Jumaat, Julai 10, 2020

Mudahnya Minum Kopi Premium bersama Arissto

Mesin Arissto Rm1 vs Mesin Nespresso vs Mesin Dolce Gusto




Harga
Mesin Nespresso berharga Rm599 di website Nespresso.Harga kapsul Rm100 per 50kapsul atau Rm2 perkapsul.

Mesin Dolce Gusto berharga Rm399 di Lazada dan kapsul Rm28 untuk 16kapsul atau Rm1.75.

Mesin Arissto berharga Rm1 sebulan.Promosi PKP percuma 2 kotak kopi dengan harga kapsul Rm17.90-21.60 sekotak atau Rm1.79/Rm2.16 perkapsul.

Waranti jika berlaku kerosakan
Mesin Nespresso -- 2 TAHUN sahaja waranti dan perlu dihantar ke kilang. Lepas 2tahun boleh jadikan dia hiasan kalau rosak.

Mesin Dolce - 2 TAHUN sahaja waranti dan perlu hantar sendiri ke kilang. Lepas 2tahun boleh jadikan dia hiasan kalau rosak.

Mesin Arissto tiada had waranti dan hanya buat panggilan dan ejen boleh bantu ambil dan gantikan.

User friendly
Semua mudah guna hanya masuk kapsul dan tekan untuk rasa biji kopi tidak seperti mesin kopi yang anda perlu masukkan biji kopi.

Cuma mesin Dolce lepas guna kena cungkil keluarkan kapsul😉

Overall bagi peminat kopi premium tapi tak nak lepak kedai Starbucks atau nak berjimat musim PKP boleh cuba dulu Mesin kopi Arissto.

Kalau tak nak guna boleh pulangkan balik😉

Boleh cuba mesin kopi Arissto terhad untuk 10orang pembaca blog saya :

Atau boleh juga terus whatsapp saya di http://www.wasap.my/60196158384


Ahad, Julai 05, 2020

"Budak tak kacau ke kau buat kerja:"

Assalamualaikum.... Soalan itu ditanya oleh mak aku bila aku bagitahu aku dah siap jahit baju kurung untuk humaira dan hana (baju sahaja). Anak aku paling kecik, uzayr anak soleh berusia 2tahun setengah. Sifat anak seusianya adalah sentiasa nak duduk dekat dengan mak terutama yang menyusu badan (melekat kata orang tua-tua).

Siap baju kakak humaira dan hana...uzayr anak soleh main blok..

Sebenarnya Uzayr datang beberapa kali duduk atas riba aku waktu aku jahit. Gulungan benang yang berpusing pada mesin menjadi perhatian dia. Awal-awal nak sentuh juga, aku cakap dengan jelas dan pandang muka dia, "ini bukan mainan adik, adik punya mainan sebelah ummu, ini kerja ummu.". 

Tips: jika kita nak anak dengar dan faham apa yang kita cakap, pandang muka mereka, kalau boleh lihat mata mereka seterusnya cakap dengan suara yang jelas sebutannya. Mulakan dari awal usia. Kalau mula lambat, anak tak nak tengok dah muka kita waktu kita cakap, dia tengok telefon. 

Begitulah cara bagaimana aku berjaya siapkan baju untuk puteri-puteriku sambil melayan anak soleh Uzayr Aqeed. Sebenarnya boleh saja aku bagi telefon dan biar dia tengok youtube tapi jiwa dan mata aku sakit bila dia mengadap benda itu. Sebaliknya aku ganti telefon dengan mainan yang dia suka. 

Selesai masalah uzayr, Uwais dan Syazwan pula bergaduh akibat berebut remote tv. Oleh kerana dah berusia 5 tahun, mereka amat faham bila aku kata aku ada kerja nak buat. Tapi bila mereka gaduh aku pun suruh mereka duduk dekat-dekat, kemudian aku tanya sama ada mereka nak bermaafan atau nak aku ikat kaki dan tangan masing-masing. Mereka memilih untuk bermaafan kerana aku bagitahu kalau ikat kaki tangan, mereka tak dapat nak kemana-mana dan buat apa-apa tapi kalau bermaafan, Allah dan nabi suka, ummu pun suka dan ummu akan peluk. Kanak-kanak dahaga kasih sayang, bila dengar mak depa nak peluk terus setuju nak bermaafan. 

Tips: Beri pilihan kepada mereka walaupun pilihan itu bukan pilihan mereka inginkan. Anak usia 5 tahun ini suka jika mereka berpeluang untuk membuat pilihan, kerana mereka merasa mereka ada kuasa. Tapi akibat kepada pilihan perlu jelas juga agar mereka tidak merasa keliru dan nampak perbezaan akibat setiap pilihan yang mereka lakukan.

Itu sahaja perkongsian kali ini, kisah baju kakak humaira dan hana aku cerita pada entry akan datang, Semoga bermanfaat.

Sabtu, Julai 04, 2020

Hakikat saham bukan untuk orang kaya sahaja..

Assalamualaikum....

Dulu kalau aku dengar atau tahu orang itu main saham atau terlibat dengan saham, maka aku labelkan orang tersebut adalah orang kaya. Orang itu ada saham paling banyak dalam sesebuah syarikat mesti orang itu adalah ceo atau somebody dalam syarikat itu.

