Selasa, Disember 22, 2020

Dah mohon i-sinar?

 Assalamualaikum dan selamat pagi... I-sinar dah boleh mohon...anda sudah ke? saya belum...tak tahu lah bila nak pergi buat i-akaun ni. Rancang weekend hari tu nak buat tapi anak tak sihat kita hold lah dulu....


Apa pun, anak sihat kita dah happy....


Selamat memohon kepada yang layak..keputusan 4 januari ye...

Sabtu, Disember 19, 2020

Apakah perbezaan di antara ebook TWYS dan TWYS Prequel ini?

 Ini adalah soalan yang kerap kali ditanya oleh pembeli ebook TWYS yang pertama. Soalan ini juga diajukan kepada affiliates oleh bakal pembeli. Ini adalah penjelasannya.





____________

Ebook kedua TWYS Prequel ini mengandungi lebih 80% perbezaan jika hendak dibandingkan dengan ebook TWYS pertama.

Baki 20% lagi merupakan perbincangan mirip namun dikupas dan disentuh isinya melalui sudut dan pendekatan yang berbeza.

Ebook TWYS Prequel adalah expansion version dari TWYS.

Contoh analisisnya lebih pelbagai dengan 200 muka surat keseluruhan.

80 muka surat awal pula merupakan nota paling bernilai untuk anda yang betul-betul tak ada idea tentang saham tapi mahu belajar melabur dengan ilmu.

Terdapat juga lebih banyak sisipan trivia dan contoh contoh kajian fundamental.

Ebook ini sangat sesuai untuk semua lapisan samada newbie atau yang sudah biasa dengan saham.

Pada harga yang ditawarkan RM108, ebook Trade What You See Prequel merupakan panduan asas lengkap kepada yang baru nak mula fahami asas saham.

Mula melabur dengan ilmu.

Dapatkan naskah TWYS Prequel anda sekarang!

Sekian, terima kasih, Naimy

Update: E-book Srikandi Saham Sudah Tidak Dijual. (May 2021)

Rabu, Disember 16, 2020

Bila anak sakit...kerja terbengkalai....

 Assalamualaikum dan salam tahajud... kali ini buat post guna fon aja....sebenarnya bangun check suhu anak2...huhuhu..bila 3dari 4anak tak sihat....mak punya kerja banyak trbengkalai..tambahan lagi kalau yg demam tu sikecil. Tak apa, anak tak sihat Allah nak uji mak bapak sabar ke tak. kita doakan agar kita redha..

Ada yg kata biar lah dia sebagai parents sakit bdg anak yg sakit. Tapi bila 3sekali demam...aku tak tahu siapa nak urus mereka kalau aku dgn Mr.Y yang sakit. 

Jaga kesihatan masing2 ye....covid makin banyak kat luar tu...




Rabu, Disember 09, 2020

"Ummu, tolong banyak darah terpancut keluar dari tangan kakak!!!"

 Assalamaulaikum dan selamat pagi. Hari ini aku (izin kan ye...sebab lagi seronok guna perkataan aku nak bercerita) ada misi nak kena siapkan photobook tempahan dari nun jauh di Sarawak. Ya Allah berilah kekuatan dan kesungguhan mengadap kerja. Hehehehe... Sebelum datang mood nak mengedit dan mengdesign maka aku nak kongsi satu kisah malam minggu lepas. 

Seperti biasa setiap malam kakak Humaira akan mengemas tempat tidur dengan kakak hana. Waktu kakak-kakak nak kemas Uwais nampak Uzayr makan Epal, maka dia minta kupaskan epal. Kakak hana dengar, dia pun sama nak. Bila kakak Humaira dengar, dia minta tukar kerja. Ummu kemas bilik, dia kupaskan epal untuk adik-adik. Oleh kerana kakak telah biasa kupas epal, maka aku dengan yakin setuju. Aku pun kemas tempat untuk tidur tetiba Uwais berlari masuk bilik dengan mata bulat dan muka seriusnya... 

"Ummu, tolong banyak darah terpancut keluar dari tangan kakak!!!!"

Terus ummu tinggalkan kerja yang terbengkalai, pergi dapur nak tengok keadaan tangan kakak...dalam kepala ummu, kakak pakai pisau potong ke kupas kulit epal. Terpotong jari ke apa? Sampai dapur tengok pisau untuk kupas kulit buah, ok..mesti tak teruk sangat lukanya... Alhamdulillah tak teruk mana pun, terkopek kuku sikit je...




Apa kita buat? Mula-mula cucilah lukanya dulu..kemudian kita sapu lah minyak Herba Asmak. Oleh kerana risau dia tertarik kuku yang terkopek sikit waktu tidur makan kita plaster dulu malam. Esoknya dah kering luka kita ketip lah kuku yang terkopek dan sapu minyak lagi.

Banyak betul jaga si kecil comel ini dalam keluarga saya...Jika anda berminat untuk dapatkan minyak Herba Asmak maka boleh beli di, 


PRODUK BUMIPUTRA PILIHAN RAMAI IBU DI MALAYSIA


Isnin, Disember 07, 2020