Sabtu, Jun 03, 2017

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Assalamualaikum...

Ramai rakan blogger join contest "Jom Shopping!". Maka kita pun teruja nak join sama. Contest kali ini kena jawab 2 soalan.  Siapa nak join boleh klik banner kat bawah ye...


 http://www.ayueidris.com/2017/05/sgshop-jom-shopping-contest.html





Jawapan Saya


Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?

Servis yang ditawarkan oleh SGshop adalah menyediakan kualiti tertinggi perkhidmatan untuk pengguna membeli dari laman web e-dagang Cina dan bekerjasama dengan logistik yang terbaik dan syarikat ekspres bagi pengguna untuk menerima pembelian mereka.

SGshop menawarkan keselamatan dan keadaan siap pesanan.

SGshop juga bekerjasama dengan banyak bank-bank untuk memastikan proses pembayaran adalah terjamin, selamat dan cekap.


Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

1. Large double wood simple wardrobe Oxford cloth wardrobe luggage storage rack bold quilt classification
Kenapa saya nak almari ini...jawapan paling mudah kerana saya belum pernah membeli apa-apa almari pakaian untuk anak-anak punya pakaian. Sebab kedua kerana banyak tempat simpan. Faham-faham lah kalau baju budak ada banyak jenis, belum masuk bahagian kecik-kecik.


2. The luggage bag to large capacity travel bag with wheels back luggage 158 dual-use air consignment package

Last beli lugage pada tahun 2012 kot. Kira beg sedia ada dah tak sempurna keadaannya. Tengok beg ini pulak macam berkenan kerana boleh berubah saiz, ada roda lagi. senang nak bawak.


3. 12 girls aged 5-7-9-11-13 students children leisure sports wear a long sleeved spring set

Awal tahun lepas ada beli sweater untuk Hana Khadijah. Maka bila hana dapat sweater si kakak pun nak juga, malangnya saiz dah abis. Lepas itu ada member jual sweater frozen dan segala macam sweater bertema cerita kartun kanak-kanak. Aku pulak jenis kalau boleh tak suka beli benda yang bermusim ni. Sekali tengok dekat SGshop ada sweater budak yang tak bermusim. Kalau dapat kira rezeki kakak Humaira lah ye.
  

Maka itu sahaja entry kita kali ini. Kepada blogger lain yang mencuba nasib saya ucapkan selamat maju jaya.

Jumaat, Jun 02, 2017

Salam Ramdhan 1438H

Alhamdulillah dah masuk hari ke-7 ramdhan untuk tahun ni. Alamak lambatnya ucap. Bukan apa tapi kekangan masa. Maafkan saya.

Ramdhan kali ini bermula saat cuti sekolah. Cabaran ramadhan kali ini adalah apa menu untuk berbuka kerana kami telah buat keputusan untuk tidak membeli apa-apa juadah di bazar ramdhan. Alhamdulillah setakat ini masih berjaya bertahan tanpa singgah ke mana-mana bazar ramadhan. Ramdhan kali ini juga kakak humaira di latih untuk putus botol susu..bukan latih puasa ye... hehehehe...

Walaupun bulan puasa aku tetap masuk dapur macam biasa. Ini lah dikatakan bila ada anak kecil. Tambahan pula anak-anak jenis suka makan. Walaupun diberikan makanan seperti roti atau biskut mereka tetap mencari makanan berat seperti nasi atau mee. Maka sering aku masak lunch mereka merangkap menu untuk berbuka kami. Oleh itu waktu petang adalah peluang mereka untuk main dekat luar. Sampai ada yang tanya, "teman anak main petang2 tak masak ke untuk berbuka." hehehehehe... Maka itu je lah coretan kali ini...

Salam Ramdhan 1438H

 

Ahad, Mei 21, 2017

Idea, bakat & masa.

Idea...
Adakala ia datang saat tidak sepatutnya. Adakala ia tidak muncul-muncul. Adakala customer menyatakan mereka mahu yang begini-begini. Ok, mereka menyatakan keinginan. Kami memerlukan idea yang sepadan untuk menrealisasikan keinginan mereka. Untuk mendapat idea bukan sekadar akal kena cergas tetapi juga memerlukan pembacaan dan pemerhatian. Adakala tengah berborak idea boleh datang. Apa yang perlu dilakukan jika idea datang tiba-tiba buat sedikit lakaran pada note book atau paling tidak dalam handphone. Idea adalah suatu kreativiti.

Bakat
Bakat adalah anugerah sang pencipta kepada kita, Tak semua orang memiliki bakat yang sama. Ada yang diberi kelebihan dengan bakat yang pelbagai tetapi ada juga yang hanya memiliki satu bakat. Apa pun bakat adalah kemahiran yang boleh di asah. Anda tidak tahu mengarang tetapi jika anda sering membaca dan cuba mengarang tidak mustahil anda akan menjadi penulis atau novelis terkenal. Bakat adalah suatu kemahiran yang memerlukan kerajinan kerana ia bisa tumpul dan bisa tajam.

Masa
Ini adalah cabaran paling besar buat sesiapa sahaja. Tak kira apa title anda ada. Masa sepatut diurus dengan bijaksana. Bukan sekadar untuk menyiapkan tempahan tetapi juga masa untuk memahami konsep serta pengurusan keluarga.

 Kenapa Harga Design sahaja dah mahal... belum masuk harga produk?
Apabila ada yang bertanya seperti ini, anda perlu kira 3 hal di atas. Itu belum termasuk dengan kos wang dikeluarkan untuk mempelajari sesuatu design.

Giveaway Time by Aishah Badrulhisham



Klik Banner untuk Join