Isnin, Ogos 19, 2019

Maybank point & Voucher AEON

Assalamualaikum dans elamat pagi...

Mr.Y adalah pengguna kad kredit maybank. Setiap kali guna kad maybank maka akan ada point dikumpulkan. Alhamdulillah, hasil point dikumpulkan maka kami dapat claim reward sebagai voucher AEON bernilai RM100. 
Thank you maybank
Tapi voucher ini tak boleh pakai dekat AEON big tahu. Kira ini adalah voucher Aeon kali ke-3 kami tebus tahun ini. Setiap kali dapat voucher AEON, Mr.Y akan tanya apa aku nak beli. Setiap kali itu jugak aku blur nak apa. Sudahnya kami buat guna beli barang dapur dan barang anak-anak nak.

Korang dah tebus point maybank belum?

Sabtu, Ogos 17, 2019

Minuman Arissto oleh Humaira & Hana

Semalam Mr.Y tunjuk ada kawan buat kopi dan coklat Arissto blended. Malam tadi lepas solat magrib terus kami pergi kedai cari sirup coklat dan whipping cream. Sampai rumah, anak-anak teruja sama nak buat. Boleh dengar kot suara kecoh dalam video.

Pagi tadi Uzayr tidur lama (lama lah sangat kan, kul 9.30 dah bangun. Selalu kul 8.30 bangun), maka aku pun try lah edit video yang dirakam malam tadi.  Jangan mengharap lebih sebab aku hanya buat editing dalam tempoh masa satu jam sahaja.

Harap anda enjoy layan video anak-anak. 

Jika berminat boleh hubungi




GIVEAWAY NAK MENANG.. ''SAFI FAIR BEAUTY BERRY COLLAGEN DRINK'' BONDEZAIDALIFAH.COM



Klik Banner jika nak join......

SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST

Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu. Kita jejalan blog kawan-kawan, jumpa Segmen ini. Maka kita join lah sekali. Kawan-kawan yang nak join boleh klik banner yer....


Jumaat, Ogos 16, 2019

Suami isteri itu


Suami isteri itu saling memerlukan sesama sendiri
Suami isteri itu sentiasa menyokong sesama sendiri
Suami isteri itu selalu berkongsi apa saja sesama sendiri
Suami isteri itu tiada rahsia antara sesama sendiri
Suami isteri itu saling meluah sesama sendiri.
Suami isteri itu selalu bergurau sesama sendiri.
SUAMI ISTERI ITU SERING BERGAMBAR SESAMA SENDIRI.

Kamu hanya dapat bergambar sesama sendiri dengan gembira dan tenang sebelum anak melasak. Bila anak mula melasak, angan2 lah gambar nya cantik. Waktu bergambar tiada lagi ketenangan tetapi penuh kelam kabut. Yang kekal adalah kegembiraan jika anda enjoy dengan kelam kabut itu....😂