Selasa, Disember 14, 2021

Giler jimat beli McDelivery, bayar guna GrabPay

Assalamualaikum dan salam semua... Semalam kita beli McD menggunakan web McDelivery. Banyak juga kita order semalam iaitu Double Prosperity burger satu set, Prosperity Burger alacart dua, Happy meal satu set dan nugger 9 ketul. Total dalam RM83.++. Waktu nak bayar tu kita ingat Mr.Y ada topup kita punya GrabPay hujung minggu lepas dalam RM250 sebab nak bayar kat aeon. Bukan apa, bayar cash nilai sama tak dapat point, tapi kalau pakai GrabPay dapat point. Kenapa pakai kita punya GrabPay, tak pakai Mr.Y punya? Sebab kita dah Peringkat Platinum dalam Grab Reward Member. Bila Platinum ni, setiap point akan darab 3, maka lebih untung berbanding Mr.Y yang status silver. Nampak sangat bini Mr.Y banyak beli online. Ok berbalik kepada cerita McD tadi, maka kita pilihlah pembayaran secara e-wallet dekat McDelivery web tu.

Lepas tu automatiklah kita masuk dekat web grabkan.. tengok dekat 'add offer' belah kiri. Saja tekan kot-kot ada offer kan. Nak pakai point sayang. Sekali ada kuar 3 offer, maka kita pilih offer  30GRABPAYDEALS. Tengok-tengok dia tolak dalam RM25. Banyak tu. Tak caya tengok screen shot bawah ye...

Dari RM83 aku kena bayar dalam RM58 je... Jimat dah RM25. Kat bawah kita kongsi T&C dari web grab pasal promo ni.

  1. Offer is valid from 1 December 2021 (12:00am) – 31 December 2021 (11.59pm).
  2. Offer is valid for 30% OFF, capped at RM30 with no minimum spend required.
  3. To apply the offer, users are to key in 30GRABPAYDEALS at the GrabPay payment page OR tap on “Add Offers” to view all applicable promo codes and tap on “Use Now” to apply the offer.
  4. Offer is not valid at all the listed merchants, list is inclusive and not limited to: GrabGifts, FavePay, Carousell, FoneApp, Elinking, PosMalaysia, HelloGold, ALL bill payments platform and/or insurance payment platform, ALL telco payment platforms, ALL government services payment platforms and etc.
  5. Offer is limited to TWO (2) redemptions per user per device throughout the campaign period.
  6. Offer is limited to a total of 300,000 redemptions throughout the campaign period.
  7. Offer is based on a first come first served basis. The offer will cease once the redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
  8. Grab shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
  9. Offer is not valid with any other discounts or promotions.
  10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
  11. Grab reserves the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and condition at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab shall be final.
  12. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.

So kepada yang nak giler jimat, boleh lah buat pembayaran guna GrabPay payment page. Setiap nombor fon yang didaftarkan dapat pakai 2 kali. Tapi kena tengoklah kedai mana boleh pakaikan...tak dapat pakai promo pun boleh je bayar pakai grabpay, sebab confirm dapat point.

Setakat itu dulu perkongsian pagi ini.

Jumaat, Disember 03, 2021

Pᴇɴɢᴀʟᴀᴍᴀɴ ᴍᴇɴɢɢᴜɴᴀᴋᴀɴ Hᴀʙʙᴀᴛᴜs Sᴀᴜᴅᴀ

 𝒜𝓈𝓈𝒶𝓁𝒶𝓂𝓊𝒶𝓁𝒶𝒾𝓀𝓊𝓂 𝒹𝒶𝓃 𝓈ℯ𝓁𝒶𝓂𝒶𝓉 𝓅𝒶ℊ𝒾...




Pada pagi jumaat yang mulia ini kita nak share pengalaman kita dengan Habbatusaudah dari segi penggunaan luaran dan sebagai suplimen tambahan.

