Khamis, September 08, 2022

Sambutan Merdeka 65 Tahun, pengalaman buat anak-anak

Assalamualaikum dan salam semua. Gambar sekitar suasana sambutan hari kemerdekaan yang ke 65. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku join orang ramai melihat perarakan. Maka bukan pengalaman pertama kali anak-anak sahaja. Tapi ia merupakan pengalaman yang entah ke berapa Mr.Y. 


Hari biasa ummu suruh tidur lama, awal bangun..hari nak jalan lambat bangun...

Punya semangat dah jalan baru perasan uzayr pakai seluar terbalik

Baru tersedar yang dia keluar jalan

With kakak cantik

Yang selalu cari pasal

mandi peluh adik

Setiap kali lalu kenderaan besar dia semangat.


dah penat, boleh nak tidur lak..



Dapat milo percuma

 

Khamis, September 01, 2022

Apabila anak bergilir-gilir tak sihat....

Assalamualaikum dan salam semua. Mana-mana ibubapa yang ada anak lebih dari seorang pasti pernah merasa anak-anak pas baton tak sihat. Setelah hampir dua minggu anak-anak bergilir tak sihat, beberapa hari lepas abi mula rasa sengal-sengal badan, hari ini ummu pula mula batuk-batuk. 

Bermula Isnin minggu lepas Ulya selsema, ramai tanya dari mana berjangkit. Sebenarnya Ulya duduk rumah sahaja, tak pergi mana pun. Tapi kalau dah nak terkena, kena juga. Apabila Ulya mula selsema, maka bermula episod dia susah nak tidur malam akibat hidung tersumbat. Untuk melegakan hidung tersumbat, ummu sapu nipis minyak asmak atas batang hidung dia, Alhamdulillah dapat tidur. Tapi dia masih mengada nak tidur atas lengan, ummu angkat lengan dia bangun, ummu bangun dia bangun. Nasib nak buat bekal anak-anak kesekolah, abi pinjamkan lengan dia. 

Masuk hari selasa, selsema Ulya makin teruk...maka kita bagi ubat selsema Ulya yang didapati dari Klinik Halim di samping itu kita spray gak minyak habbatusaudah dalam mulut dia. Masih sapu minyak Herba Asmak dekat batang hidung, dada, belakang, perut, tapak kaki dan belakang labu betis. Apa yang ummu risau adalah kalau hingus menjadi kahak dan menyebabkan batuk. 

Tetiba hari rabu pagi, Uzayr yang batuk-batuk...ulya makin ok, abang dia pulak sambung..Itu ok lagi, nak dijadikan kisah, petang boleh dia main celup-celup tangan air minum, ummu nampak marahlah. Ummu tanya lah, "ada minum air lepas celup tangan?". Jawapan yang menakutkan, ada..sebenarnya dia nak cuci tangan lepas main water colour. Selalu pandai dan rajin saja ke tandas untuk cuci. Malam tersebut Uzayr mula demam. Adik Ulya baru nak beransur baik, Uzayr pula demam. 

Apabila ada anak demam or sakit selain yang paling kecil, abi akan jaga mereka malam-malam. Ye lah siang kita dah jaga. Tapi demam kali ini, dia bersungguh-sungguh tak nak tidur dengan abi. Maka kiri adik, kanan abang. Nampak lah muka abi serba salah sebab ummu kena handle 2 budak tak sihat siang dan malam. Sebelum tidur tengok tekak dia, nampak lah tonsilnya merah. Maka kita spray Minyak habbatusaudah dekat uzayr juga.

Alhamdulillah, hari jumaat semua kembali sihat. Tapi tak lama, hari isnin hana dan uwais demam serentak. Seorang kena infection tonsil, seorang lagi bengkak tonsil. 2 hari ummu buat lemon madu dan spray habbatusaudah. Malam-malam abi yang handle 2 kanak-kanak itu. Dari bagi ubat sampai sapu minyak herba Asmak. Hari rabu semua kembali sihat.



Tapi bangun pagi ini, ummu pulak sakit tekak....harap baik lah lepas makan habbatusaudah ni....Susah kalau mak yang jatuh sakit...kesian anak-anak terabai...

 

Selasa, Ogos 30, 2022

Resume Mak Anak Lima

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kali terakhir aku buat resume adalah selepas kawen dengan Mr.Y. Waktu itu belum ada anak lagi. Kira-kira 11tahun lepas. Kalau minta resume terkini, rasanya resume kat bawah paling kena. 


 Ini aku ambil template dalam canva. serius macam ni corak resume sekarang. nampak sangat aku tak pernah update resume terbaru. Anda surirumah lain macam mana resumenya?

Ahad, Ogos 21, 2022

Fasa anak nak berjalan....


