Jumaat, Ogos 19, 2011

Adakah Syaitan Telah Berjaya Merekrut Kamu?

Melihat diri tidak menhargai masa...merasa tidak ada apa2 perubahan..apa2 kerugian...Tiba-tiba hati kecil tersentak mendengar soalan dari kaca television :

*ADAKAH SYAITAN TELAH BERJAYA MEREKRUT KAMU?*

Sama2 kita fikirkan...

Rabu, Ogos 03, 2011

Selamat menyambut Ramadhan

Asslamualaikum...hari ni dah masuk hari ke tiga berpuasa. Bagaimana agaknya puasa-puasa kita ye? diterima oleh NYa kah? Semoga segala amalan di terima. Insyalah.

Tahun nie 1st time puasa kat sibu serawak. Apa yang beza ek...pasti bazar ramadhan dan waktu berbuka serta waktu sahur..

Isnin, Julai 25, 2011

PerMata HatI IftiLyanA BasYirAH

Assalamualaikum....

Permata hati iftilyana basyirah adalah tajuk yang diberikan kepada photobook si kecil basyirah. Basyirah, yang lebih suka membahasakan dirinya kakak amat seronok dan xcited melihat photobook nya. Sebelum ini hanya melihat orang lain punya kan...so kat bawah saya sertakan gambar telatah dan gelagat basyirah melihat photobooknya...
Ini lah photobook permata hati

Basyirah dengan photobook barunya...smille always!

Si kecil sedang semangat bercerita tentang gambar-gambar dan apa yang terjadi dalam gambar tersebut. Walaupun  adakala percakapanya masih pelat...ye lah, baru 3 tahun...

Mengamit kenangan,,,,,

Banyak nya gambar kakak...bila nak abis tengak nie....

P/S: sori, lambat update pasal photoobook si kecil...lagi skali maaf pasal ini bukan  photobook "stories of two little princess". 

Rabu, Julai 20, 2011

Copy Paste Nyata kan TQ buat suami...

Salam ukhuwah sahabat ku sekalian...Kalu korg baca petikan dibawah pasti anda tahu dimana ia disebarkan....ye melalui FB...ramai yg buat copy paste..anda? Bukan nak komen apa tp nak ubah skit ke versi bahasa trg...

bhasa oputih:
"My Husband has made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, saved my life, watched me succeed, seen me fail, cheered me on, kept me going strong, put up with my mood swings, has said everything will be alright when things get tough, keeps me sane. My husband is a promise from Allah that I'll have a friend forever .. Copy and paste this if you have a great husband like I do."

 versi bahasa ganu:

"Laki ambe wat ambe gelok, kesat air mata ambe hot jura-jura, peluk ambe kemah keming, selamat hidup ambe, tengok ambe jatuh bangun, beri semangat ke ambe, wat ambe rasa lega. Sema dia kata ok je, waima teruk stara mana pun, wat ambe rasa ambe nie waras lg lah. Laki ambe nie janji dr Allah yg ambe ada saing sokmo sapa bila-bila ~dr ambe untuk diri...salin lah kalu diiri ada laki hok baguh mcm ambe"

sekian tema kasih...

Ahad, Julai 10, 2011

Lukisan Sibu 2: Trip ke SK Nanga Bangkit

Jauh perjalanan luas pemandangan, maka bertambah lah kenalan dan pengalaman. 

18.06.11 (5.00ptg) hantar hubby dan cik yam (mak zda) ke airport. Hubby ada kursus kat PD 2 ari. Selepas hantar hubby pegi ke sunway inn ambik barang zda dan balik rumah. Zda tido rumah mlm nie pasal esok saya nak ikut dia masuk sekolah. Sampai rumah baru perasan tayar kereta hubby pancit...hehehhe....

19.06.11 (5.30pg) Perjalan ke Sk nanga bangkit bermula bersama dengan cikgu Zda. Mengambil masa lebih kurang 2jam untuk sampai ke Song daripada jeti di bandar Sibu. Melihat dari cermin bot..hanya kelihatan kabus pagi. Setelah sampai ke pekan song, maka saya menemani cikgu zda bershoping barang dapur lah sedikit. Memasuki pasar, wah bau yang harum..daging bakar..skali tgk..babi panggang..terpadam niat nak makan...sementara menunggu AhHai, kami makan lah dulu..makan roti canai kosong. Menaiki perahu AhHai mengambil masa pun 2 jam untk sampai ke SK. Nanga Bangkit (SKNB). Jadi jumlah keseluruhan perjalanan adalah 2 jam.  

(12.30tgh hari) sampai ke SKNB. Seterusnya memulakan langkah kaki memanjat bukit untuk sampai ke rumah cikgu zda. Cikgu zda berkongsi rumah dengan teacher nor dan berjiran dengan cikgu syak. Pada awal dengan penuh tenaga panjat tangga nie...lama..lama...

aku: zda, jauh lagi ke rumah u? (dgn nafas hampir putus)
zda: kita dah nak sampai, itu pintu rumah i. 

Huh!!! lega mendengar nya...masuk rumah minum air terus tdo...penat giler rasa..2 lah lama sangat x bersukan. Malam nya aku teman zda ke sekolah. Tengok2 budak2 prep..

20.06.11 (6.00ptg) turun ke sungai...tengok2 sungai sambil berendam..best dapat berendam dalam sungai nie. Kerana cuaca kat area SKNB lagi panas berbanding cuaca di Sibu. Buktinya bibir aku kering sampai berdarah.

23.06.11 (1.30) perjalanan pulang ke Sibu. Menaiki perahu yang ditempah. Jumlah penumpang 5 orang. (zda, aku, nor, syak dan faizal). Masa mula2 datang naik perahu AhHai ada bumbung. tapi perahu ari nie tak ada bumbung. so faham2 sendiri lah mcm mana panas nyer. Sampai dipekan song sekitar jam 3.00ptg. Kat sini berkenalan dengan kawan2 cikgu yang lain. Ramai kawan2 mereka. Jam 4.00ptg mula menaiki bot express. Apa yang mencabar dan berbahaya kali nie, adalah kami terpaksa menaiki bumbung bot. Kerana bilangan penumpang yang ramai. Apa yang best? pemandangan dari atas bot ini menenangkan jiwa. 

(6.00ptg) Hubby dtg jemput kat jeti...hubby tanya nape pakai blusher tebal sgt..(dlm hati fhm lah kulit ku merah terbakar) huhuhu...nasib 2 ari lps 2 hilang kesan terbakar 2.

Seterusnya kita tengok gambar k..
Gaya Atas bot 1

Gaya atas bot 2

Possing atas bumbung

Another Nikon...

view 1

View 2

SKNB dari rumah cikgu

Sungai 1


View 2

Possing atas bumbung bot 2

Tayar Pancit....Baru test power buat driff skit...kalu x mst wat lg power....

Mcm nie cara makan roti canai di Song.

Ini dalam AhHai...

Ini dalam perahu tempah...mahal woo tambang ..RM50....