Rabu, November 04, 2020

#MYHackathon- Tahniah untuk pemenang ke peringkat akhir bagi lokasi Kuala Lumpur

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), di bawah inisiatif PENJANA membawakan program MYHackathon yang bertujuan untuk mencari bakat bakat hebat anak Malaysia untuk membantu mendigitalkan sistem penyampaian servis kerajaan.
Program MYHackathon yang akan dijalankan secara hibrid fizikal (untuk hari pertama sahaja) dan “online” (untuk hari kedua sehingga ketujuh) ini akan diadakan di Enam (6) lokasi seluruh negara, seperti tarikh di bawah:
1️⃣ Kuala Lumpur - 03 Oktober 2020 (Sabtu)
2️⃣ Kuala Terengganu - 05 Oktober 2020 (Isnin)
3️⃣ Johor Bahru - 24 Oktober 2020 (Sabtu)
4️⃣ Kuching - 26 Oktober 2020 (Isnin)
5️⃣ Pulau Pinang - 21 November 2020 (Sabtu)
6️⃣ Kota Kinabalu - 23 November 2020 (Isnin)
Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas, samada secara individu berkumpulan ataupun syarikat.
Jadilah antara rakyat yang pertama menyumbang kepada penyelesaian masalah digitalisasi Kerajaan Malaysia, sambil memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai sehingga RM10 ribu dan geran kerajaan bersyarat bernilai RM250 ribu.
Jangan tunggu lagi, jom DAFTAR SEKARANG melalui http://bit.ly/myhackathon2020
Yuran adalah PERCUMA dan TEMPAT SANGAT TERHAD. Pihak penganjur hanya menerima 200 peserta di setiap lokasi program pada hari pertama untuk mematuhi syarat penjarakan sosial & SOP Covid-19.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.myhackathon.gov.my
Dia atas adalah pengenalan apa MYHackathon yang disertai oleh Mr.Y..Alhamdulillah Mr.Y berjaya ke peringkat akhir. Selamat maju jaya untuk semua pemenang. Semoga perkhidmatan kerajaan lebih mudah dicapai oleh rakyat.





Selasa, November 03, 2020

Dr. Stranger~pengaruh drama korea Mr.Y

 Assalamualaikum, entah macam mana aku boleh terjoin Mr.Y layan drama korea. Sebelum ini kami marathon tengok Hotel De Luna, sekarang dia duk marathon Dr.stranger. Pada aku cerita ini menarik bukan sebab kisah cinta tetapi sebab kepakaran dan politik nya. Sambil aku tengok, terlintas dalam fikiran aku betul ke dekat korea utara pakar-pakar bedah akan diuji melakukan pembedahan dalam keadaan gelap? Betul ke orang korea utara menggunakan rakyat tak bersalah untuk jadi bahan uji kaji? Banyak sebenarnya isu yang wujud dalam kisah Dr.Stranger ini. 

Kerana nak dapat nama, maka sanggup korbankan kepakaran yang sukar dicari ganti. Kerana politik sanggup belakangkan nilai kasih sayang. Cerita ini ada lawak, serius dan sedih. Masa mula-mula Mr.Y kata nak layan Dr.Stranger, aku ingat Dr.Stranger Avengers tu, rupanya cerita lain..Cadangan aku...nak feeling layan sendiri, insyalah anda akan dapat sesuatu...




Sabtu, Oktober 31, 2020

Antara masa dan duit....

Aku perhatikan, ada suami yang tak pernah berkira hulur duit dekat isteri tetapi amat sukar memberi waktu untuk isteri melakukan apa dia suka. 

Aku perhatikan juga, ada suami tak mampu nak hulur duit untuk isteri tetapi sentiasa izinkan isteri memiliki ruang waktu untuk melakukan apa yang diingini.

Aku perhatikan lagi, ada suami duit nak bagi dekat isteri amat berkira, masa untuk isteri pun berkira.

Aku perhatikan terus, ada suami yang memberi keseimbangan antara keperluan duit dan masa. Isteri beruntung mendapat kedua-duanya secara seimbang.

Duit itu ibarat keperluan luaran manakala masa itu keperluan emosi. Antara keperluan fizikal dan emosi, mana lagi penting? Hakikat isteri cukup pakai menutup aurat sudah memadai. Manakala keperluan emosi itu lagi utama apabila suami dah meyediakan keperluan fizikal yang wajib itu cukup. Emosi isteri atau ibu yang stabil akan mewujudkan keharmonian rumah tangga. Emosi isteri senang untuk dilayan. Ada isteri cukup sekadar suami mendengar dia membebel, manakal ada isteri hanya perlukan waktu solat yang tenang. 






 

Khamis, Oktober 29, 2020

Salam Maulidul Rasul 1442H

 

Assalamualaikum...Selamat menyambut maulidul rasul dari yamanaimy.

Rabu, Oktober 28, 2020

Sedihkan, bila perkembangan anak-anak kecil dibanding-bandingkan.

Ibu atau ayah yang ada anak pasti pernah mengalami situasi ini. Jangan kata orang lain bandingkan anak mereka dengan anak kita, kadang kita sendiri bandingkan perkembangan antara anak kita. Contoh, kenapalah adik tak boleh cakap lagi dah 2tahun tapi kakak dulu 2tahun dan bercocet mulutnya. Bayangkan kalau anak itu faham, mesti dia sedihkan, anak 4 tahun sudah boleh memahami perbualan ringkas orang dewasa terutama apabila kita bicara tentang mereka...

Setiap anak akan alami perkembangan yang berbeza. Sepertimana kita memerlukan pelbagai kemahiran dalam kehidupan, tetapi kita akan lebih cepat menguasai kemahiran tertentu. Ada kemahiran kita akan sedikit perlahan untuk kuasai. Begitulah anak kecil. Mungkin anak kita lambat bercakap tapi dia cepat menguasai kemahiran bermain muzik atau boleh makan sendiri dengan bersih dengan baik sekali.

Berikut adalah panduan carta perkembangan anak-anak. Jadikan ini sebagai panduan bukan penentu kecemerlangan anak. 



Jika perkembangan anak terlalu lambat dari yang sepatutnya memang wajar kita bawa jumpa yang pakar. Apa yang aku nak cakap disini perbandingan yang dibuat oleh pakar bukan perbandingan makcik bawang. Bahasa yang digunakan adalah kemas dan cermat. Manakala bahasa makcik bawang adakala boleh menyakitkan hati. Adakala ini boleh jadi pergaduhan. 

Jika kita bukan dalam bidang tersebut cukup kita sekadar menasihat mereka untuk bertemu dengan yang pakar. Tidak perlu kita bandingkan perkembangan anak kita dengan anak mereka. Aku baca dari buku Revolusi IQ.EQ.SQ (menyingkap rahsia kecerdasan berdasarkan quran dan teori neurosains mutakhir) karangan Taufik Pasiak. menyentuh mengenai teori multiple intelligence. Teori ini ada 7 aspek kecerdasan yang perkatakan iaitu lisan, matematik, gerak badan, kreativiti, muzik, interpersonal dan intrapersonal (emosi). Setiap kepandaian ini tidak berkembang secara sekata tetapi ada yang lebih kehadapan dan ada yang lebih kuat. Tetapi bagi setiap individu ia berbeza. 

Mungkin anak mereka mengalami perkembangan kreatif yang pesat, sebab itu perkembangan muzik lambat. Apa yang penting sebagai orang luar, jangan bandingkan kerana kita tak tinggal sebumbung dan melihat perkembangan lain kanak-kanak tersebut.Itu sahaja bebelan hari ini..