𝟏. 𝐌𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐔𝐫𝐮𝐭


Sewaktu kita sekolah menengah, malam selasa dan khamis kita wajib layan WWE dengan ayah kita. Setiap kali itu lah cik (panggilan untuk mak) datang bawa minyak urut habbatus sauda. Maka sambil kita layan gusti kita urut lah cik dengan minyak habbatus sauda. Dia dalam botol kaca tak ada label pun. Mana cik beli pun kita tak tahu. Walaupun kita tak suka pakai minyak tu, tapi sebab cik suka kita guna je lah. Kita pernah tanya kenapa nak guna minyak ni, cik kata minyak ni panas tapi tak pijar....
Lepas kita bersalin anak pertama, kita langsung lupa nak siapkan minyak panas untuk sapu kaki dengan betis. Dekat hospital, mak kita keluarkan minyak habbatus sauda dari beg dia dan sapu kaki dan betis kita. Terharu sangat...pukul 3 pagi kot time tue.... Yang best kita tak rasa sejuk lepas sapu.

𝟐. 𝐒𝐮𝐩𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧


Kita amalkan ambil minyak habbatus sauda sebagai suplimen sejak 2015, masa itu kita menyusu anak no.3. Special anak ini dia tak nak botol or susu formula langsung, tetiba susu badan drop. Cari maklumat dan makanan tambahan yang boleh tambah susu badan. Ada yang kata amalkan habbatus sauda. Maka kita cuba, alhamdulillah menjadi. Maka kita teruskan amal sehingga sekarang. Waktu itu kita tak tengok pun brand apa, yang penting dia minyak habbatus sauda.
2016 & 2017, anak-anak kerap kena selsema dan tonsil. Jumpa maklumat kata Habbatus sauda dapat naikkan sistem imun badan anak, maka kita bagi anak-anak juga minyak habbatus sauda. Selain makan, kita sapu minyak itu di leher dan dada mereka.
2018 baru kenal minyak herba asmak, maka kita dapat jimat kapsul minyak habbatus sauda sebab dalam minyak herba asmak ada habbatus sauda juga.
2021 asmak keluarkan minyak habbatus sauda, lagi mudah kerja kita, tak perlu nak cari dekat shopee lagi siapa jual minyak habbatus sauda..
Itu lah kisah habbatus sauda dengan kita..

Berminat nak dapatkan boleh terus wasap kita di 019-6158384

Isnin, November 29, 2021

Kopi Kedah Tuaian 2021

Assalamualaikum dan salam semua. Korang dah cuba kopi kedah tuaian tahun 2021?

Bagi can sis bergambar dengan pakcik kopi

Tahun lepas beli sebab berkenan dengan tin dia yang cantik...Masa beli memang tak aim pun rasa dia akan sedap sebegini. Kenapa aku tak aim sebab aku tak mampu nak telan nescafe setelah sekian lama. Kalau telan mesti akan rasa pening dan angin. Tapi sebab tin dia cantik, aku beli gak. Marketing baguskan nescafe ni, kita beli bukan kerana suka kepada produk dia tapi pakaging dia.

Bila barang sampai maka kita cuba minum lah dia, Eh, tak bau nescafe lah.. anda kalau peminat kopi mesti tahu macam mana bau nescafe kan. Bila kita duk cakap sedap-sedap, Mr.Y tak puas hati maka dia pun nak cuba. Ayat seterusnya, "buatkan saya satu."

Lepas itu kami repeat beli...dan beli....dan beli...akhirnya sampai dekat 10tin kami guna. Tetiba dah tak jumpa kopi kedah dipasaran. Kalau ada pun harga mahal ya ampun.

Beberapa minggu lepas aku kata kat Mr.Y, rasanya kopi kedah ada balik...sebab iklan pakcik kopi kedah dah kuar. Mr.Y kata ye...ada balik. Maka kami beli lah 3tin terus.

Tahun ni dia buat contest...aku masih berkiran nak join ke tak...tapi gambar dah siap2 ambil...

Aku punya
Mr.Y punya

Antara kopi yang sedap di tekak kami...

Dia betul-betul menikmatinya....



