1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.
2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.
3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.
4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.
5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...
p/s: ini adalah petikan e-mail oleh cardinboy dgn tag line :KHAS UTK PEREMPUAN DR LELAKI...
Isnin, Mac 07, 2011
Jumaat, Mac 04, 2011
18 Ciri Isteri Yang Solehah
- Isteri yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan dirinya, rumah tangga serta anak-anak.
- Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
- Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendirinya.
- Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahramnya memasukki rumahnya ketika ketiadaan suami.
- Isteri sedia menjadi suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi yang telah Allah anugerahkan kepada kaum lelaki.
- Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami itu tidak bertentangan dengan ajaran islam.
- Isteri yang sedia memberikan jawapan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya itu adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
- Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.
- Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
- Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana serta tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami dari masalah kewangan.
- Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.
- Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang sama ada menerima nikmat atau dugaan dari Allah.
- Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta segala perintah Allah dengan tabah dan sabar.
- Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.
- Isteri yang sedia dan melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.
- Isteri yang sentiasa menghiasi dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.
- Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
- Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan seyuman bila ia pulang.
Sama-samalah kita bermuhasabah terhadap diri masing-masing.
18 Ciri Suami Yang Soleh
- Suami yang taat dalam mlaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
- Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
- Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
- Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
- Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
- Suami ysng penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan seuatu.
- Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
- Sentiasa memberikan kasih sayng, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
- Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
- Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
- Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperrti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
- Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
- Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
- Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
- Suami yang daapt menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
- Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
Raja Lawak
Assalamualaikum...Malam nie 1st time aku tgk raja lawak secara serius... Sebelum nie dengar org bercerita jer...Terutama tunang kesayangan aku 2...kalu boleh tiap2 minggu tak mo miss gelanggang raja lawak.
Aku ingat lg last week waktu nak g jupe kakak aku kat kerinchi, dgn berat hati dia nak angkat kaki dr tgk raja lawak...mmg kelakar rupanya raja lawak...hahhaha...
Isnin, Oktober 25, 2010
Pilihan Memilih
Sesungguhnya setiap insan dalam keadaan keliru..sering mencari arah tuju hidup..tika cahaya dtg menjelma dan dtg kepadanya,dia punyai pilihan..seringkali pilihan itu bermain2 didalam hati dan minda..Namun telah tetap ketentuanNya,setiap hambaNya mendpt pilihan dan peluang sendiri untuk mengubah nasib dan rezekinnya.
Siapa pilihan hatimu..siapa yang kamu bayangkan yg bakal mengubah nasibmu dan yg bakal memberi rezeki kepadamu..
Ditinggikan darjatmu sebagai seorang insan yg sempurna,punyai hati untuk menentukannya.. dan furqankan yg terbaik utk dirimu....insyaallah.
Tp kadang2 hati tdk dapat menentukn pilihan yg terbaik utuk kehidupan dunia dan akhirat, kerana hati senang dikotori oleh bisikan syaitan, hanya kekuatan iman yang mampu mengawal bisikan kotor dari terus memasuki hati, malang kekuatan iman tidak dapt dinilai oleh insan yang bergelar hamba, hanya yang maha pencipta mengetahui kekuatan iman seseorang. Kerana itu kita perlu sentiasa menyemai iman agar hati tidak mudah dikotori.
Siapa pilihan hatimu..siapa yang kamu bayangkan yg bakal mengubah nasibmu dan yg bakal memberi rezeki kepadamu..
Ditinggikan darjatmu sebagai seorang insan yg sempurna,punyai hati untuk menentukannya.. dan furqankan yg terbaik utk dirimu....insyaallah.
Tp kadang2 hati tdk dapat menentukn pilihan yg terbaik utuk kehidupan dunia dan akhirat, kerana hati senang dikotori oleh bisikan syaitan, hanya kekuatan iman yang mampu mengawal bisikan kotor dari terus memasuki hati, malang kekuatan iman tidak dapt dinilai oleh insan yang bergelar hamba, hanya yang maha pencipta mengetahui kekuatan iman seseorang. Kerana itu kita perlu sentiasa menyemai iman agar hati tidak mudah dikotori.
Langgan:
Catatan (Atom)