka saat mengandung humaira aku tanya lah dekat cik (aku pgl mak aku cik) "Tok kata cik mudoh beranok, cik wat gane jadi mudoh?" Cik jawab " tengoh ngandung jaga hati mok bapok penting. kalau ada rasa nak marah ke dop puah hati ke, diam je... pastu kalau dia nak apa2, kalau mampu bagi, bukan bini je kena jaga hati mokbapok, laki pun sama. dop kira lah mokpok sediri ke mokpok tua." Maka aku cuba sebaik mungkin untuk amalkan tips ini. Alhamdulillah nampak keberkesanannya.
- Ringankan mulut untuk sentiasa berzikir dan membaca surah hafazan.
Humaira & hana suka kalau ummu dia nyanyi wpun suara tak sedap, kadang2 aku tukar lagu kepada zikir dan bacaan surah2 yang di hafal. sambil bermain sambil berzikir. Kalau tak bermain, kadang-kadang pasang video zikir dan bacaan surah al-quran. Mr.Y pulak selalu pasang orang mengaji dalam kereta.
- Amalkan makanan sunnah seperti kurma, kismi, susu kambing dan air zamzam.
Kurma adalah salah satu kudapan dekat rumah. Bekalan kurma dekat rumah jarang putus walaupun bukan bulan ramadhan. Kalau kurma dalam peti habis, humaira & hana akan mintak abi belikan. Selain itu aku juga guna kurma dalam masakan. Supaya daging atau ayam cepat empuk, bila guna kurma tak payah nak pakai gula or pemanis yang lain.
- Aktifkan diri selagi termampu.
Ini yang bagus bila ada toddler kat rumah...rasa malas pun kena bangun buat kerja.
- Makan makanan berkhasiat & kurangkan makanan luar.
- Amalkan baca al-quran...kalau dapat khatam saat mengandung lagi bagus.
- Penggunaan minyak kelapa dara dihujung-hujung kehamilan adalah amat berfungsi.
Pengalaman bersalin 2015 ~ Uwais Aysar Bin Mohd Yaman
Ringkasan pengalaman bersalin 2015.
Rabu, September 16, 2015
Contoh tauladan terbaik buat anak kecil...
Contoh tauladan terbaik kita adalah RaSulullah. Bagi anak kecil, contoh ikutan yang terbaik mereka adalah ibu bapa. Adakala hanya sekali perbutan buruk kita lakukan secaa tidak sengaja, anak dah boleh ikut. Adakala berkali-kali perbuatan dan kelakuan baik kita lakukan anak tetap tak dapat ikut.
Pernah membaca satu artikel bagaimana mendidik anak untuk mendrngar cakap dan berdisplin.jangan pernah berangan dan meletak harapan tinggi untuk anak mendengar cakap kita. Prnah membaca satu artikel yang mengatakan bahawa untuk anak kecil mengingati apa yang kita arahkan atau inginkan, mereka perlu diingati tentang hal tersebut lebih kurang 200kali. Penatkan nak ingat banyak2. Tetapi konsep ini hampir sama dengan cara untuk seorang individu tidak meninggalkan solat adalah dengan solat 5 kali sehari semalam selama 40 hari berturut-turut. Insyalah tidak lupa dan amalkan.
Aku ada 2 anak kecil yang sedang membesar, apa yang diperhatikan.
° Humaira & Hana suka membaca kerana suamiku suka membaca, adakala mereka akan mengambil buku tebal untuk aku bacakan. Adakala mereka yang akan bacakan untuk ku..wpun cerita mereka langsung tak sama dengan apa yang tercatat.
°Adakala humaira akan bangun pagi dan terus ke tandas untuk berwuduk. Usai wuduk dia akan mengaji. Ini mungkin terpengaruh dengan solat subuh atau dhuha yang sering dia perhatikan kami lakukan saat awal pagi. Manakala mengaji selepas solat sering aku buat usai solat magrib.
°Tidak tidur ketika magrib, memang dari kecil aku cakap dekat anak2 bahawa tidur ketika magrib adalah tak elok. Magrib adalah waktu beribadat. Sekarang abi nak lelap mata ketika magrib pun tak dapat.
°Suka menabung, dari mereka pandai memasukan barang, suamiku ajar mereka menyimpan wang.
°Bercakap dengan menggunakan bahasa ganti diri yang sopan. Adakala memang kita telah menggunakan bahasaganti diri yang sopan dan lembut tetapi kita terlupa rancangan drama di tv.
°Jika ingin mereka lakukan sesuatu, gunakan perkataan tolong bukan arahan. Kerana minta tolong lebih lembut dari arahan.
°Jika mereka ingin bercakap,maka pandang lah wajah mereka dan berborak lah. Anda pasti tidak ingin anakanda tidak memberi perhatian saat anda berbicara dengan mereka. Bukan hanya ketika berborak dengan mereka tetapi juga dengan orang sekeliling.
°Jangan merasa terlalu mahal untuk mengucapkan terima kasih untuk apa sahaja pertolongan atau bantuan yang anda terima, kerana mereka sedang perhatikan anda.
Ini antara perihal meniru yang aku perhatikan. Zaman anak-anak membesar amat singkat..... Hargai sebelum terlambat....