Rabu, September 12, 2012

Raya Tour..


Jika tahun lepas kami beraya berdua dan tidak pulang ke terngganu. Tahun ini kami sekeluarga beraya bertiga dan balik ke terengganu. Buat pertama kalinya  rumah mohd yusof tukang jahit beraya dengan cucu. Maklum lah, sebelum nie mana ada cucu. Maka semua fokus menuju kepada cucu lah ye... semua mak sedar, pak sedara n tok toki nak bergambar...

Berikut antara gambo di terengganu...










Sabtu, September 08, 2012

Jadaual CD selepas Ramadhan...

Salam, tak jawab dosa.... ok lah bukan nak cerita apa pun...just nak bercerita pasal jadual pemakaian CD kat baby humaira... Sebenarnya, humaira akan pakai CD 3 hari dalam seminggu... Tapi itu sebelum raya lah.... Bila raya mula...pemakaian CD nie terus tak di laksanakan....

Kenapa humaira hanya pakai CD 3hari seminggu, sebab aku bekerja 3hari dan 1hari lagi kami sekeluarga akan keluar jalan2 mencari barang keperluan rumah. Jika berada dirumah tiada masalah untuk aku pakaikan CD pada humaira. Tapi bila hantar ke pengasuh, dan tengok pengasuh pun ada jaga budak2 lain jugak, makanya kami suami isteri membuat keputusan pakaikan DD aja kat humaira, sebagaimana yang diminta oleh pengasuh nya.... Alhamdulillah pakai CD mmg dapat jimatkan perbelanjaan DD humaira, sebulan 1plastik DD x abis.

14 ogos 2012, kami sekeluarga pulang ke Kg. Baru untuk menyambut hari raya di Terengganu. Dalam kiraan kami akan berada di semenanjung lebih kurang 2 minggu,,, Untuk tempoh itu juga, Humaira tidak menggunakan CD. Apa jadi bila sering pakai DD jer?
  • Kos beli DD bertambah
Jika sebelum nie, 1 plastik DD tak abis, time raya terpaksa beli lagi 1plastik pasal tak cukup... huhuhu... jadi perbelanjaan untuk lampin baby pun bertambah musim perayaan...
  • Perasaaan malas bertambah
Bila dah pakai DD niekan...rasa malas nak tukar setiap pagi menjelma..pagi syiok tido maa...  Kadang2 baby pakai lampin dr pukul 8 mlm sampai kul 10pg... mmg berat giler lah lampin nyer. Bukan setakat malas nak tukar lampin. Nak basuh Baju baby pun jadi malas.. Dah lah x bawak balik baju baby, nak tak nak kena basuh jugak. (kami memeng tak suka bawak balik barang banyak...nampaknya sekarang kena banyak bawak brg baby, jika dulu balik kg...1 begpack dah cukup utk letak brg serta pakaian kami berdua, skrg keperluan baby dan pakaian baby dah guna 1beg pack...huhuhu)
  • Kulit baby menjadi kemerahan
Apabila malas nak menukar, maka berlaku kelembapan yang berpanjangan di kulit baby, merah lah kulit humaira. Mr. Y pun tegur lah, dengan ayat yang agak menakutkan perasaan setiap yang bergelar ibu... "kenapa tak tukar, nant dia sakit..awak jugak yg susah...." hihihi... sejak itu, Mr. Y rajin bertanya, pamper baby dah tukar...kdg2 aku saja tunggu dia tanya...sbb nant dia yg akan tukarkan..hihii.. Tapi adakalanya, dia check sendiri terutama jika aku tertdo atau nampak terlalu penat... yelah BF mommy kan...


p/s: ari nie nak g cari CD cover baru untuk humaira lah...satu dah bg kat mok da...pasal dah x muat humaira nak pakai...Insyalah minggu depan akan pakai CD balik...*ummu & abi belum cukup kaya nak bg humaira pakai DD selalu, lagi pun ummu & abi sayang humaira*

Ahad, Ogos 12, 2012

Lovelly Doll Batrisyia Humaira

Setelah sekian lama tak mengedit dan menghasilkan photobook...akhirnya berjaya siapkan photobook untuk puteri tersayang... Semangat nak buat nie pun pasal ada promotion kat myflippix. Kalu tak memang x da lah jawab nya... 


 

Rabu, Ogos 08, 2012

MemBAINATkan ceta DRAGON BALL

Watak-watak DRAGON BALL yang dikenali ramai...
Inilah DRAGON BALL yang dicari-cari oleh goku dan rakan-rakan..
Mr. Satan
Sekarang ini musim giler tengok dragon ball dah kembali. Masih kukuh dalam inngatan, sewaktu zaman kanak-kanak begitu semangat bangun pagi sabtu dan ahad untuk tengok animasi nie. Lepas tue kalu main pun siap ada bunyi KAME HAME HAAAA....!!! Ambik ko...

Beberapa hari lepas layan DRAGON BALL Z ni denan Mr.Y. Ala yang ada kemunculan mamat bernama Mr. Satan...Episod yang kami layan adalah episod dimana GOKU minta power dari penduduk bumi untuk lawan MAA JI BU... Tapi amat malang bila GOKU dan Bezita mintak penduduk bumi angkat tangan...skit jer yang percaya. Maka power yang didapati pun skit lah... Pastu Mr.Satan pun bersuara dan mengakui bahwa dia tengah berlawan dengan MAA JI BUU... wah skejab jer bertambah power.. tak sangka lagi ramai yang percaya kepada Mr.Satan walaupun apa yang cakapkan adalah penipuan semata-mata...

Tetiba Mr.Y bersuara...apa yang awak dapat bainat kan drp cerita dragon ball nie... Pergh!!! apa ek...
 "huhuhu... Mr. Satan tipu." kesimpulanya jika dibainatkan kedalam kehidupan kita hari ini... adalah, berita palsu lebih dipercayai daripada kebenaran. Mr.Satan tak berlawan dengan maa ji buu tapi dia mengakui inya, penduduk bumi yang tak nampak apa yang berlaku, hanya mendengar suara terus yakin dan percaya kepada kenyataan Mr.Satan...KESIANNNN....

Kini maklumat dan segala berita amat mudah kita perolehi hanya dengan memetik jari kepada papan yang tidak bernyawa. setiap berita yang disebarkn di internet tidak semestinya benar dan betul...tapi ramai yang percaya....