Memaparkan catatan dengan label Minyak Habbatus sauda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minyak Habbatus sauda. Papar semua catatan

Rabu, Februari 02, 2022

APAKAH PERAHAN SEJUK (FIRST COLD PRESS)

Perahan Sejuk (First Cold Press) merupakan satu kaedah menghasilkan minyak daripada biji-biji Habbatus Sauda yang TIDAK dicampurkan dengan apa-apa BAHAN KIMIA dalam proses penghasilan minyak. Kualiti minyak dapat dikekalkan pada tahap terbaik melalui proses perahan sejuk di bawah paras suhu 30 darjah celcius. Ini kerana suhu yang tinggi dikhuatiri bakal menjejaskan mutu minyak yang dihasilkan.

Tidak dinafikan sekiranya minyak dihasilkan pada suhu yang tinggi, minyak yang terhasil adalah lebih banyak berbanding kaedah kehangatan rendah. Sebagai contoh, 500-750 gram minyak dapat dihasilkan daripada 1 kilogram biji Habbatus Sauda melalui proses perahan panas berbanding hanya 150 gram yang terhasil sekiranya diperah melalui kaedah perahan sejuk. Namun,  elemen panas dalam proses pemerahan ini menjejaskan ciri-ciri, khasiat serta warna minyak yang dihasilkan.

Bagi tujuan penyembuhan dan perawatan, kita digalakkan untuk memilih minyak yang dihasilkan melalui kaedah perahan sejuk yang lebih mengekalkan kualiti terbaik Habbatus Sauda.


RASA DAN BAU MINYAK HABBATUS SAUDA PERAHAN SEJUK

Minyak Habbatus Sauda yang dihasilkan melalui kaedah perahan sejuk memiliki warna kuning keemasan. Pernah tak anda melihat minyak Habbatus Sauda yang dijual di pasaran? Pastinya anda runsing apabila melihat warna minyak berbeza-beza mengikut jenama. Sebenarnya, perbezaan ini dikaitkan dengan kaedah penghasilan minyak tersebut. 

Seperti yang dilihat, minyak yang dihasilkan dengan kaedah perahan sejuk memiliki warna kuning keemasan manakala minyak perahan panas memiliki warna yang GELAP. Kami analogikan secara mudah melalui minyak masak. Minyak masak baru pastinya kelihatan kuning keemasan. Sekiranya digunakan dan dihangatkan berkali-kali, warnya turut berubah GELAP dan tidak lagi berkhasiat.

Jika dirasa, minyak hasil perahan sejuk berasa lebih baik berbanding minyak hasil perahan panas yang terasa lebih pedas.


Boleh dapatkan di www.wasap.my/60196158384/minyakhabatussauda