 Assalamualaikum dan selamat pagi... DAh siap nak habiskan hujung minggu dengan anak-anak?

Ini adalah kali ke-5 aku alami Fasa anak belum pandai cakap betul asyik ajak jalan. Kali ke-5 sebab dah lima orang anak. 


Sabtu, Ogos 20, 2022

Katering untuk Pertunangan adik yang macam-macam

 Assalamualaikum dan salam semua.

Bulan lepas berlangsung majlis pertunangan adinda tercinta yang macam-macam. Sebagai kakak yang tak keluar bekerja, aku ditugaskan mencari katering dan sediakan satu hantaran. 

Pencarian katering

Pada permulaan aku tanya dulu berapa bajet adik aku bajet dia...dia kata anggaran dalam RM1K. Tapi aku bincang dengan ayah dan ayah kata dia bayar bahagian katering. So kira selamat ke duit adik aku RM1K tu, tak lah...simpan untuk persiapan kawen lah jawabnya.

Peringkat awal aku tinjau-tijau katering yang ada sekitar sri kembangan. Adalah beberapa katering yang aku test nasi dia. Bukan aku makan, tapi kakak dan adik aku makan sebab dekat rumah mereka. Kenapa cari dekat sri kembangan, bukan dekat terengganu. Kisahnya, adik aku ni nak wat majlis pertunang di Rumah kakak aku. Ye lah kalau buat kat terengganu, rasanya tak dapat aku nak balik sama. Sebab baru seminggu sebelum itu aku balik terengganu kerana ikut Mr.Y kursus.

Tapi hasil tinjauan aku buat dekat facebook dan laman sesawang serta group wasap, tak ada yang memuaskan hati. Oleh kerana tengok isterinya buntu, maka Mr.Y beri nombor owner Nasi Briyani Kukus Abg Buncit. Kata Mr.Y ini katering untuk majlis buka puasa dekat pejabat dia bulan ramdhan hari tu. Maka kita berhubung lah dengan katering itu. Soalan pertama kita boleh buat penghantaran ke Sri kembangan tak? DIa jawab boleh sangat. Maka selepas itu ini dia bagi RM11.50/pax untuk 70pax, jumlah adalah RM825.  Murah sangat, kenapa ? Ia sekali dengan penghantaran dan peralatan. Benda tak ada hanyalah meja. Tuan rumah kena sedia.

Apabila selesai bab menu utama, maka kita cari pencuci mulut pula. Oleh kerana kakak ipar kita selalu dah order kuih dari kawan dia nie, pemilik QUEHTO FOOD, maka kita pun order dari dia sajalah. Dalam kata lain, kalau tak sedap, kita tak order. Kuih yang menjadi kegemaran adalah Popia Sira bagi Mr.Y dan Serimuka bagi anak-anak. Ower awal-awal bagitahu delivery mahal sebab dia hantar dari sri gombak. Aku setuju sajaha, sebab pada aku berbaloi walaupun mahal sebab kuih dia sedap. 

Sebenarnya apa yang paling aku risau bila jaga bahagian makanan adalah komen dan ulasan dari ayah. Ayah sedikit cerewet bahagian makan terutama nasi. Tapi Nasi abang buncit ayah makan tak kata apa-apa. Maksudnya sedap, tetamu pun makan bertambah-tambah. Nasi dia kena sangat makan dengan air asam utara. Aku pernah rasa air asam utara, tapi pada aku, air asam biasa lagi sedap sebab air asam utara yang aku rasa tak sedap dan aku tak akan buat. Tapi air asam Abang buncit memang sedap. Sampai ada tanya, mana dapat katering ni, walaupun kami berdebar sebab majlis dah hampir mula tapi makanan tak sampai. Rupanya waze salah tunjuk jalan, dia bawa orang katering lalu jalan jauh. Kuih pula seperti jangkaan, Popia sira lah paling laku.

Ini kuih dari QUEHTO...semua sedap.

Makanan sampai masih panas dan dalam periuk

Bekas hidang makanan (tak kan nak hidang dalam periuk kata adik tu..ye tak ye jugakan), pinggang mangkuk dan gelas disediakan juga ye.

Satu perkara baru bagi kami warga pantai timur adalah ADAT MAKAN GULA. Oleh kerana adik aku ni bertemu dengan pasangan dari Pulau Pinang, mereka ada satu adat ketika majlis pertunangan, iaitu makan gula dimana ibu dan ahli keluarga perempuan pihak lelaki dan pihak perenpuan akan menyuap bakal pengantin wanita dengan gula. Oleh kerana bukan budaya kami, kami tak tahu rupanya kena ada seorang disebelah memegang air kosong untuk si wanita minum, nasib lah ada kakak si lelaki bagi tahu. Kat bawah kita share video adat tersebut ....