Memaparkan catatan dengan label nama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nama. Papar semua catatan

Isnin, Mei 03, 2021

Kenapa pilih nama Ulya Hye Binti Mohd Yaman

 Assalamualaikum semua. Hari ini habislah tempoh berpantang anak ke-5. Alhamdulillah.

Antara isu yang sering dipermainkan oleh saudara mara, adik beradik dan siapa saja apabila ada insan kecil yang baru adalah isu nama. Banyak peristiwa yang berlaku untuk kandungan ke-5 yang menyebabkan kami memilih nama yang agak lain dari nama-nama sebelum ini.



Situasi 1: Bayi telah meninggal dalam kandungan.

Hari itu seperti biasa aku pergi klinik kesihatan kuala lumpur untuk pemeriksaan rutin ibu hamil. Tak silap aku, check up minggu ke 24 rasanya. Masa aku buat pendaftaran maka nurse B (kita letak nama senang) cakap, "Puan nanti jumpa doktor ye...hari ini ada bla..bla...la..." aku pun tanya lah kenapa nak kena jumpa doktor, dia jawab doktor nak scan. Sampai giliran masuk bilik pemeriksaan nurse A (kita letak nama nurse ni A) yang tanya aku, "kenapa doktor nak jumpa puan ye...tengok rekod tak ada masalah pun." Aku pun jawab ntah lah nurse....saya pun tak tahu kenapa. Tetiba nurse B masuk, maka berlaku perbualan seperti berikut:

Nurse B: Puan xxx xxxx kan? baby ada lagi tak?
(Aku dengan nurse yang buat pemeriksaan pun pelik lah)
Aku: ada...
Nurse B: nanti jumpa doktor scan dulu..lepas itu kita injection ye.
Nurse A: injection apa?
Nurse B: baby puan ni kan dah meninggal dalam perut. Semalam doktor pakar call puan kan?
Nurse A: hish...baby dia ada jantung lagi lh...aku baru je check ni...
Nurse B: ye ke...macam mana ni....betulkan nama pun xxx xxxx
Nurse A: xxx xxxx binti apa?
Nurse B: xxx xxxx binti mohamad
Nurse A: puan ni nama xxx xxxx binti mohd xxxx.....salah patient lah ko nii...
Nurse B: laaaaa....ye ke... sory puan..

Bayangkan kerana silap nama bapa aku boleh kehilangan kandungan yang masih sihat hanya kerana nama yang sama. 

Situasi 2: Nama hampir sama hanya kurang satu huruf.

Kisahnya nurse nak jumpa aku untuk ambil darah tapi panggil nor ain..memang tak lah aku pergi sehingga aku pelik bila dia sebut nama bapa...seingat aku yang nama nor ain dekat kaunter tadi binti lain. Maka aku beranikan diri pergi tanya, nurse nak jumpa nor ain ke nor aini? Maka nurse tengok balik buku,  baru perasan dia salah laung nama..dekat setengah jam gak lah dia melaung....hahahaha..kesian nurse mesti sakit tekak dan sakit hati masa duk melaung tu...

Situasi 3: Nama sama lebih dari seorang.

Ini berlaku sewaktu sistem nombor dekat KKKL ada masalah, maka nurse kena panggil nama. Apabila di laung nama Nor Aini..tetiba ada 4 individu yang tampil depan nurse. Nurse tanya kenapa, masing masing jawab serentak "Panggilkan". Nurse kata saya panggil Nor Aini, semua jawab saya..nurse pun sebut Nor Aini binti xxxx... akhirnya 3 daripada 4 individu kembali ke kerusi. Salah seorang adalah aku yang kembali ke kerusi.

Situasi 4: Hampir kena bedah

Ini betul-betul berlaku saat hampir bersalin. Seperti biasa selepas daftar untuk bersalin, doktor akan scan untuk tengok keadaan kandungan. Tetiba tengah duk layan contraction doktor cakap, "eh! awak kena operate esok ni. Macam mana boleh tetiba nak bersalin hari ini? Apa reason awak perlu operate ye?" Mau tak terkejut, "eh! saya tak operate lah." Nasib dia buka buku pink dan refer kepada data dalam komputer.. Nama sama tapi binti lain rupanya.

Kalau doktor operate juga sebab nama sama tanpa semak buku pink,aku tak dapat bayangkan betapa remuknya hati ini.

Bila ada orang pertikai nama anak orang, ingatlah ibu bapa mereka beri nama dengan nama yang baik dan atas kisah kejadian sepanjang anak itu dikandungkan hingga dilahirkan.

Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik kerana Nabi s.a.w. bersabda;

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud dan Ahmad)

Begitulah kisah bagaimana aku dan Mr.Y tentukan nama Ulya Hye Binti Mohd Yaman

Ulya nama berasal dari Urdu yang bermaksud 'yang tinggi'. Manakala Hye berasal dari Korea Selatan yang bermaksud 'anggun dan bijaksana'. Semoga anakanda Ulya menjadi anak yang solehah dan muslimah berjaya dunia akhirat.