Ahad, Julai 21, 2019

Kisah Kopi Latte Arissto di Sulaiman Street, Kg. Baru

Post sebelum ini aku dah cerita pasal kami keluarga Mohd Yusof Tukang Jahit buat family gathering dekat Restoran Sulaiman Street. Salah satu benda yang menarik perhatian kami suami isteri adalah, 2 set mesin kopi arissto dan kotak-kotak kapsul aristo yang berada dibelakang kaunter air.



Maka, dengan penuh keterujaan aku tanya pasal kopi arissto seperti orang tak tahu apa-apa. Anisah kata, "Aini, awak interview dia pasal kopi arissto ke?" Aku jawab, "ye saya tanya dia, dia jual secawan kopi arissto Rm5.50, untung awak ambik dah kat rumah."

Bila aku kembali ke meja, Mr.Y tanya apa aku tanya dekat kaunter air. Ada order air tambahan ke? Aku kata aku tak order lain pun, cuma tanya pasal Arissto kat kaunter tu. Maka aku cakap lah macam ni, "Sayang try lah order kopi arissto tu satu, cuba rasa sedap tak dia buat." Mendengar permintaan isteri, si suami pun pergi lah order. Bila Mr.Y kembali ke meja, "sayang order kopi apa?" Jawapan dia...

"Saya order hot latte, dia guna kapsul kopi amico, saya mintak dia guna susu tepung dan syrup. Harga rm4.90."

Nampak tak punya demand Mr.Y, boleh dia bagitahu orang tu dia tak nak susu tepung. Sebab itu kata service staf 5star, customer always right. Hasil yang didapati...memang sedap lah latte. Terbaik kopi latte nya.

Nampak tak mesin dan kotak kapsul arissto.

Berbaloi kan kalau buat niaga. Sewa sebulan rm1, beli kapsul kopi dalam 1.70 satu, so kira susu, air, letrik dan syrup dalam rm 0.30 lah kan. Kira kos kasar untuk secawan latte dalam rm2.00 Dia jual kopi latte RM4.90.. maka untung RM 2.90. Kira dia jual secawan kopi dah dapat bayar sewa sebulan. Siap lebih rm1.90 lagi. Itu seorang yang order. Kalau kedai makan mesti lebih dari seorang peminat kopi datang. Maka bertambah untung lagi.

Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
www.wasap.my/MesinArissto

#hantukopi
#MesinKopiPremium

Family Gathering~Sulaiman Street, Kampung Baru...

Pemandangan dalam kedai.

Malam Khamis lepas ayah, ummi dan iffah datang ke KL. Selama di Kl mereka duduk dekat Regency hotel, dekat sangat dengan rumah mertua aku ini. Hotel regency kira belakang pasar chowkit dan sebelah sekolah agama kakak humaira dan tadika islam hana. Petang jumaat, mereka jalan kaki sahaja datang rumah mertua aku ni.

Kitaorang adik beradik yang ada sekitar Kl memang dah plan nak makan malam dengan ayah hari jumaat tersebut. Maka tugas mencari kedai makan yang best, sempoi dan sesuai untuk lepak-lepak bersama keluarga diserahkan kepada aku dan Mr.Y.

Mula-mula ktorg pilih beberapa kedai di sekitar medan selera Kg.Baru tapi macam jauh pulak dari hotel di tambah dengan masalah parking. Maka kami mencari kedai makan dekat sikit dengan hotel iaitu Sulaiman Street. Buka Fb Sulaiman Street macam best je tempat nya, makanan pun macam-macam ada. Tapi sedikit hampa apabila sampai hanya 6 gerai yang buka termasuk gerai air. Lagi 4 gerai tutup. Salah satu yang tutup adalah gerai char keow teow, hampa Ummu nor nak makan char keow teow.

Ini lah sulaiman Street.

Pemandangan depan kedai


Oleh kerana aku sampai awal, maka aku book lah tempat bawah sahaja, kalau book atas nanti payah pulak anak-anak berkejaran. Sementara tunggu yang lain sampai aku dapat whatsapp dari Anisah tanya lokasi, maka kita share live location. Rupanya ada kisah dalam kereta abang aim. Abang aim tanya kak Long dan anisah apa nama kedai, Mereka jawab 'sulaiman street'. Abang aim kata tahu lah sulaiman street, memang rumah ini dekat jalan sulaiman. Rupanya abang aim tak dapat tangkap yang nama kedai memang "sulaiman street' dekat jalan sulaiman.

Apabila geng anak-anak sampai, maka seronok sangat lah mereka berlari-lari. Kami pun order lah makanan, kebanyakkan pesan makanan barat kecuali abang aim pesan makanan selatan.

