Isnin, November 28, 2016

Cuti sekolah nanti balik kampung tak?

Ok, setiap kali menjelang musim cuti sekolah, soalan yang paling banyak aku jawab adalah

Cuti sekolah nanti balik kampung tak?

Setiap kali itu juga lah aku menjawab:

Insyallah tak balik.

Maka soalan seterusnya:

Kalau tak balik kampung, pergi kemana cuti sekolah nanti?

Aku dah agak akan ada soalan ini juga, jawapan aku:

Tak kemana, duduk sibu je. Buat aktiviti dengan anak-anak kat rumah.

Kalau korang macam mana?

Printcious~saya berniaga tanpa modal


Assalamualaikum dan selamat petang.

Pada petang yang berbahagia ini saya nak kongsikan apa yang sedang saya lakukan dan kenapa saya memilih syarikat percetakkan ini. "Printcious". Saya telah lama terlibat dengan Printcious semasa mereka masih menggunakan nama heartbeat. Bawah adalah carta alir mudah.

❤❤❤
2011~ Join Affiliat HeartBeat.
2013~Jadi heartbeat-dropshipper 
2016~Join Printcious sebagai designer.
❤❤❤

Kenapa dengan Printcious, saya dapat berniaga tanpa modal? 
Ini kerana saya menjadi designer untuk printcious tanpa perlu membayar apa-apa yuran. Apa yang perlu saya berikan adalah bakat dan seterusnya mematuhi segala T&C yang ditetapkan.

Apa lagi yang best?
Bagi ibu-ibu yang sibuk dengan anak-anak pasti menghadapi kekangan masa untuk menguruskan tempahan pelanggan dan pembukungsan dan seterusnya penghantaran. Dengan printcious saya tidak perlu melakukan semua itu, saya hanya perlu membuat design mengikut masa saya, upload mengikut kesukaan saya dan seterusnya paparkan di kedai online. Jika ada pembeli, email akan dihantar.Kata orang sekali kerja dapat hasil berkali-kali. Maka buatlah design yang cantik-cantik.








Jumaat, November 25, 2016

Bercerita sambil tengok photobook

Best bercerita dengan anak-anak sambil tengok gambar kenangan dalam photobook.

Yang best anak-anak dapat kenal atok nenek yang dah tiada.

Dan ajar mereka hargai ibu bapa serta orang tua.

5SEBAB KENAPA SURIRUMAH PERLUKAN INSURANS



Insurans adalah komitmen pertama yang saya ambil selepas dapat dapat kerja. Ptptn belum dapat kerja dah kena bayar.  Kenapa? Sebab saya risau jika apa-apa berlaku saya akan membebankan orang yang saya sayang. Masa tue risau susahkan mak ayah. Ye lah belajar bertahun dah susahkan dorg, tak kan dah kerja tetiba jadi perkara yang tak diingini nak susahkan dorg lg.

Sekarang saya kerja biasa2 sahaja, kebanyakan masa duduk rumah. Setiap bulan saya sekadar minta suami bayar insurans sahaja. Jika ada pemberian wang atas tangan saya anggap itu bonus. hehehe...

Kenapa saya masih meneruskan pengambilan insurans walaupun dah tak bekerja bidang berisiko tinggi seperti dulu dan suami seorang penjawat awam.

1. INI KERANA KOS PERUBATAN MAKIN TAHUN MAKIN MENINGKAT

2. INI KERANA UNTUK DAPAT RAWATAN PERCUMA DI HOSPITAL KENA MENUNGGU GILIRAN

3. INI KERANA SESETENGAH UBAT PERLU DIBAYAR SENDIRI KERANA HARGA YANG MAHAL

4. INI KERANA APABILA SAKIT MUNGKIN SAYA HILANG UPAYA UNTUK MENCARI PENDAPATAN SENDIRI

5. INI PALING PENTING, SAYA TAK NAK ORANG YANG SAYA SAYANG MERASA TERBEBAN JIKA SAYA DITIMPA MUSIBAH.

INI BUKAN BERFIKIRAN NEGATIF, TETAPI INI ADALAH LANGKAH PERLINDUNGAN DAN PENCEGAHAN.

Selasa, November 22, 2016

Topeng Muka Vs Anak-Anak

Assalamualaikum dan selamat petang....

Hari ini kami buat aktiviti diy topeng kertas.

Ummu: Kakak nak binatang apa?
Humaira: kakak nak butterfly.
Ummu: Hana?
Hana: hana nak monkey
ummu: abis tue lion ni siapa nak pakai?
Humaira: abi
Ummu: kenapa abi?
Humaira: lion untuk abi, sebab abi garang. monkey untuk hana sebab fia mintak. Panda untuk uwais sebab mata adik kan bulat. buterfly untuk kakak dengan ummu, sebab kitakan cantik.

lepas tue saja nak test kakak, kalau ummu nak buat topeng untuk nenek, binatang apa yang sesuai? kakak jawab kanggaru. Mula lah ummu pelik kenapa nenek jadi kanggaru.

Ummu: kenapa nenek jadi kanggaru?
Humaira: kanggarukan kat depan dia ada anak. nenek kan sayang anak2. nenek suka budak2... nenek bagi makan. lagi pun kanggaru muka dia baik, tak nampak marah pun bawak anak dia. Ummu kalau kakak mintam dukung, asyik cakap berat je...

ok..ini menyentuh perasaan...bukan x nak dukung kakak tp kakak lg berat dari beras 10kg. hahahah..

Kasih ibu, kakak humaira tahun ni baru dua kali jupe nenek tetapi dah merasa dan faham perasaan seorang ibu. itulah keikhlasan dan ketulusan kasih sayang ibu. walaupun jauh kasih tetap terasa.