 

Sabtu, November 27, 2021

Review Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum


Assalamualaikum dan salam semua.

Perempuan kalau naik berat, yang akan kelihatan terlebih dahulu adalah bahagian muka. Bila turun berat badan pula, yang paling last kecut adalah muka. Bila usia makin bertambah maka jeragat pun makin bertambah, kulit pun makin kendur dan wajah makin kusam. Aku pulak selalu berjaga malam sebab ada baby kecik. Maka kekusaman itu bertambah dengan mata panda. 

Sejak beberapa bulan yang lepas aku dah mula buat workout dan kurangkan air manis, ye berat aku berjaya turun tapi muka aku tak susut-susut pun lagi. Kekusaman muka pun tak hilang lagi. Adik aku sangat jujur sehingga dia siap hadiahkan set penjagaan muka dia dekat aku. Aku tanya kenapa bagi aku, dia kata sebab bila dia pakai tak selesa dan kulit muka aku nampak makin kusam. Maka aku cuba lah. Sama je kulit dia dengan aku, pakai tak selesa. Aku tengok harga boleh tahan.


Rupanya baru-baru ni Safi ada keluarkan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum. Kita pun dapatkan jugalah satu. Sedar diri makin berusia.

Setiap kali barang sampai....dia yang paling teruja.

Jom lah kita cuba pakai. Tapi sebelum itu jom tengok dulu apa Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum boleh buat.... 
 

  1. Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.
  2. Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit.
  3. Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus
  4. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa.
  5. Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit.
  6. Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit:
    • Menegangkan kulit
    • Meningkatkan keanjalan
    • Mengurangkan garis halus & kedutan
    • Meningkatkan kelembapan kulit
    • Melindungi kulit dari pengoksidaan
    • Meningkatkan kehalusan kulit
    • Memperbaiki kulit rosak
      • "Berdasarkan ujian saintifik & klinikal."

Aku dah cuba pakai, tekstur dia lembut dan lepas pakai dia tak melekit. Nak kesan lebih best pakai dengan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser.  

Gabungan 2 ini memang mantap...



Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum merupakan rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold. Ia mampu menganjal dan mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil lebih anjal, runcing & tirus. Berkesan dalam hanya 15 minit, tampil/nampak lebih muda dari usia. Maka lepas pakai anak aku terus kata, muka ummu nampak segar lah. Budak-budak jarang menipu ye. Maknya pun dah kata muka cantik semangat lah nak ambil gambar. 

Kalau muka tak segar dan kusam malas nak ambil gambar. So kalau anda nak muka segar dan nampak muda macam saya, boleh beli dua benda magic ini dekat link bawah.

Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fm
Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj

“Do you think I'm pretty?"


#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia 


 

Selasa, November 02, 2021

"suruh orang ambil insurans ni, anak-anak sendiri dah ada ke?"

 



baca post lama🖕 dekat FB...teringat beberapa hari lepas mulut gatal tanya seseorang dah ada insurans ke belum (niat nak bg referral dkat tok laki lah) sekali dia tanya kita pulak..

"suruh orang ambil insurans ni, anak-anak sendiri dah ada ke?"

kita jawab, alhamdulillah dah ada (dekat mulut, dalam hati dop kan nak suruh ambil kalau anak sendiri belum ada) 
 
Dia balas, "semua ke?" Kita jawab lagi, semua lah sebab kita tak pilih kasih anak2...kena adil.

Lepas tu tanya lagi, berapa kita bayar insurans setiap bulan untuk satu keluarga.

Bila kita bagitahu nilai, dia tanya pulak  macamana kita dpt dapat bayar semua tu dengan seorang je kerja (dia nampak laki jer kerja, kita dari lps subuh sampai malam duk kerja tak henti dia tak nampak pulak, itulah nasib WAHM)?

Untuk jawab soalan last tu...panjang ceritanya... nanti kalau rajin kita share lah...yg penting kita tak pernah disuruh catu makanan oleh en.suami.

tengok post lama sbb nak cari benda lain...lain pulak yang muncul...😂