Rabu, Mac 16, 2011

DOA MUNAJAT SEORANG ISTERI

Ya, Allah Ya Rahman Ya Rahim, KAU ampunilah dosaku yg telah ku perbuatkan, KAU limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas, KAU berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal, KAU kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, KAU peliharalah lidah ku dari kata-kata nista, KAU kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-MU, KAU berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arsh, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranga suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatanya, sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di jannah-Mu. Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu, peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaanya. Sekiranya suamiku ini jodoh yang di rahmati oleh-Mu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya.

Tetapi Ya Allah, sekiranya suamiku ini di takdirkan bukan untuk diriku seorang, kau tunjukkanlah aku ke jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dengan-Mu. Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatan untuk memperbetulkan keadaanya. Sekiranya suamiku menyintai kesesatan, KAU pandulah aku untuk menarikdiri keluar dari terus terlena.

Ya Allah, KAU maha mengetahui apa yg terbaik untuk ku, KAU juga yg maha mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku. Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redai. Sekiranya aku lalai dalam tanggungjwbku sebagai isteri, kau hukumlah aku di dunia ttp bukan di akhirat-Mu.
Sekiranya aku engkar dan derhaka, berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu, Ya Allah, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu, aku buta tanpa bimbingan-Mu, aku cacat tanpa hidayah-Mu, aku hina tanpa rahmat-Mu, ya Allah.

Kuatkanlah hati semangatku, tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu, jadikanlah aku isteri yang disenangi suami. Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu. Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu. Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu.

Ya Allah, Ya tuhanku…aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, isteri yang dikasihi, isteri yang solehah, isteri yang sentiasa di hati suamiku. Amin amin amin ya rabbal allamin…

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kebajikan hidup di dunia dan akhirat, dan selamatkan kami dari azab api neraka.

Ahad, Mac 13, 2011

LOKASI UNTUK OUTDOOR

Hurm...lagi seminggu lebih aku akan bergelar isteri kepada seorang lelaki...tp seperti biasa aku lebih riso memikirkan dimana lokasi outdoor utk  gambo kawen aku nant....jom tgk beberapa tempat menarik yang dalam pemerhatian aku...hehehe....

1st aku plan nak ambik gambo kat sekitar depan rumah jer...sekitar sawah terbiar je lah kan, dulu sawah nie ada yang usaha dan kerjakan, tapi serang ia terbiar...nie gambar depan umah aku nie...ada batas lagi..

Tapi geng rimau kurang setuju, dia cdgkan wat kat TTI (taman tamadun islam)...rasanyer gambo TTI x perlu upload lah coz ia terlalu glomour dan korg mst taw mcm mana kan rupa nya. Tak lama lps itu, geng rimau (nama geng adik aku) pegi buat photo shot kat belakang UMT...wah menarik gak kawasan nie...aku suka lalang yang berkeliaran dan sepohon kayu di tengah padang...(gambo adik aku berkoya ..hehehe)

Tempat ke-3 aku suka ialah dekat sungai kampung aku nie... sungai nie pernah jadi tempat aku belajar berenang..tapi ini bukan kolam depan umah atok aku..ini kolam sebelah kolam depan umah atok aku...kat kampung aku, tempat mandi ada 3kolam. kolam atok aku kat tengah2.. ia di panggil kolam walaupun ia adalah laluan sungai terengganu. pasal itu kampung nie dipanggil beladau kolam..hehehe...menurut arwah atok aku, beladau tu nama keris dan terjatuh dalam sebuah kolam.



Last week aku berjalan2 dgn adik2 aku sambil shot gambo kat pantai airport kuala terengganu. menarik juga tempat nie....banyak batu2...hehehe..lepas bergambo leh makan sotong celup tepung kan...

Tapi mcm mana kalu x sempat shot lps asar, mlm lah jawab nye aku shot...kalu malam aku pilih tempat kat bawah nie. apa nama tempat nie aku x pasti. pasal aku x dibenarkan ikut adik aku ambik gambo malam2.huhuhu...



So mana satu tempat yang menjadi pilihan aku pun belum tahu...just wait n c...hehehehe...

Khamis, Mac 10, 2011

Aku mengharapkan sesuatu...

Setiap yang hidup di muka bumi Allah ini pasti pernah mengharapkan sesuatu. Aku juga mengharapkan sesuatu, malahan mungkin lebih dari sesuatu. Tapi kenapa adalakalanya pengharapan kita tidak pernah termakbul. Allah berfirman dalam kitabnya bahawa nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Maka untuk mendapatkan apa yang kita harapkan, hendaklah kita berusaha dan beriktiar, dan dalam pada itu jangan lupa untuk terus memohon petunjuk dan keredhaan kepada Allah.