Rupanya yang aku faham selama ini silap...Ayah aku sendiri pernah rugi dalam permainan saham. Aku juga melabelkan ayah aku seorang kaya yang kedekut dahulu. Sekarang apabila aku faham konsep pengurusan kewangan dan jaminan masa hadapan, aku mula melabelkan ayah aku sebagai seorang yang bijak kewangan. Kenapa dulu aku labelkan ayah aku sebagai seorang kaya, sebabnya apabila dia rugi dalam permainan saham dia tak menunjukan reaksi marah, rasa rugi atau apa-apa reaksi yang seangkatannya. Nak tahu kenapa? Sebab apabila wang digunakan untuk main saham adalah wang yang memang disimpan khusus untuk hal tersebut. Bermakna jika untung maka, alhamdulillah tapi jika rugi kewangan keluarga dan perniagaan tidak terjejas.

Sekarang aku faham, apabila kita hendak main saham, kita jangan guna duit untuk komitmen wajib seperti makan minum keluarga dan pendidikan anak-anak, seterusnya kita juga tidak boleh guna duit simpanan kecemasan dan simpanan masa depan. Habis itu duit apa yang kita nak guna untuk buat modal main saham? Senang duit lebihan perbelanjaan bulanan. Lebihan perbelanjaan bulanan bukan untuk digunakan sebaliknya kita kena simpan untuk penuhkan tabung kecemasan. Kalau dah penuh tabung kecemasan kita iaitu 6bulan gaji, guna lah duit lebihan itu untuk main saham. Selain itu, boleh juga dapat duit dengan buat pendapatan samping.

Bila aku baca buku 'Trade What You See', salah satu benda yang aku faham ialah, kita beli saham yang kita tahu, maksudnya kita kenal syarikat tersebut, kita tahu perniagaan jenis apa yang dia buat, adakah dia anak syarikat atau dia syarikat induk. Jika kita tak banyak duit, jangan kita beli saham syarikat besar tapi kita beli saham anak-anak syarikat tersebut.



Apa yang dianjurkan dalam e-buku ini adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh Warren Buffett. Boleh baca kisah Warren Buffett dekat sini cerita di sebalik pemilikan saham coca cola oleh warren buffett

Secara ringkas, Warren Buffet, kenal dahulu pemilikkan dan produk sebelum membeli saham syrikat coca cola. Peringkat awal, orang lain tiada keyakinan untuk Warren Buffet beli saham kerana beliau dilihat sebagai seorang yang tak bekerja keras. Bagaimana beliau dapat beli saham syarikat coca cola, itu yang perlu baca....menarik sangat...

Jom beli e-book ini dengan link saya


Bismillah, jom beli.

Cik Aini
Surirumah Mr.Y

Update: E-book Srikandi Saham Sudah Tidak Dijual. (May 2021)

Jumaat, Julai 03, 2020

Pelaburan Saham Amat Tinggi Risikonya?

Pelaburan Saham Amat Tinggi Risikonya?

Semua jenis pelaburan mempunyai risiko-risiko yang tersendiri serta tertakluk kepada keadaan pasaran yang tidak menentu. Dalam mana-mana pelaburan mahupun perniagaan, sudah tentu anda akan mengalami kerugian. 

Namun begitu, kerugian yang dialami boleh dikawal selia dengan teknik dan pengetahuan. Sebelum anda membeli saham, pastikan anda sudah tahu berapa anggaran kerugian yang bakal dialami jika harga turun dan dengan kerugian yang telah dianggarkan, anda boleh kira berapakah keuntungan yang bakal dibawa pulang melalui pelaburan tersebut.

Risk management ini maha penting untuk anda sendiri tahu. Dari asas inilah anda dapat melabur tanpa gangguan emosi.

Dapatkan ebook Trade What You See oleh Serikandi Saham. Ebook ini sangat sesuai dijadikan panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin melabur dengan teknik yang betul. Sudah tentu, setiap pelaburan mempunyai risiko dan tertakluk kepada keadaan pasaran yang tidak menentu. Jadi, mula melabur dengan ilmu pengetahuan.

 
Nanti dulu Baca Review Dan testimoni pembeli ebook kami dan baru beli.






BELI EBOOK INI PADA HARGA PROMOSI RM108!


Harga asal ebook ini RM138, namun anda masih boleh mendapatkannya pada harga promosi RM108! Ayuh, mula melabur dengan ilmu!

Update: E-book Srikandi Saham Sudah Tidak Dijual. (May 2021)

Permainan Tradisi Lompat Getah


Assalamualaikum dan selamat pagi. Kalau anda adalah budak-budak yang membesar sekitar tahun 80-an dan 90-an, anda pasti kenal, tahu dan pernah main permainan yang dikenali sebagai lompat getah. Budak sekarang ramai yang tak tahu ini merupakan sejenis permainan terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. 

Kisah minggu lepas, anak-anak bosan tak tahu nak main apa, mereka kata bosan asyik main bola dan basikal sahaja petang-petang. Pelik juga aku, mengadap telefon berjam-jam, berhari-hari tak ada pula mereka mengadu bosan atau penat, suka lagi ada lah. Kita dulu kalau keluar rumah je macam-macam idea nak buat apa muncul dan boleh buat.

Bila mereka kata bosan-bosan, aku teringat dekat dapur banyak getah tergantung. Maka aku suruh Humaira dan Sumayyah ambik dekat dapur. Nenek tanya lah apa mereka nak buat dengan getah banyak-banyak. Mereka pun kebingungan tak tahu nak jawab apa.

Bila nampak aku mula mengikat getah, satu demi satu...semua teruja...tapi sedih lah...mereka ingat aku belajar permainan ini melalui you tube. Begitu berkuasanya youtube pada anak-anak ini.

Jom layan mereka main....