Layan sinopsis dia dulu....
Jane Jamilah mengisahkan seorang isteri yang terpaksa menjadi pelajar kolej semula semata-mata untuk mengintip suaminya yang mempunyai kekasih baru iaitu seorang pelajar kolej.
Adegan mengintip itu menimbulkan kelucuan antara mereka bertiga. Ceritanya mengisahkan Jamilah (Sofia Jane) adalah seorang kolumnis yang selalu menghabiskan masa bersama kawan-kawannya, Has (Amyza Adnan) dana Aziah (Shiela Rusly).
Pada masa sama, dia juga terlalu fokus kepada kerjanya sehingga mengabaikan hubungannya dengan suami, Khalid (Shamsul Ghau Ghau) yang memerlukan perhatian daripadanya, menjadikan hubungan mereka dingin.
Ketika Jamilah sibuk mahu menyiapkan artikel terbarunya, dia kekeringan idea lalu mengajak Has dan Aziah keluar membeli-belah bagi melepaskan tekanan. Namun tekanan Jamilah semakin bertambah apabila dia terserempak dengan Khalid bersama-sama perempuan muda. Jamilah tidak mahu bersikap terburu-buru dengan menyerang mereka.
Baginya sebagai orang yang terpelajar, dia harus mendekati kekasih suaminya itu. Jamilah mendapat maklumat melalui facebook, kekasih suaminya itu masih menuntut di kolej dan menjalani praktikal di pejabat suaminya. Bersama dua rakan baiknya, Jamilah menggunakan nama samaran Jane kembali ke kolej untuk mengambil kursus jangka pendek dengan tujuan untuk mengenali kekasih suaminya yang bernama Diana (Hanez Suraya) itu dengan lebih rapat.
Walaupun hatinya sakit apabila Diana menceritakan perihal keintiman dia dan suaminya, namun Jamilah mula menyedari dia sendiri tidak mengenali suaminya seperti Diana. Sejauh manakah kesabaran Jamilah dalam menangani masalah rumah tangganya ini. Adakah dia akan mengalah?
Kesudahan nya.... Jamilah menang tanpa menjatuhkan maruah Diana, sudah pasti Diana mengalah.
Aku tengok ceta nie dengan Mr.Y... Habis cerita, Mr.Y buka mula tanya soalan cepu tak emas " Kalau saya buat macam husband Jane tu2, awak akan ikut cara siapa... Jane ke aziah?" Pergh!!!! mmg mencabar soalan nie.. nak ikut cara siapa ek... Sekarang belum kena, boleh lah jawab dengan penuh yakin dan bersemangta... "Mestilah ikut cara Jane." Tapi kita x tahu bila dah kena macam mana kan... hehehe.... " Ya Allah, mintak jauh-jauh lah dari masalah sebegini.... Semoga Allah tetapkan hati Mr.Y agar tak buat benda nie."
Lepas Mr.Y ckp lagi, "taw tak kenapa husband Jamilah cari lain, pasal dia dah kawen & bekeluarga tapi mcm bujang. Kalau isteri tahu jaga suami, buat suami rasa sentiasa diperlukan dan bekeluarga... tak lah suami cari lain." Waalaupun seorang suami mencari wanita lain akibat isteri yang lupa tanggungjawab tetapi dia tetap sayang isterinya. Jika masih sayang pasti lah sukar untuk menceraikan isterinya.
Kebanyakkan ulasan penonton menumpu kepada jane, mmg banyak pengajaran yang dapat kita perolehi daripada watak jane... tapi watak diana apa kurang nya. Jika kita belum berpunya, adalah lebih baik kita mngelak daripada mengacau suami orang.
Nak ceta byk lg...tp baby dah bangun kacau...
hahaha...aku kalu di tanye mcm tu..aku jwb aku akan jadi aziah..mengamuk sakan..hahah..sbb aku bukan nye sebaik jane tu..
BalasPadamp/s : dop baik mu pggl anak mu bibik..kan jadi doakan..byk sebut perkataan yang baik2 tu ank mu k..;)
kah.. kah nasib suami akak tak tengok... memang banyak pengajarannya.. cerita yang ringkas tapi cantik jalan ceritanya..
BalasPadamjane jamilah.. banyaklah cerita yang baguih2 cam gini dikeluarkan...