Jumaat, Julai 19, 2019

Face App?

Assalamualaikum dan selamat petang, esok sabtu kita kita bercuti ye...

Sehari dua ni, ramai kawan-kawan muat naik foto gambaran usia saat tua. Kebanyakan guna aplikasi Face App yang boleh download dekat play store. Tak terlepas dari fenomena ini adalah Mr.Y.

Buruk benor rasanya muka Mr.Y.
Rupanya bukan Mr.Y je yang terjebak. Tadi pagi kakak aku no.2 pergi buat semua muka adik beradik perempuan dia. Tapi muka dia tak pulak dia hantar.
Ini paling hampir dengan muka arwah tok pulau rusa. Tengok ni rindu ke tok.

Ini macam tok beladau versi gemuk sikit 

Muka aku sendiri tak pasti macam siapa. 

Secara umum, untuk seronok saja-saja boleh lah tapi untuk percaya bahawa macam itu rupa kita saat tua jangan sesekali. Rupa sekadar pinjaman.

Kerana aplikasi FAce App juga lah kakak humaira menangis sehingga tertidur. Aku cakap muka dia macam nenek sedara tapi dia salah faham dia ingat aku kata muka dia macam hantu kak limah, maklumlah nama nenek saudara dia pun limah.😂

Foto Rasmi Sempena pertabalan Agong

Gambar ihsan instagram Istana negara
STANA Negara hari ini, mempersembahkan potret rasmi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai ini.
Turut dipersembahkan potret rasmi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Suka tengok pakaian permaisuri....kemas, sopan dan menutup aurat sepenuhnya. 

Isnin, Julai 08, 2019

Arissto bakal perkenalkan kapsul teh

Assalamualaikum dan selamat pagi... Minggu lepas Mr.Y ada kongsi gambar kapsul-kapsul teh yang bakal diperkenalkan oleh Arissto.

Gambar header dari web arissto...web belum siap sepenuhnya bab teh ni. Apa pun header dia memang cantik..nampak klasik sangat perempuan tu dengan mesin arissto, kena pulak pegang bunga.


Arissto Teapresso. Sebagaimana kita tahu dan maklum bahawa teh adalah minuman tradisional sejak zaman dahulu terutama dalam budaya masyarakat cina. Kalau pergi urut kaki dekat kedai cina, lepas urut mereka akan sediakan teh hijau. Penggunaan di spa-spa kecantikan juga meluas. Teh ada seni tersendiri dan kalau kita perhatikan cara orang tua minum teh pun berbeza. Kadang-kadang warna teh pun diambil kira.



Menarikkan jenis kapsul ditawarkan, nama teh pun macam best sangat. Kira kalau rasa hari itu nak jadi king, maka kita minum lah teh "the King", kalau nak jadi puteri buat teh dari kapsul "princess". 

Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
www.wasap.my/MesinArissto

#hantukopi
#MesinKopiPremium


"Duduk rumah je kan? Boleh lah beranak lagi."

Assalamualaikum, rasanya tahun ini paling kerap dapat soalan dan kenyataan ini. Kenyataan dan soalan ini dah lama aku dengar sejak dari dulu lagi tapi bukan kena dekat diri sendiri. Kali ini rasa macam terpanggil pulak nak meluahkan apa yang terbuku dalam otak ini.

Apakah jika seorang isteri menjadi surirumah sepenuh masa, dia boleh lahirkan anak seberapa ramai yang mampu. Fahamkah masyarakat bahawa dalam usaha menambah anak kita perlu memikirkan soal-soal lain. Antaranya:
  • Kemampuan fizikal seorang ibu, bagaimana keadaan ibu tersebut setiap kali mengandung. Adakah saat mengandung dia masih mampu berfungsi sebagi ibu dan isteri 100%. Sedar atau tidak bahawa ada wanita mengandung langsung tak boleh bangun untuk buat kerja. Adakah sejarah perubatan atau mengandung sebelum ini berjaya atau mengalami plasenta previa type 4.
  • Kemampuan ekonomi si bapa atau si suami. Apabila bertambah bilangan anak maka perbelanjaan pun bertambah. 
  • Kemampuan memenuhi emosi anak-anak, jika ibu mengandung dan ayah makin sibuk mencari rezeki, bagaimana emosi anak-anak yang masih kecil yang masih memerlukan kasih sayang. Tertunaikah kita sebagai ibubapa? Sesetengah wanita mengandung, emosinya macam ribut taufan bin angin bayu. Sekejab nak marah, sekejab sedih, sekejab ok...anda rasa anak kecil yang belum sekolah faham dan mampu ke manangung tempias emosi emak dia. 
  • Kemampuan mendidik akhlak dan akidah anak-anak. Usia anak 2-7 tahun amat penting untuk kita terapkan akidah dan akhlak anak-anak. Waktu ini kalau anak salah kita betulkan. Adakah seorang isteri sepenuh masa yang mengandung ditambah dengan alahan teruk mampu mendidik akhlak dan akidah anak.
Rasa cukup 4 point dulu...sebenarnya banyak hal yang perlu dititik beratkan dalam usaha menambah bilangan anak. Maka pada aku kalau nak tambah anak tengok kemampuan kita. Ada benda yang boleh kita rancang manakala ada yang diluar kawalan kita. Pada aku bab tambah anak adalah benda yang kita boleh pilih untuk rancang atau untuk biarkan ia begitu sahaja, kalau biar begitu sahaja faham-faham lah...kemalangan boleh berlaku bila-bila masa...

itu saja perkongsian hari ini..

Ahad, Julai 07, 2019

Pelan Langganan Kopi Arissto



Secara umum ada 2 jenis pelan yang ditawarkan oleh Arissto iaitu pelan menggunakan kad kredit dan pelan menggunakan kad debit. Bagi setiap kad ada 3 pelan yang ditawarkan iaitu member plan, gold plan dan vip plan. Semakin tinggi deposit yang diberikan semakin murah harga sekotak kapsul kopinya. Jangan risau deposit akan dipulangkan kembali setelah kita bagitahu nak behenti penggunaannya. Tempoh untuk pemberitahuan adalah 30hari sebelum. Secara ringkas pelan yang ditawarkan adalah seperti jadual dibawah...


Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
www.wasap.my/MesinArissto
#hantukopi
#MesinKopiPremium