Swafoto beramai-ramai oleh Mr.Y

Gambar oleh staf Sulaiman Street. Total semua ada 10 oeang dewasa, 6 orang kanak-kanak dan 2 orang bayi. Maka bayangkan lah kepanjangan meja yang kami duduk.

Pada pendapat aku perkhidmatan yang diberikan 5bintang sebab ada seorang staf ni macam dipertanggungjawab untuk meja ktorg.  Anisah siap tanya, "aini, booking meja sekali dengan pelayan ke?" Aku jawab, "mungkin lah kot." Banyangkan semua order dapat sebagaimana yang diingini, siap dia tanya beberapa kali ada yang belum dapat. Kitaorang nak bergambar dia tolong ambik. Dan yang penting sangat family friendly staf-staf nya, 6 orang kanak-kanak bergurau senda, lari-larian dan bising bingit di layankan aja, tak di marah atau disuruh duduk diam. Sebagai parents, aku suka lah suasana macam ni. Sebagai parents juga kami kena pastikan anak-anak bermain tak mengganggu staf-staf buat kerja. Jangan laluan itu dia nak bawak makanan, ko biarkan anak berlari disitu. Kalau jatuh makanan panas atas anak, siapa susah, kamu sebagai mak pak jugak kan.  Alhamdulillah jugak, anak-anak ini diajar apabila makanan sampai mereka kena duduk diam dan makan dahulu. Maka relak lah sikit mak pak makan sebab anak-anak join makan sama. Kalau anak-anak tak di ajar duduk makan sama-sama, tak tenang jugak mak pak nak makan. Maka secara am nya, suasana aku beri 4.5 bintang sebab aku tak suka kepada apa saja jenis asap. Kami pergi lepas isyak, sebelum pukul sepuluh ruang udara belum berasap tapi apabila orang mula ramai, pelanggan yang hisap shisha pun bertambah, maka ruang udara menjadi kabus sedikit. Kalau tak berasap sampai siap kami balik aku bagi 5 bintang dah.

Kalau tanya bab makanan, aku beri 3.5 bintang sebab banyak gerai tutup dan portion makanan yang pada pendapat aku sedikit tak padan dengan harga. Tapi ia masih berbaloi sebab sedap lah. Ini aku punya pendapat makanan western lah, abg aim pun kata makanan selatan dia ok. Harap akan datang kalau pergi lagi, buka semua gerai, insyalah akan beri makanan 5bintang sebab kak zu kata makanan lain sedap jugak sebab itu dia suka makan dekat situ.

Itu lah review aku pasal sulaiman street. Kesimpulan berbaloi untuk buat family gathering kat sini. Adakala kita berkumpul dikedai bukan sekadar makanan yang kita nak sedap, tapi suasana yang family friendly pun penting.

Arissto vs Kanak-kanak

Assalamualaikum dan selamat pagi. Apabila aku bercerita pasal kopi Arissto dan pasangannya mesin. Maka akan sering orang bertanya,"mudah ke nak guna mesin ini?" aku jawab mudah sesangat. Kalau tak percaya jom layan video demo oleh Hana dan Uwais.



Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
www.wasap.my/MesinArissto

#hantukopi
#MesinKopiPremium

Jumaat, Julai 19, 2019

Face App?

Assalamualaikum dan selamat petang, esok sabtu kita kita bercuti ye...

Sehari dua ni, ramai kawan-kawan muat naik foto gambaran usia saat tua. Kebanyakan guna aplikasi Face App yang boleh download dekat play store. Tak terlepas dari fenomena ini adalah Mr.Y.

Buruk benor rasanya muka Mr.Y.
Rupanya bukan Mr.Y je yang terjebak. Tadi pagi kakak aku no.2 pergi buat semua muka adik beradik perempuan dia. Tapi muka dia tak pulak dia hantar.
Ini paling hampir dengan muka arwah tok pulau rusa. Tengok ni rindu ke tok.

Ini macam tok beladau versi gemuk sikit 

Muka aku sendiri tak pasti macam siapa. 

Secara umum, untuk seronok saja-saja boleh lah tapi untuk percaya bahawa macam itu rupa kita saat tua jangan sesekali. Rupa sekadar pinjaman.

Kerana aplikasi FAce App juga lah kakak humaira menangis sehingga tertidur. Aku cakap muka dia macam nenek sedara tapi dia salah faham dia ingat aku kata muka dia macam hantu kak limah, maklumlah nama nenek saudara dia pun limah.😂

Foto Rasmi Sempena pertabalan Agong

Gambar ihsan instagram Istana negara
STANA Negara hari ini, mempersembahkan potret rasmi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai ini.
Turut dipersembahkan potret rasmi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Suka tengok pakaian permaisuri....kemas, sopan dan menutup aurat sepenuhnya.