Sabtu, Disember 26, 2020

misteri mona....yang tengok pun terjangkit sakit jiwanya....

Akhirnya berakhir kisah misteri mona...aku hanya tengok episod pertama dan terakhir... tengah2 tak layan pun. Masa episod pertama aku ingat ini kisah hantu ke, macam menyeramkan episod pertama. Bila episod seterusnyya aku lupa dah nak layan sehingga sampai episod last nak tayang ramai yang update ceta misteri mona. Ok..kena tengok... 

Rupanya kisah 2 pesakit mental yang cuba untuk saling membantu...bagus mereka ini...terungkai segala persoalan. Aku pun faham lah kisahnya...

Pengarah dan pelakon berjaya menjiwai watak...

Tahniah..

Khamis, Disember 24, 2020

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM


 Assalamualaikum dan salam semua...nampak ada rakan blogger join segmen bloglist by eza boom boom..

1s aku tertanya kenapa dia letak nama boom boom belakang nama dia. maka aku klik link dan pergi ke segment nya. Eh muka puan tanah ni macam muka kawan aku je. Maka aku decide nak join sebab muka dia macam muka kawan aku. Harap menjawab soalan nombor 4 sebab apa aku nak join blog list dia. Setidaknya dapat tengok muka seiras kawan aku pun dah lepas rindu. Kawan aku tu pandai masak...rindu masakan dia...owh kak marlia...


Kalau anda berminat nak join boleh klik banner atas...hadiah dia best...

Giveaway by ejulz & faizzahamir


 Tinggal beberapa hari je lagi sebelum tamat giveaway by ejulz &faizzahamir... Klik banner atas untuk join ye...

Selasa, Disember 22, 2020

PETUA BERNAS UNTUK IBU MUDA: KEMBUNG PERUT PADA BABY

Baby merupakan makhluk comel yang banyak angin. Jangan terkejut bila dengar fakta yang baby kentut 13-21 kali sehari. Normal je tu.


Tapi kenapa banyak sangat anginnya? Haa..itu yang menjadi tanda tanya. Lazimnya, angin masuk ke perut baby melalui beberapa cara.

➡Melalui menyusu, sama ada breastfeeding atau botol susu
➡Menangis yang berterusan
➡Tidur dengan mulut terbuka dan kipas terpasang

Bila dan kembung perut, maka menangislah baby tu.  


Bagaimana Mencegah Kembung Perut Pada Baby?

Periksa cara menyusukan baby – Pastikan semasa menyusukan anak, kepala baby lebih tinggi dari perut. Dengan itu, susu akan terus masuk ke dasar perut dan angina pula akan naik ke atas dan keluar melalui sendawa.

Sendawakan baby anda – lepas baby habis menyusu, telangkupkan tetap pastikan kepala baby lebih tinggi dari badannya, dengan perut baby diletak di atas peha. Urut belakang baby sampai sendawa.

Tukar peralatan menyusu jika tak sesuai – Jika masih pakai putting susu yang biasa, apa kata tukar kepada yang anti-cholics. Putting anti-cholics akan mencegah angina masuk ke dalam perut baby semasa menyusu.

Exercise baby dengan kasih sayang – Sapukan minyak angin, dan baringkan baby dengan terlentang. Kayuhkan kakinya seolah-olah dia sedang menunggang basikal. Mandian suam juga boleh membantu dia melepaskan gas berlebihan di dalam perut.



Selamat mencuba! ;)

#infobyMHAMSB #minyakherbaasmak


Dah mohon i-sinar?

 Assalamualaikum dan selamat pagi... I-sinar dah boleh mohon...anda sudah ke? saya belum...tak tahu lah bila nak pergi buat i-akaun ni. Rancang weekend hari tu nak buat tapi anak tak sihat kita hold lah dulu....


Apa pun, anak sihat kita dah happy....


Selamat memohon kepada yang layak..keputusan 4 januari ye...