Isnin, Januari 04, 2021

List barang sekolah anak....Kembali ke sekolah...

Assalamualaikum dan salam semua. Beberapa hari lepas PM ada cakap yang sekolah tetap akan dibuka pada 20 Januari 2021. Aku dah buat senarai keperluan sekolah anak-anak sejak pertengahan bulan 12 lagi, sebab nak buat bajet berapa kena keluarkan untuk sesi persekolahan 2021.

Walaupun dah buat list tapi aku masih dalam keraguan samaada nak beli atau tidak sebab aku tak yakin sekolah akan tetap dibuka seperti biasa pada 20 Januari 2021. Bagaimana aku nak yakin sekolah dibuka seperti biasa sebab kes harian covid masih tinggi dan taburan kes juga merata. Apa yang terbayang dalam fikiran aku, anak-anak akan memulakan sesi persekolah secara online lagi.

Bila pembelajaran secara online, ia adalah cabaran bukan kepada ibubapa sahaja, malahan kepada guru. Bila pembelajaran secara online maka ada pihak yang saling menyalahkan satu sama lain. 

Kembali kepada tajuk..bilangan list barang sekolah anak tahun ini banyak kurang berbanding tahun lepas sebab banyak lagi barang tahun lepas yang masih elok. Pakaian seragam uwais dan hana memang aku tak cadang nak beli sebab dorang punya masih macam baru. Cuma masalah sekarang bagaimana aku nak hilangkan tompokan warna kuning dekat pakaian putih sekolah. Banyak juga produk yang kata mereka berkesan. Nanti kita cuba rendam klorok dulu lah. 

Walaupun banyak kurang senarai barang yang perlu beli tahun ini tapi nilai keseluruhan hampir RM1500 juga. Bila tengok nilai itu..banyak juga kan...

Anda dah buat list barang sekolah yang perlu beli ke?


Ahad, Januari 03, 2021

GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)



Assalamualaikum dan salam semua. Ini adalah kali pertama blog Naimy Art bekerjasama dengan Agen Asmak Kak Ecah menganjurkan Giveaway. Harap mendapat sambutan.

Kami akan pilih 4 orang pemenang iaitu:

Seorang pemenang utama yang akan memenangi Minyak Herba Asmak 30ml bernilai RM39

3 orang pemenang saguhati yang akan memenangi RM5 setiap seorang.


Cara nak menang giveaway ni mudah je.. WAJIB follow step2 dibawah

1. LIKE dan Follow

2.Copy entry post ini dengan tajuk "GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)" dan backlink post anda ke post ini.

3. Tinggalkan link penyertaan korang di bahagian komen post ini. Tu je.

4, Pastikan anda adalah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia. Senang kan.


Pastikan anda membuat semua step di atas untuk tersenarai sebagai peserta.

?Pemilihan pemenang adalah secara rawak

?Giveaway akan tamat pada 1 Febuari 2021

?Pemenang akan diumunkan dalam tempoh masa 2minggu selepas tamat tarikh GIVEAWAY


Apa tunggu lagi? Join lah SEKARANG!!!

Jumaat, Januari 01, 2021

Selamat Tahun Baru 2021

 Assalamualaikum dan salam semua...hari ini masuk tahun 2021...



2020 tahun paling pendek sesi persekolahan.

2020 tahun paling banyak berada dirumah

2020 tahun paling kurang perbelanjaan untuk percutian

2020 tahun paling kurang perbelanjaan untuk perayaan

2020 tahun paling banyak tengok muka Ketua Pengarah Kesihatan di TV

2020 tahun paling banyak buat homeschooling


Semua senarai di atas rasanya dialami oleh semua mak bapa bukan aku je....Harap tahun 2021 kita lebih gemilang dan terbilang. Aku doakan agar semua pembaca dalam keadaan sihat sejahtera..

Khamis, Disember 31, 2020

Kenapa bacaan BSP tinggi waktu pagi.

 Asslamualaikum dan salam...aku tertanya-tanya kenapa bacaan bsp aku waktu pagi tinggi...tp lain2 waktu ok.  

siapa pernah alami tolong bg tips

Rabu, Disember 30, 2020

GDM masa mengandung....

 Assalamualaikum dan salam semua. Kali ini nak share kisah pertama kali berlaku dalam hidup aku. Lima kali mengandung, kali ini aku kena GDM. Makin tua makin tinggi pula gula dalam darah...


Bila kena GDM kena buat BSP. Blood sugar profile, ini kali pertama lah nak buat. Maka kita review lah mana-mana pengalaman kawan-kawan blogger yang pernah kena GDM time pregnant.