Selasa, Ogos 30, 2022

Resume Mak Anak Lima

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kali terakhir aku buat resume adalah selepas kawen dengan Mr.Y. Waktu itu belum ada anak lagi. Kira-kira 11tahun lepas. Kalau minta resume terkini, rasanya resume kat bawah paling kena. 


 Ini aku ambil template dalam canva. serius macam ni corak resume sekarang. nampak sangat aku tak pernah update resume terbaru. Anda surirumah lain macam mana resumenya?

Ahad, Ogos 21, 2022

Fasa anak nak berjalan....


 Assalamualaikum dan selamat pagi... DAh siap nak habiskan hujung minggu dengan anak-anak?

Ini adalah kali ke-5 aku alami Fasa anak belum pandai cakap betul asyik ajak jalan. Kali ke-5 sebab dah lima orang anak. 


Sabtu, Ogos 20, 2022

Katering untuk Pertunangan adik yang macam-macam

 Assalamualaikum dan salam semua.

Bulan lepas berlangsung majlis pertunangan adinda tercinta yang macam-macam. Sebagai kakak yang tak keluar bekerja, aku ditugaskan mencari katering dan sediakan satu hantaran. 

Pencarian katering

Pada permulaan aku tanya dulu berapa bajet adik aku bajet dia...dia kata anggaran dalam RM1K. Tapi aku bincang dengan ayah dan ayah kata dia bayar bahagian katering. So kira selamat ke duit adik aku RM1K tu, tak lah...simpan untuk persiapan kawen lah jawabnya.

Peringkat awal aku tinjau-tijau katering yang ada sekitar sri kembangan. Adalah beberapa katering yang aku test nasi dia. Bukan aku makan, tapi kakak dan adik aku makan sebab dekat rumah mereka. Kenapa cari dekat sri kembangan, bukan dekat terengganu. Kisahnya, adik aku ni nak wat majlis pertunang di Rumah kakak aku. Ye lah kalau buat kat terengganu, rasanya tak dapat aku nak balik sama. Sebab baru seminggu sebelum itu aku balik terengganu kerana ikut Mr.Y kursus.

Tapi hasil tinjauan aku buat dekat facebook dan laman sesawang serta group wasap, tak ada yang memuaskan hati. Oleh kerana tengok isterinya buntu, maka Mr.Y beri nombor owner Nasi Briyani Kukus Abg Buncit. Kata Mr.Y ini katering untuk majlis buka puasa dekat pejabat dia bulan ramdhan hari tu. Maka kita berhubung lah dengan katering itu. Soalan pertama kita boleh buat penghantaran ke Sri kembangan tak? DIa jawab boleh sangat. Maka selepas itu ini dia bagi RM11.50/pax untuk 70pax, jumlah adalah RM825.  Murah sangat, kenapa ? Ia sekali dengan penghantaran dan peralatan. Benda tak ada hanyalah meja. Tuan rumah kena sedia.

Apabila selesai bab menu utama, maka kita cari pencuci mulut pula. Oleh kerana kakak ipar kita selalu dah order kuih dari kawan dia nie, pemilik QUEHTO FOOD, maka kita pun order dari dia sajalah. Dalam kata lain, kalau tak sedap, kita tak order. Kuih yang menjadi kegemaran adalah Popia Sira bagi Mr.Y dan Serimuka bagi anak-anak. Ower awal-awal bagitahu delivery mahal sebab dia hantar dari sri gombak. Aku setuju sajaha, sebab pada aku berbaloi walaupun mahal sebab kuih dia sedap. 

Sebenarnya apa yang paling aku risau bila jaga bahagian makanan adalah komen dan ulasan dari ayah. Ayah sedikit cerewet bahagian makan terutama nasi. Tapi Nasi abang buncit ayah makan tak kata apa-apa. Maksudnya sedap, tetamu pun makan bertambah-tambah. Nasi dia kena sangat makan dengan air asam utara. Aku pernah rasa air asam utara, tapi pada aku, air asam biasa lagi sedap sebab air asam utara yang aku rasa tak sedap dan aku tak akan buat. Tapi air asam Abang buncit memang sedap. Sampai ada tanya, mana dapat katering ni, walaupun kami berdebar sebab majlis dah hampir mula tapi makanan tak sampai. Rupanya waze salah tunjuk jalan, dia bawa orang katering lalu jalan jauh. Kuih pula seperti jangkaan, Popia sira lah paling laku.

Ini kuih dari QUEHTO...semua sedap.

Makanan sampai masih panas dan dalam periuk

Bekas hidang makanan (tak kan nak hidang dalam periuk kata adik tu..ye tak ye jugakan), pinggang mangkuk dan gelas disediakan juga ye.

Satu perkara baru bagi kami warga pantai timur adalah ADAT MAKAN GULA. Oleh kerana adik aku ni bertemu dengan pasangan dari Pulau Pinang, mereka ada satu adat ketika majlis pertunangan, iaitu makan gula dimana ibu dan ahli keluarga perempuan pihak lelaki dan pihak perenpuan akan menyuap bakal pengantin wanita dengan gula. Oleh kerana bukan budaya kami, kami tak tahu rupanya kena ada seorang disebelah memegang air kosong untuk si wanita minum, nasib lah ada kakak si lelaki bagi tahu. Kat bawah kita share video adat tersebut ....


Sabtu, Julai 30, 2022

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1444H

Assalamualaikum dan salam semua. Sedar tak sedar dah masuk tahun baru islam kita semalam. Apa hajat dan azam tahun baru korang? Hajat dan azam tahun lepas dah terlaksana atau belum? Ke renew azam tahun lepas sahaja?

Sibuk tanya pasal orang kan...diri sendiri? Hakikat simpan diri sendiri.

Dekat bawah aku hadiahkan sedikit video ucapan dengan quote di copy paste dr ntah mana-mana di internet.


 

Sabtu, Julai 09, 2022

Kalau Kena kanser konfem mati ke?- Batrisyia Humaira

 



Semakin hari semakin mencabar persoalan yang kakak kemukakan. Ummu pun merasa makin kena tambah ilmu. Di hujung perbualan kakak bertanya,


KENAPA ADA TAKAFUL, RAWATAN HOSPITAL MENJADI MURAH?

Jika kita mengambil perlindungan takaful terutama yang ada kad perubatan, kita perlu bayar nilai tertentu untuk perlindungan yang kita nak. Pakej perlindungan yang kita nak ini kita panggil polisi takaful, dalam polisi ia menyatakan apa yang terlindung dan nilai yang kita bayar. Bayaran boleh dilakukan setiap bulan atau setiap tahun.

Kelebihan ada takaful adalah kita tak perlu menunggu giliran untuk mendapat rawatan. Bayaran kos rawatan dibayar oleh pihak takaful mengikut polisi yang diambil. Kalau kena masuk hospital, kita akan dapat duit. 

Apa yang aku ceta ni, apa yang aku faham. Itu je lah kot...