Kisahnya petang rabu aku sakit kepala yang amat, malamnya pulak badan rasa seram sejuk seperti nak demam. Maka kita makan penaldo, dapat rehat setengah jam tapi masih sakit kepala walaupun demam dah kebah sikit. Aku fikir masa tu, mungkin badan penat sangat kot. Ye lah asyik berjaga malam layan anak kecil tambahan pula Mr.Y selalu kerja luar sekarang.
Baca Juga: Tonsilitis di kalangan kanak-kanak
Esoknya bangun pagi aku rasa bawah leher aku macam ada bengkak, tengok dalam tekak nampak tonsil sebelah kanan merah dan sedikit tonsil sebelah kanan. Mr.Y bawa mak ke Klinik, aku pun setelkan kerja rumah sambil hantar pesanan dekat Mr.Y minta beli air kelapa. Tengah hari nak ambik budak balik sekolah rasa tekak ni macam makin tak selesa. Kita nganga sekali lagi nampak ada putih-putih kiri kanan tonsil. Haaa...patutlah demam. Ada infection dekat tonsil rupanya. Mr.Y suruh pergi Klinik Halim. Masalah nak pergi Klinik adalah duit,dekat tangan ada RM100. Pernah bawa anak ke Klinik untuk dapatkan antibiotik, charge yang kena adalah RM1++. Maka aku amat yakin akan diberikan antibiotik dan kena bayar RM1++, oleh itu pinjam lah duit mak RM100.
Oleh kerana Klinik Halim tu tak sampai 10minit jalan kaki, maka aku jalan kaki. Sampai Klinik, alhamdulillah, orang tak ada. Maka lepas daftar terus jumpa doktor. Antara nasihat doktor berkaitan pemakanan adalah:
- Jangan minum ais
- Jangan makan makanan sejuk dari peti
- Jangan makan makanan keras
- Jangan makan pedas
- Ambil ubat ikut masa
- Habiskan antibiotik.
Sebenarnya kena ceramah juga sedikit dengan doktor pasal aku jalan kaki sendirian dengan keadaan demam tinggi dan kepala sakit. Tambahan cuaca panas terik. Tapi kata doktor, "itu lah hebat seorang ibu, demam pun gaya seperti tak demam, kerja rumah dengan anak-anak tetap kena buat layan."
Baca Juga: Renungan aidilfitri 2016
Bila nak bayar, terkejut aku apabila kena hanya RM45 untuk 2 jenis antibiotik dan satu ubat demam. Aku tanya balik dekat staff yang beri ubat, betul ke harga ni. Dia kata betul, awak surirumah tak ada pendapatan tetapkan. Alhamdulillah sepertinya doktor tak ambil charge konsultasi dan pemeriksaan.
Maka aku sarankan kalau korang sakit dan berada disekitar kampung baru, KL..sila lah pergi ke klinik Halim. Staff baik dan doktor pun islamic sikit. Jangan terkejut kalau doktor periksa pakai sarung tangan.