Jika apa yang diusahakan membuahkan hasil dan memenuhi pengharapan kita selama ini, Alhamdulillah. Jangan dilupa untuk  bersyukur kepada Allah. Bagaimana hendak bersyukur kepada Allah? Cukup kan sekadar ucapan dibibir? Sudah pasti tidak cukup, bersyukur itu adalah perbuatan. Dimana, hargailah apa yang diperolehi, jangan dipersia-siakan pemberiannya, laksanakanlah agama Allah, jangan takbur dengan menidakkan kekuasaan Allah dan mengatakan bahawa keinginan tercapai bekat usaha sendiri. Sepertimana kisah Qarun, dari seorang yang miskin dan banyak beribadah tetapi setelah Allah memenuhi permintaannya, maka dia lupa diri dan menjadi kufur. Naazubillah.

Tetapi apa akan jadi jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai dan memenuhi harapan kita, malangnya ia tidak membuahkan hasil seperti yang kita harapkan. Ya, disini lah kita perlu muhasabah diri kita kembali. Kenapa merujuk kepada kita, sedangkan kita telah berusaha? Kenapa tidak kita menilai orang lain disekeling? Kenapa kita tidak boleh mempersoalkan Allah yang tidak memakbulkan permintaan kita setelah kita berusaha? Ya, semua persoalan itu pasti jawapanya merujuk kepada diri kita juga puncanya.

Pertama, mungkin kita masih belum layak memiliki apa yang kita inginkan. Sebagai manusia pasti mempunyai perasaan bahawa kita telah layak memiliki apa yang kita inginkan setelah kita berusaha. Ingatlah, bahawa kita adalah hamba yang ciptakan Allah. Maka pasti Allah lebih mengetahui sama ada kita layak atau tidak memiliki  sesuatu itu. Ya, mungkin kita layak tetapi ia adalah tidak bagus, malahan lebih membahayakan kita di masa akan datang. Tiada seorang manusia yang lebih mengetahui tentang masa depan kecuali yang menciptakan alam semesta ini iaitu Allah. Contohnya, ibu dan anak, seorang ibu melihat bayinya bermain dan tiba-tiba muncul seekor ular. Cuba fikirkan bagaimana agaknya reaksi ibu tadi dan bagaimana reaksi bayi tadi. Sudah pasti ibu tadi akan menjerit dan mengangkat bayinya. Tetapi dalam pemikiran bayi tadi, ular itu bergerak-gerak seperti barang mainannya. Ini menunjukkan pengetahuan ibu tadi lebih daripada bayinya. Begitulah boleh diumpamakan kita hamba yang lemah berbanding dengan Allah. Sesungguhnya Allah sayangkan hambanya yang beriman.

Kedua, mungkin usaha yang kita laksanakan belum cukup kerana sifat manusia itu sendiri merasakan cukup dengan apa yang diusahakan tetapi tidak pernah merasa puas dengan godaan nafsu. Ketiga, mungkin ada sifat-sifat dalam diri kita yang membuat orang sekeliling merasa tidak senang, sekaligus mendoakan keburukan buat kita. Keempat, mungkin kita memiliki penyakit hati. Inilah penyakit yang paling bahaya. Ia wujud tetapi tersembunyi.

Insyallah, kita semua didalam keredhaan dan rahmat Allah.Amin.

Isnin, Mac 07, 2011

Cinta & Ibadah

Dlm bercinta kt kena kuatkan hati msg2
Suami kuat kn hati isteri pdNya
Isteri kuat kan hati suami pdNya
Dengan memohon keizinan Allah
Sentiasa ingat adab agama dlm melayari bahtera
Sentiasa saling mngingati satu sama lain utk kebaikan
Sentiasa menjaga hati daripada penyakit hati
Krn berharap cinta kita adalah krn Allah
Semoga cinta ini menjadi Ibadah
Ikut tuntutan wahyu dan sunnah
Terbentuk satu ibadah kerana-Nya

Puisi Rindu Kita

Gemersik suara mu mengetar kalbu ku
Rindu mu menyambut rinduku
Menyemai kasih yang bakal halal dengan izin pencipta-Nya
Sungguh ku tggu saat itu
Aku harapkan kau impianku
Biar kasih dibuai jgn terlerai
Syg menyayangi awk
Merindui awk
Dalam keinginan ada kejayaan
Berkat usaha kerna bagiku
Kau kehormatanku...
Baik baik syg